Wednesday, November 16, 2011

Proses membuat tatu yang sangat mengerikan..gulp!

Assalamualaikum..

Pagi tadi aku dapat email ini. Ngeri Ngeri Ngeri. Sanggup pulak dorang cacah badan dorang macam tu. Bagi non muslim tatu ni memang trend, untuk orang islam janganlah gatal nak tiru non muslim. Dah agama larang janganlah buat.

Pape pun layan gambar jela ea. Lets the picture do the talking yaw..












Tetiba je aku yang rasa ngiluuuuuuuuuu..Tak rasa pedih ke kalau kena air? Ke time cacah tu dorang bius dulu? Ishhhhh.confuse confuse. Macamana dorang boleh tahan sakit.


Tuesday, November 15, 2011

Tips untuk mendapatkan bibir sihat

Assalamualaikum.

Pernah tak bibir korang menggelupas sampai berdarah tanpa segan silu sebab dah terlalu kering? Pernah tak korang melalui situasi bibir terlalu kering macam tanah yang merekah? Eh tapi kalau baca novel selalunya ada ayat camni "bibir yang mungil merah merekah". Cantik ke kalau bibir merekah?Hihihi. Kalau nak dapatkan bibir yang cantik, sihat dan mungil meh baca tips ni.

1. Pakai marjerin sebelum tidur.

Actually kalau pakai after bangun tidur pun tak ada masalah. Dulu aku pakai marjerin sepanjang hari. Time tu tak suka pakai lipbalm, lipstick,lipgloss. That's why tak boleh berenggang dengan marjerin. Dengan pakai marjerin bibir akan pink-pink kemerahan (tak merekah hokey) pastu lembut-lembut je. Dulu time sekolah sebab aku pakai marjerin ni, selalu ada orang cakap aku pakai lipstick. Padahal lipstick pun tak pernah try time tu. Tapi sekarang ni aku dah tak pakai marjerin sebab dah ada lipstick,lipbalm. Pasni nampaknya aku nak kene pakai marjerin balik sebab bibir yang pink-pink giteww satu ketika dulu memang dah tak ada sebab dah selalu pakai lipstick,lipbalm. Trust me, lipstick akan membuatkan bibir anda bertambah gelap dan ada kesan lebam T____T

2. Jangan basahkan bibir dengan menggunakan air liur.

Air liur akan membuatkan bibir anda bertambah kering. Memanglah niat anda murni untuk melembabkan bibir tapi paling lama pun bibir anda akan basah dalam masa kurang sepuluh saat sajee and then akan kering balik. Jangan amalkan hokey.

3. Bersihkan sisa lipstick sebelum tidur.

Bukan muka sajee yang perlu dibersihkan dengan make up removal bagai. Bibir pun perlu dibersihkan juga. Bersihkan bibir anda sampai tak ada kesan lipstick langsung. Kalau tak bibir cepat rosak dan lebam kalau dibiarkan camtu je.

4. Minum 8 gelas air sehari.

Yang ni kadang-kadang aku failed jugak. Tapi untuk dapatkan kulit yang sihat sememangnya kita kena minum air dalam kuantiti yang banyak. Pasni rajin-rajinlah minum air ye (:

5. Sapu halia di pinggir bibir hehe

Yang ni pun aku pernah buat instead of sapu marjerin kat bibir. Tapi dulu la sekarang ni dah tak buat sebab selalu lupaaaa. Ambil sedikit halia pastu tumbuk. Pastu sapu halia tu kat bibir. Memang pedas sikit (aku pun tak ingat rasa dia pedas ke pedih) tapi sekejap je pastu korang akan nampak bibir korang merah-merah gitu. Kena amalkan selalu untuk kesan yang lebih lama (:

6. Satin lips Mary Kay



Haaaa yang ini memang sangat terbesttt. Sapu je kat bibir then gosok kejap. Pastu akan nampak sel kulit bibir yang dah mati tu keluar. After 3 minit cuci macam biasa then korang akan rasa ouuhhhh besh giler dohhh. Bibir jadi licin jew. Kalau semut berjalan kat bibir korang memang boleh tergelincir..Kui3. Pasni nak beli lip balm Mary Kay pulak.


Ok bubbye (:

Cuci mata hari selasa. Blink Blink


Saya nak macam ni. Ya sebijik macam ni. Confirm pasni nak duduk rumah je takmo keluar langsung huhu









Friday, November 11, 2011

Wordless Friday : Just Smile.Just Laugh



Laughter & Smile is the best medicine (:

Doa dan zikir untuk ketenangan jiwa

Assalamualaikum...

