Showing posts with label Happy. Show all posts
Showing posts with label Happy. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

Konvo konvo konvo yeayy yeayy!!


Assalamualaikum ;)

Tengok tajuk kat atas pun korang dah tahu kan aku nak cerita pasal apa teheee. Minggu lepas 18 May, dengan rasminya aku dah jadi alumni UiTM ;) Happy gila doe bila dah konvo ni. Rasa macam 1 kepuasan yang tak boleh diungkap dengan kata-kata*cewaaahh* Tapi seyes la, siapa yang pernah konvo je dapat rasa apa yang aku rasa. 3 tahun kat UiTM bukan sekejap. Dalam tempoh tu macam-macam yang aku rasa. Pernah rasa give up sebab rasa macam tak boleh nak buat assignment, research. Pernah juga aku rasa macam aku tak boleh nak teruskan apa yang aku buat masa tu sebab course yang aku ambil tu bukan course yang aku nak *tapi tu masa mula-mula masuk UiTM la heee* Tapi bila dah konvo rasa macam semua tu berbaloi sebab dapat grad on time ;) Alhamdulillah semua member aku pun dapat grad on time juga ^__^ Yeayy kita semua dah ada degree..;)

Bila dah habis belajar ni aku rasa rindu time jadi student dulu, tapi bukan rindu kat assignment, test, final exam tapi rindu masa dengan member-member, masa enjoy. Sekarang ni memang non hadoo la benda-benda macam tu lagi. Kelas aku bukannya ramai, dalam 13 orang je tu pun bila dah final sem jadi 11 orang sebab lagi 2 orang grad dulu. So sebab kitorang ni tak ramai, kitorang selalu la hang out pergi shopping, karaoke, main bowling, overnight, tengok wayang. Memang best sangat bila ingat time tu. Aku rindu saat-saat tu. Tapi bak kata orang la kan sedangkan lidah lagi tergeget ini kan pulak member- member. Kitorang ni bukanlah tak pernah ada salah faham, gaduh ke apa. Pernah la juga berperang mulut sebab masing-masing tak puas hati. Tapi alhamdulillah sebab last-last semuanya dah ok macam biasa. Aku belajar 1 benda, hidup ni terlalu singkat untuk benci membenci, gaduh dan bermasam muka. Bila dah bergaduh masing-masing tak puas hati, kita juga la yang rugi sebab kita bukannya akan bersama dengan orang tu sampai bila-bila. Bila sampai masanya kita akan berpisah dan bawa haluan masing-masing. Masa tu kita akan lebih menghargai saat-saat bersama yang dulu-dulu tu..*_____*

Aku ni terEMO la pulak heee. Tu selingan je sebenarnya. Yang sebenarnya nak cerita pasal konvo. Konvo 18hb May tapi aku pergi sehari lebih awal. Aku pergi sana 1 kereta je dengan mak, kakak aku, abg ipar aku dan encik tunang. . Sampai je KL terus pergi Times Square. Pastu pergi shopping kat Jalan Tar. Seriously aku suka pergi Jalan Tar sebab banyak choice pastu kalau bernasib baik memang korang akan dapat barang-barang yang berkualiti tapi murahhhh youuu. Lepas dah shopping kat Jalan Tar tu kitorang terus balik Puncak Alam, rumah cousin aku. Malam tu kitorang stay kat situ sebab aku konvo kat UiTM Shah Alam.

Esoknya pagi-pagi dah gerak dari Puncak Alam sebab kalau terlambat sikit confirm jemmm. Tapi biasa la bukan Shah Alam namanya kalau tak jemmm. Tak pasal-pasal aku terlambat masuk dewan. Sedih beb sebab tak dapat duduk dengan dak-dak kelas aku sebab dorang sampai lebih awal huk3 T____T




Time ni kat dalam dewan. Kitorang konvo kat dewan baru u olsss. Time ni aku cuak sikit sebab fikir macamana la aku time naik stage nanti. Kot-kot la aku terpeleot ke apa kan. hehe




Tadaaa time ni masing-masing dah dapat scroll. Suka bebenor masing-masing*aku tak pasti kenapa muka aku nampak tua dalam gambar tu-monolog dalaman*

Aku suka gambar ni. Like duapulohempatkali..