Menurut Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Jika salah seorang daripada kamu kesedihan ucapkanlah:
Yaa hayyuu yaa qayyum birahmatika astaghits
"Wahai TUHAN yang Hidup yang Kekal. Dengan Rahmat-MU aku memohon pertolongan-MU."
– Hadis riwayat al-Tirmizi.

Menurut Asmak Binti Umais, Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Mahukah kamu aku ajarkan kalimah-kalimah yang boleh kamu ucapkan ketika dilanda kegelisahan? Bacalah:
ALLAHu rabbi laa usyriku bihi syaian
"Ya ALLAH TUHANku tidak akan aku sekutukan-NYA dengan sesuatu pun."
– Hadis riwayat Abu Daud.

Klik untuk imej lebih besar



* Semoga Allah menggantikan kesedihan dan ujian yang kita lalui dengan rezeki yang melimpah ruah. Aminn (:

Thursday, November 10, 2011

Doa untuk orang yang teraniaya


Assalamualaikum...


Doa orang yang teraniaya


1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah.

ATAU .......

2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. " Juga mujarab.

ATAU .....

3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.



# Beralah bukan kalah. Semoga Allah memudahkan semua urusan saya selepas ini. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. InsyaAllah.


Tuesday, November 8, 2011

Day 3 : My First Love


Assalamualaikum..

Cabaran hari ke 3 bersambung...jrenggggg!! Semua orang pernah rasa cinta kan. Cinta mengundang definisi yang luas. Sangat luas. Cinta bukan hanya bermaksud cinta kepada bf sajee (rasa nak cepuk je bila ada orang anggap cinta tu pada bf je) tapi cinta tu termasuk cinta pada family, friends and so on laa.

Bila sebut first love, macam-macam pendapat orang yang boleh kita dengar. Ada yang kata first love dia masa dia kat tadika, first love dengan hubby dia (eventho before kahwin dah ada bf) dan macam-macam laaa haiii.

Tapi siapa first love saya? Sekali lagi jrenggggg!! Sebenarnya kan ramai yang tak percaya kalau saya cakap yang saya hanya mula kenal cinta masa saya kat UiTM. Masa tu saya dah 22 tahun. Orang lain umur 22 tahun bf dah 22 orang tapi saya???? Non Hadoooo. Tapi tapi tapi bukan bercouple dengan coursemate, junior mahupun senior saya tapi dengan someone yang saya langsung tak sangka yang one day saya akan couple, bertunang dan bakal berkahwin (ehem ehem) dengan dia.

Masa sekolah dulu daripada sekolah rendah sampai sekolah menengah saya tak pernah couple dengan siapa-siapa. Masa tu kawan lelaki memang ramai tapi untuk bercinta memang saya tak laaa sebab masa tu eventho saya masih muda remaja (ehem sekarang pun masih muda lagi) saya dah fikir pasal future. Dari dulu lagi saya cakap dengan diri sendiri yang saya nak first love saya tu jadi tunang then hubby saya. Tak mo la bercinta setakat nak hilangkan boring time tu je and pantang betul kalau main nak test-test ni. I'm looking for serious relationship. That's why dulu-dulu time sekolah saya tak pernah terima cinta siapa-siapa eventho masa tu almost kawan saya ada bf. Saya???? Non adoooooo.

Nak citer lebih-lebih pasal first love ni tak boleh sebab nanti kena bahan hahaha!
Kadang-kadang rasa macam tak percaya yang saya ni dah bertunang but at the same time rasa seronok sangat sebab saya dah lalui fasa baru dalam hidup. Memanglah tak banyak beza before and after engaged tapi bila dah tunang ni rasa satu perasaan yang sangat best sebab saya tahu arah tuju hubungan saya dengan tunang saya pasni. InsyaAllah Allah permudahkan semuanya #Tetiba lak jadi jiwang!




* Ppsstttt I love U ^_^


Monday, November 7, 2011

Day 2 : Meaning Behind Your Blog Name

Assalamualaikum....

After 3 month ++ baru nak continue buat benda ni. Kira aci la ea teehehehe.
Ok lets talk about meaning behind my blog name. URL blog saya http://bibpunyablog.blogspot.com/. Apakah maksud "bibpunyablog"? Kenapa mesti "bibpunyablog"?.

Ok let me explain. Actually "bib" tu nama timangan/samaran/nickname saya kat rumah. Manja gitewww nama bib hahaha. Tapi bukanlah setiap masa dorang panggil saya bib. Sometimes sajee sebab saya ni memang banyak nama timangan. Tak payah la nak mention satu-satu kan. Sebab tulah URL blog saya camtu. Saya sengaja tambah "punyablog" tu sebab blog tu kan saya yang punyaaaa.

Pada saya la kan URL blog tak perlu berbelit-belit sampai orang lain tengok pun pening kepala. Contohnya macam "akupunyasukalahnakletakurlapapun.blogspot.com". Ajee gila la haii bhahaha.

Ok sampai sini sajee untuk kali ni. Nanti kita continue Day 3 : Your First Love . Ouhhh I loike!

Bubbye readers. Have a nice day (:





Friday, November 4, 2011

After 3 month ++



Assalamualaikum..

Saya tak tahu macamana nak mulakan entry kali ni sebab dah hampir 4 bulan tak update blog. Nak susun ayat pun dah tak reti *____* tulun...tulunnnn.

Honestly saya sangatsangat rindu nak update blog, nak blogwalking tapi sebab haritu ada masalah dengan internet connection terus mati saya punya mood. Online pun pakai handphone saje. Dan sebenarnya sangat tak best kalau nak update blog pakai handphone. Rasa macam terbatas ngeh3.

Sekarang ni tengah gali sebanyak mungkin mood untuk update blog. And the most important thing, saya akan habiskan 30 Days Challenge yang baru start pada hari pertama tu.

Till then. Have a nice day peeps (:

Sunday, July 24, 2011

Day 1 : Introduce, recent picture, 15 interesting facts


Assalamualaikum :) Seperti yang diwar warkan cabaran pertama akan bermula pada hari ini. Ya hari ini. Jadi marilah kita mencabar diri sendiri.

Day 1 :Introduce, recent picture, 15 interesting facts

Introduce

Terasa seperti sesi induksi pula teheee. Ok let me introduce my self. Nama panjang Nurul Syuhadah Bt Mohamad. Tempat lahir tanah tumpah darah ialah Terengganu #pure Terengganu. Tapi dialek harian tidak seperti orang Terengganu sebab aku tinggal kat Besut. For your info, Besut bersempadan dengan Kelantan. Besut juga daerah yang paling hujung dalam negeri Terengganu. Thats why kitorang yang tinggal di Besut ni ikut loghat orang Kelantan (: Sekarang aku stay kat Skudai Johor sebab kerja kat sini. Family aku besar #bukan berbadan besar tapi ramai. Aku anak ke sembilan daripada sepuluh adik beradik. Ramai orang cakap masyarakat belah Pantai Timur ni, anak memang ramai. Betul juga tu sebab sepanjang aku belajar kat Shah Alam dulu dan kerja kat Skudai ni, belum pernah aku jumpa member aku yang adik beradik dorang seramai adik beradik aku. Hurmmm ini merupakan petanda yang sihat heee. Maknanya orang belah Pantai Timur lebih produktif. Yes productive. Fullstop!


Recent picture

# gambar ni snap akhir bulan lepas. Belum basi lagi. Kira latest letewww.

15 interesting facts.# hoyehhhh aku suka part ni :)

1. Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan merenung gambar orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia akan meransang bahagian ‘caudate’ otak – bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang kuat (craving). #wow fantastik bebeh.

2. Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih lama daripada lelaki yang tidak melakukannya. #hah kalau rasa nak hidup lama cium la bini kau tu tiap2 pagi ngeh3. Ni fakta ke auta?

3. 2 per 3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal. # ni sememangnya fakta! takkan la baru je kenal dah jatuh cinta kot. kalau cepat sangat jatuh cinta tu mesti sebab orang tu ada full package kan? Mustahil boleh kenal hati budi dalam masa yang singkat.

4. 43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen. # yes agreed! apa guna luahkan kata-kata cinta tapi tak ada komitmen dalam cinta? rugi la weh.

5. Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan hormon serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan hormon orang yang dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang dilamun cinta memang kelihatan seperti orang gila. #aku tak aku tak aku tak. aku normal sajee eventho dilamun cinta. Over bebenor jatuh cinta sampai jadi macam orang gila. Gila kentang spring tu.

6. Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari Rutgers University, penulis buku ‘Why We Love, apabila seseorang baru berpisah (break up), dia akan berasa semakin sayang terhadap bekas pasangannya. Bahagian otak yang membuat kita rasa gembira terus aktif pada ketika ini. #aku tak sure pasal benda ni sebab aku tak pernah break up. Korang yang pernah break up ada rasa camni ke?

7. Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan hidup sejati. #ni fakta gila kentang. Sedozen beb. Aje gila! hahaha. Jangan percaya dengan fakta ni.

8. Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan membuatkan kedua-dua lelaki dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmen mereka terhadap hubungan, semakin bertambah gembira mereka. #Opocot! (bajet terkejut)Tak terkejut pun dengan fakta ni. Dah memang benda betul pun kan? Ye ye sajee ayat depan fakta tu.

9.
Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu. #ohh i thought tulang yang patah :p. Gila kentang putar buih bunyi camtu. Baiklah noted!

10.
Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak. # uishhh bahaya jugak tu. Janganlah korang datang Malaysia weh. Banyak pulak salah paham nanti.

11.
Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati. #menarik sungguh fakta ni. Sel-sel kulit kita yang mati tu datang balik kat kita. Singgah dekat rambut kita, makanan kita, muka kita. Bagus!

12.
Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita. #buta warna tak apa bang. Jangan buta hati. Eh aku pernah tengok ada lelaki bangla tu pakai seluar kuning terang dengan baju merah menyala. Hmm dia buta warna letewww..

13.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan

kimia. #amek kau. lebih 1000 ok. Pasni minum kopi banyak-banyak ya. Nasib baik aku tak suka kopi.


14. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebihlama daripada mereka yang kidal. #tak nak percaya fakta ni. Kalau disertakan dengan hujah yang lebih jelas baru aku nak percaya!


15. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. #aku pernah cakap kat cikgu aku time PLKN dulu pasal benda ni. Tapi dorang tak nak percaya. Mati-mati dorang menafikan :( Kan betul aku cakap.huwaaa


16. Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan

sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap. #aku rasa jumlah perkataan aku lebih daripada itu.


17. Tahukah anda Nurul Syuhadah Mohamad adalah seorang yang cool #ini fakta bukan auta ;p



Ok selesai sudah cabaran 1. Cabaran seterusnya akan bersambung...

Ok bubbye (:




Saturday, July 23, 2011

30 Days Challenge : Mari mari mari mencabar diri sendiri :)


Assalamualaikum dan Selamat Hari Ahad. Lintas langsung dari Melana Apartment Taman Universiti Skudai Johor #heeee. OK aku nak tanya apa pendapat korang tentang 30 days Challenge ni? Adakah betul-betul mencabar sampai kan korang tak ada selera nak makan? Adakah sangat mencabar sampai kan korang perah otak korang sampai kering kontang kanting? Atau adakah terlalu mencabar sampai kan korang tak lena tidur sebab fikir macamana nak jawab soalan-soalan cepucemas tu selama 30 hari? Kalau ditanya pendapat aku, aku akan jawab macamni "alahaiii kacang cap tangan je pun soalan-soalan tu. Sambil mengigau pun boleh buat. Apedehallllll #kerek..kui3."

Actually dah lama aku nak buat 30 days challenge ni. Salah satu sebabnya aku tak nak biarkan belog aku ni berkerak, berkepuk dan bersawang sebab lama tak update kans. Dengan adanya 30 days 30 challenge ni, aku akan semakin rajin mengupdate belog sebab dah namanya 30 days 30 challenge kans so kena la update 30 hari non stop #kecuali ada sebab-sebab yang tak dapat di elakkan (:

30 days challenge ni banyak version sebenarnya. Kalau tanya uncle google, macam-macam version keluar tapi aku tetap serba salah nak buat sebab macam complicated sajee hiks. Tapi tapi tapi sangat berlainan dengan version yang aku ambil (dah minta izin dengan tuan tanahnya) dari belog kak aleya ni. Sangat simple, padat dan berhemah. Yehaaa ni baru careeee bai.

Ok 30 days challenge ni akan bermula esok. Ya esok #tapi tertakluk kepada situasi owner belog ini.

Marilah kita sama-sama mencabar diri sendiri. Ingat ya 30 challenge.. (:


30 Days Challenge

Below are the complete list:

Day 1-Introduce, recent picture, 15 interesting facts

Day 2-Meaning behind your blog name

Day 3-Your first love

Day 4-Your parents

Day 5-Your siblings

Day 6-A picture of something that makes you happy

Day 7-Favorite movies

Day 8-A place you’ve traveled to

Day 9-A picture of your friends

Day 10-Something you’re afraid of

Day 11-Favorite TV shows

Day 12-What you believe

Day 13-Goals

Day 14-A picture you love

Day 15-Quran verse

Day 16-Dream house

Day 17-Something you’re looking forward to

Day 18-Something you regret

Day 19-Something you miss

Day 20-Nicknames

Day 21-Picture of yourself

Day 22-Favorite city

Day 23-Favorite vacation

Day 24-Something you’ve learned

Day 25-Favorite memory

Day 26-Picture of your family

Day 27-Pets

Day 28-Something that stresses you out

Day 29-3 Wishes

Day 30-a picture



Sunday, July 10, 2011

Worldless Sunday :)


I Craving for this :( Do you?
Nasi Dagang Terengganu..

After 1 year :)


Assalamualaikum :) Ini entry kedua untuk hari ni. Sekarang ni aku tengah berkobar-kobar nak buat entry secara pukal teheee. Entry ni dibuat khas sempena setahun aku terlibat dengan dunia blogging yang best ni. Tapi tapi tapi yang kurang best nye sebab aku jarang update blog :(

Sepanjang setahun berblogging ni aku rasa best sajee. Setakat ni tak ada yang kutuk-kutuk entry aku. Tak ada anon yang tak puas hati. Kesimpulannya evething going smooth sajee. Mungkin juga sebab aku tak famous macam Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha. Kesian dorang tu asyik kena kutuk. Buat apa pun serba tak kena. Entah apa la yang si anon tu tak puas hati sangat dengan dorang kan. Aku tengok dorang tu ok sajee. Tapi tu la harga yang perlu di bayar untuk orang famous macam dorang tu kan. Nasib baik dorang tu tough. Tak mudah melatah. Salute dorang.

As I mentioned in my previous entry, kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Kepada yang tak puas hati tu, biarkan sajee mereka. Tapi aku pun pernah melalui situasi kena kutuk, kena fitnah, padahal aku tak famous pun. Aku ingat lagi time sekolah dulu, ada sorang makhluk Allah ni siap hasut lagi kawan-kawan aku supaya jangan kawan dengan aku. Macam-macam taik dia buat kat aku padahal aku tak ada masalah pun dengan dia. Nak kata dia jeles dengan aku, terpikir juga aku apa point dia untuk jeles. Tapi tak apa aku dah maafkan orang tu dan langsung tak berdendam dengan dia. The past is past. Aku tak nak hitamkan hati aku dengan berdendam tak sudah-sudah. Bukannya mendatangkan manfaat pun dendam mendendam ni kan :) Hmmm kan da jadi panjang kisahnya kalau tercerita pasal ni heee.

Ok berbalik kepada cerita blog ni. Macamana aku boleh berblogging? Siapa yang suruh aku buat blog? Best ke share life kau kat blog? Ok macamni. Aku start berblogging masa aku final sem kat U. Time tu aku terfikir kalau ada blog best juga ek sebab aku ni suka bercakap, suka bercerita. So why not aku luahkan kat blog. So lepas dah buat satu entry, berkobar-kobar la semangat nak update blog secara pukal :) Tapi mood untuk berblogging ni macam roda. Acesss* Sometimes kau akan rasa rajinnya nak update blog tapi kadang-kadang kau buat tak layan je dengan blog ni. Aku create blog ni tanpa disuruh oleh sesiapa. Aku yang nak buat sendiri. At first, aku terfikir ada ke orang nak baca blog aku nanti? Yela tak best la kan kalau setiap entry yang kita buat tu dipandang sepi heee. Tapi alhamdulillah jumlah follower aku semakin bertambah walaupun tak banyak. Bagi orang yang tak dikenali macam aku ni, ok sangat la kalau ada follower dekat 300 :) Bagi aku menulis kat blog ni satu kepuasan. Tak timbul soal best ke tak kalau kita share apa yang berlaku dalam hidup kita kat blog ni. Kalau perkara tu terlalu personal, memang tak ada nye aku nak share kat sini. Oh ya one more thing, dengan menjadi seorang blogger, kita akan dapat lebih ramai kawan :) Tu yang lebih best heee

Last but not least, thanxiee kepada semua yang pernah baca blog aku. Walaupun blog aku ni bukan blog ilmiah, ada juga yang sudi baca. Kepada 294 followers aku, thanx banyak-banyak sebab sudi follow. Keep in touch darlings :)


Senyum dari hati untuk darlings semua.

Bubbye ^_^


Jawab je camni "Ada aku kisah?"



Assalamualaikum dan selamat hari ahad. Aku rasa rinduuuuu sangat-sangat kat blog aku yang tak semenggah ni. Aku cuak sangat sebab dah dekat sebulan aku try sign in blog tapi tak dapat. At last hari ni dapat juga :)

Ok aku nak tanya korang, pernah tak korang berhadapan dengan orang-orang yang selalu kritik korang. Contohnya kritik pakaian korang, tudung korang, make up korang. Mesti pernah kan? Pada dorang semua benda yang korang buat tak kena pada mata dorang. Motif? Wallahuallam. Tapi, apa yang aku boleh katakan, kita ni manusia biasa, sampai bila-bila pun kita takkan dapat puas kan hati semua orang. Buat apa nak puaskan hati orang lain kalau kita sendiri tersepit? Perlu ke hipokrit semata-mata nak jaga hati orang lain? Ya kadang-kadang perlu bermanis mulut, pretend yang kononnya kita tak kisah tapi sampai bila? Ada orang yang mengata kita tu jaga hati kita? Kalau dorang jaga hati kita for sure la dorang tak kan mengata kita bukan-bukan.

Ok aku bagi contoh camni. Orang sekeliling asyik kutuk penampilan kau. Kutuk pasal cara kau belit tudung, kutuk dress kau, kutuk kasut kau, kutuk make up kau. Bila dorang dah secukup rasa kutuk direct camtu adakah korang akan tetap tersenyum macam apa yang dorang cakap tu langsung tak jadi kudis kat korang ataupun korang balas balik dengan ayat-ayat yang sinis? Kalau aku, aku senyum sajee. Bukan bermakna aku tak terasa tapi buat bodoh jela. Sense of fashion setiap orang tak sama kan? Buat apa nak kutuk-kutuk fashion orang lain? Aku tak ada pun kutuk fashion orang lain yang macam fashion apa entah. Biarkan dorang nak pakai apa sebab sense of fashion dorang sememangnya tak sama dengan aku.

Aku memang suka berfesyen tapi tak ada la sampai jadi fashion victim. Aku tahu apa yang aku boleh dan tak boleh pakai. Aku selalu fikir positif kalau orang kutuk sytle aku. Aku fikir, dorang tak google fashion terkini kot, tak pun dorang takut nak berfesyen. Hah kan senang fikir camtu. Tak payah nak kusut-kusut kan kepala fikir tanggapan orang pada kita. Tapi aku hairan dengan orang-orang kita ni, kalau pakai shawl yang macam-macam jenis tu bukan main lagi duk kutuk sok sek sok sek tapi apa hal pula dengan orang yang pakai baju nampak lurah dendam pastu pakai seluar nampak lurah bilut? Kalau pakai shawl yang besar sikit sebab nak cover dada siap kutuk kata shawl tu macam alas meja. Oh myyy..Tak mengapa, aku ni boleh lagi tersenyum kalau orang cakap camtu, habis-habis pun aku cakap "a'ah ni alas meja kat rumah aku." Hah kan senang...

Bila dah kena kutuk macam-macam korang janganlah pulak give up and fed up. Ingat satu perkara ni, biarkan apa orang nak mengata pasal kita asalkan kita tahu apa yang kita buat. Ada beberapa orang yang terdekat dengan aku mengadu dengan aku, dorang dah tak ada mood nak pakai cantik-cantik pergi kerja just because of tak tahan dengan mulut officemate dorang yang asyik kutuk dorang je. Kutuk sebab apa? Kutuk sebab pakai baju cantik-cantik, tudung cantik-cantik. Hey common la tolong respect sense of fashion orang lain. Semua orang ada hak untuk kelihatan cantik okey. Ya mungkin cara mereka yang pakai baju dan tudung yang cantik-cantik tu tak kena pada mata korang tapi apa hak korang nak perli, kutuk orang lain? Tak ada pun minta duit korang untuk beli baju, tudung, kasut, make up tools.

Guys, hidup ni akan lebih bahagia dan bermakna kalau kita respect cara orang lain. Tak kira la macamana cara orang tu, selagi tidak membawa kemudaratan, janganlah jadi kan benda tu satu isu yang besar. Dalam hidup ni kita berhak buat apa yang kita nak sebab kita pengemudi hidup kita sendiri. Kalau ada orang kutuk-kutuk korang, cakap je camni "ada aku kesah?-tangan ke dada mata ke atas" senang bukan? Kalau nak dengar cakap orang sajee penat la. Biarkan mereka biarkan teheeeee



Black+White+Red = what do you think charms? :)




Sunday, June 5, 2011

Lunch express @Pizza Hut.Soo nyumehhh


Assalamualaikum. Selamat petang Ahad. Harini aku nak cerita pasal makanan. Nyummy! Aku perasan 1 benda. Sekarang ni aku memang kuat makan. Pendek kata macam tak boleh berenggang dengan makanan. Tengah buat kerja kat opis pun aku makan jugak. Kalau time breakfast, lunch ke dinner memang toksah cakap la. Hancusla macam ni hancus hancus *_________*

Hari tu aku tetiba teringin nak makan Pizza. Rasa macam terliur pulak dengan meatball spagetti tu. Tapi bila dah sampai kat Pizza Hut terus tukar fikiran. Aku pergi dengan dak dayah. Kitorang pilih lunch express. Bagi aku memang berbaloi-baloi makan set ni sebab you can save up to RM17.00. Set express ni ada 4 kombo. Dalam set tu ada mushroom soup, garlic break, air then kita boleh pilih nak pizza ke, spagetti ke, creamy carbonara ke. Aku pilih creamy carbonara. Not bad la.


Creamy carbonara - aku punya



Spagetti - dak dayah punye.




15 minit kemudian...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



Aku punya creamy carbonara dah selamat landing dalam perut haha. Aku ni ada 1 perangai yang tak elok dicontohi. Kalau makan pape jaraaaaaaannggg sangat-sangat boleh habis. Biasanya tunang aku a.k.a MR K.A selalu tegur pasal ni. Aku memang tak boleh habiskan kalau makanan tu tak kena dengan tekak aku dalam erti kata lain kalau makanan tu sedapppp lincah je aku habiskan. Gambar kat atas tu cukup tak untuk bagitahu korang yang creamy carbonara tu sedap? *Tapi aku lagi suka spagetti dia*. Oh ya aksesori hijau tu memang aku tak layan dari kecil sampai sekarang..


Ni dak dayah punya. Tak berapa nak licin egegege


*Semalam makan mihun soto kat Wak Radol sampai sekarang terasa keBESTannya. Serius sedap!

Tuesday, May 24, 2011

D e m a m !!


Assalamualaikum..

Dalam tempoh tak sampai sebulan aku demam lagi. Haritu demam macam ni juga tapi plus dengan masalah sinus. Yang ni demam biasa tapi sampai 39 darjah celcius panasssss badan aku ni. Bila demam macam ni aku teringat time aku demam 2 years ago, if i'm not mistaken. Time tu kan kecoh pasal H1N1. Kat UiTM ramai yang kena kuarantin sebab dorang di syakki kena H1N1.

Aku ingat aku tak kena. Konon antibodi aku kuat ah. Sekali ambik kau demam 39 darjah celcius gak. Time tu memang haru sebab doktor arahkan aku tinggalkan hostel on that time jugak. Maknanya aku tak boleh stay kat hostel la sebab time tu kat UiTM dah ramai yang kena kuarantin. Kalau aku stay kat situ gak tak pasal-pasal demam tu jangkit kat orang lain pulak. Time tu memang haru sebab aku tak tahu aku nak balik mana.

Nak balik Terengganu dalam keadaan demam macam tu? Memang tak laaa. Shah Alam ke kampung aku 8 jam weh. Tak boleh aku imagine keadaan aku dalam bas kalau sampai 8 jam. Kalau tak demam orait je ni masalah nye demam, badan sakit-sakit. Ala biasa la orang demam kan badan rasa bisa-bisa gitu..
Fikir punya fikir aku pun decide nak balik rumah kakak aku kat JB je sebab kalau Shah Alam ke JB baru 4 jam lebih. Kira orait la tu kan. Time tu doktor bagi aku MC seminggu. Tak pernah aku dapat MC lama macam tu. Tapi aku seronok beb, kalau kau tak demam tak adanya kau nak dapat MC sampai seminggu. At least dalam masa seminggu tu kau boleh la berehat, release tension ke, jalan-jalan ke wopsssss! Ni dah lebih..^__^





Ok demam kali ni doktor bagi aku MC 3 hari. Aku terkejut gak. Ingatkan dia nak bagi 1 hari je. Orait sangatlah 1 hari kan. Boleh la aku rehat-rehat kat rumah. Kat opis tu mak aihh tak macam sejuk pulak kan. Kalau duduk kat opis tu aku rasa aku ni dah jadi macam daging sejuk beku.*_______* Semalam doktor tu nak injek sebab dia cakap demam aku ni agak teruk. Kalau bawah 38.5 darjah celcius tak perlukan injection. Tapi kes aku ni perlu injek sebab dia takut makin melarat. Of course la aku tak nak. Pastu doktor tu boleh tanya balik "kenapa tak nak injek. Awak banyak kurap ke?"kakakaka gila la. Doktor tu memang agak noty sikit. Pastu aku cakap ah.."memang punnnn banyakkk kurap!"hahaha.. Malu la aku beb. Eventho aku tak ada kurap tapi dia nak injek kat bon***. Tak nah ah. Last-last dia cakap dia bagi ubat je.Ngeh3..

Aku pun tak tahu samada aku nak guna tak MC 3 hari tu. Aku ni dah la baru kerja. Tiap-tiap minggu MC, cuti (minggu lepas cuti sebab konvo). Kang prestasi terjejas camano tu haaa?? Aku plan nak cuti hari ni je. Esok InsyaAllah aku pergi kerja. Tu pun kalau demam ni dah ok la. Sekarang ni dah ok 30%. Semalam tu memang tak boleh nak handle.




Ni ubat yang banyak-banyak ni siapa yang nak habiskan? Ahkak jugak taww!


Sunday, May 22, 2011

Konvo konvo konvo yeayy yeayy!!


Assalamualaikum ;)

Tengok tajuk kat atas pun korang dah tahu kan aku nak cerita pasal apa teheee. Minggu lepas 18 May, dengan rasminya aku dah jadi alumni UiTM ;) Happy gila doe bila dah konvo ni. Rasa macam 1 kepuasan yang tak boleh diungkap dengan kata-kata*cewaaahh* Tapi seyes la, siapa yang pernah konvo je dapat rasa apa yang aku rasa. 3 tahun kat UiTM bukan sekejap. Dalam tempoh tu macam-macam yang aku rasa. Pernah rasa give up sebab rasa macam tak boleh nak buat assignment, research. Pernah juga aku rasa macam aku tak boleh nak teruskan apa yang aku buat masa tu sebab course yang aku ambil tu bukan course yang aku nak *tapi tu masa mula-mula masuk UiTM la heee* Tapi bila dah konvo rasa macam semua tu berbaloi sebab dapat grad on time ;) Alhamdulillah semua member aku pun dapat grad on time juga ^__^ Yeayy kita semua dah ada degree..;)

Bila dah habis belajar ni aku rasa rindu time jadi student dulu, tapi bukan rindu kat assignment, test, final exam tapi rindu masa dengan member-member, masa enjoy. Sekarang ni memang non hadoo la benda-benda macam tu lagi. Kelas aku bukannya ramai, dalam 13 orang je tu pun bila dah final sem jadi 11 orang sebab lagi 2 orang grad dulu. So sebab kitorang ni tak ramai, kitorang selalu la hang out pergi shopping, karaoke, main bowling, overnight, tengok wayang. Memang best sangat bila ingat time tu. Aku rindu saat-saat tu. Tapi bak kata orang la kan sedangkan lidah lagi tergeget ini kan pulak member- member. Kitorang ni bukanlah tak pernah ada salah faham, gaduh ke apa. Pernah la juga berperang mulut sebab masing-masing tak puas hati. Tapi alhamdulillah sebab last-last semuanya dah ok macam biasa. Aku belajar 1 benda, hidup ni terlalu singkat untuk benci membenci, gaduh dan bermasam muka. Bila dah bergaduh masing-masing tak puas hati, kita juga la yang rugi sebab kita bukannya akan bersama dengan orang tu sampai bila-bila. Bila sampai masanya kita akan berpisah dan bawa haluan masing-masing. Masa tu kita akan lebih menghargai saat-saat bersama yang dulu-dulu tu..*_____*

Aku ni terEMO la pulak heee. Tu selingan je sebenarnya. Yang sebenarnya nak cerita pasal konvo. Konvo 18hb May tapi aku pergi sehari lebih awal. Aku pergi sana 1 kereta je dengan mak, kakak aku, abg ipar aku dan encik tunang. . Sampai je KL terus pergi Times Square. Pastu pergi shopping kat Jalan Tar. Seriously aku suka pergi Jalan Tar sebab banyak choice pastu kalau bernasib baik memang korang akan dapat barang-barang yang berkualiti tapi murahhhh youuu. Lepas dah shopping kat Jalan Tar tu kitorang terus balik Puncak Alam, rumah cousin aku. Malam tu kitorang stay kat situ sebab aku konvo kat UiTM Shah Alam.

Esoknya pagi-pagi dah gerak dari Puncak Alam sebab kalau terlambat sikit confirm jemmm. Tapi biasa la bukan Shah Alam namanya kalau tak jemmm. Tak pasal-pasal aku terlambat masuk dewan. Sedih beb sebab tak dapat duduk dengan dak-dak kelas aku sebab dorang sampai lebih awal huk3 T____T




Time ni kat dalam dewan. Kitorang konvo kat dewan baru u olsss. Time ni aku cuak sikit sebab fikir macamana la aku time naik stage nanti. Kot-kot la aku terpeleot ke apa kan. hehe




Tadaaa time ni masing-masing dah dapat scroll. Suka bebenor masing-masing*aku tak pasti kenapa muka aku nampak tua dalam gambar tu-monolog dalaman*

Aku suka gambar ni. Like duapulohempatkali..




Flowerssss. Family aku dan encik tunang bagi ;)


Family aku ;)



En Tunang.Aku.Mak

Pics kat bawah ni aku tak nak letak caption. Layan jela ea. Bak kata omputih, lets the pictures do the talking.awwwww













Aku rasa cukup la setakat tu gambar yang aku nak share kat sini. Sebenarnya gambar kat mukabuku pun sama sebijik macam gambar kat dalam blog ni hahaha. Ada juga orang tanya aku tak nak ambil master ke? Aku rasa belum sampai seru lagi aku nak ambil master. Kalau dah sampai seru seruan InsyaAllah aku akan ambil master juga..;)


To all alumni IS2216A, I'm gonna miss u guys ;(

Ok till then, bubbye darlingsss ;)