Flowerssss. Family aku dan encik tunang bagi ;)


Family aku ;)



En Tunang.Aku.Mak

Pics kat bawah ni aku tak nak letak caption. Layan jela ea. Bak kata omputih, lets the pictures do the talking.awwwww













Aku rasa cukup la setakat tu gambar yang aku nak share kat sini. Sebenarnya gambar kat mukabuku pun sama sebijik macam gambar kat dalam blog ni hahaha. Ada juga orang tanya aku tak nak ambil master ke? Aku rasa belum sampai seru lagi aku nak ambil master. Kalau dah sampai seru seruan InsyaAllah aku akan ambil master juga..;)


To all alumni IS2216A, I'm gonna miss u guys ;(

Ok till then, bubbye darlingsss ;)

Friday, October 22, 2010

Kelegaan..;)

Assalamualaikum..;)





Sungguh happy yippy hooreeyyy rasanya ini hari sebab tak payah nak fikir pasal assignment, test final project ke..Huuhu.. Hari ni dah setel semua tu. Saya sangggaattt suka. Pasni boleh la tengok muvee sampai pagi, online sampai lebam (padahal time busy pun online juga), tidur sampai dah tak rasa nak tidur, pergi joli sana sini.. Exam start 3hb 11 lambatttt lagi ann.. Huhuhu bahagianya sampai tidur pun muka macam ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Hik3 malam ni nak tidur dalam iman macam tu la..;p





Masa tengah busy semalam, kelmarin dan kelmarin lagi satu lagi satu lagi satu, macam tu la keadaannya. Bila ingat balik macam best pula ramai-ramai buat kerja sekolah sampai tak tidur..(^_^)





Lepas ni saya kena study untuk final exam je tapi macam awal je kalau nak study sekarang. Nak qada baliklah masa joli yang terlepasss 2 minggu lepas. Muehehe..



Tuesday, October 12, 2010

Minggu yang hectic tapi happy sebab dapat lappy baru..

Assalamualaikum..

Sepanjang minggu ni saya busy sangat-sangat dengan assignment, test, final project dan macam-macam hal.. Sometimes rasa macam down gila bila banyak benda nak kena buat dalam 1 masa. Tapi bila fikir ni semester akhir saya sebagai student tiba-tiba mood BERTUKARR!! (^_^)

Sebulan tak ada laptop rasa macam down down down sangat beb. Laptop ni benda paling paling paling penting sebab buat assingment and project pakai benda alah ni. Dah la notes pun banyak dalam laptop. Laptop yang lama tu sebenarnya masih dapat diselamatkan tapi sebab tak nak tanggung risiko kalau-kalau laptop tu rosak lagi pasni better beli yang baru je kan kan kan..Final year camni boleh pulak lappy tu buat hal an..Lappy tu memang tak sayang mummy la..;(



Lappy lama berbaju oren..dalam kenangan..tsk tsk tsk(T____T)




Maka dengan mood berbunga-bunganya sebab nak beli laptop baru, saya dengan lagi sorang kawan pergi survey laptop kat area Shah Alam ni. Pastu masa Mr Bf datang sini hari tu kitorang pergi survey kat Low Yat pulak tapi tengok harga macam lebih kurang sama je. At first kononnya nak beli laptop yang skrin 13 inci sebab dah boring pakai laptop skrin yang standard size tu.. Kalau 13 inci macam cun-cun gitu kan. Pastu berangan nak beli yang color pink. Laptop color pink tu memang banyak tapi tak kena pula dengan taste saya.



Haa saya sukeeee gileessss dengan lappy ni tapi dia punya spec macam biasa-biasa je..So, tak jadilah beli even dia comel giles. (T________T)


Yang ni adik beradik dengan lappy kat atas tu..Memang cuns dowhh.

Sebab dah pening tengok banyak giles lappy saya pun decide untuk beli Asus. Actually sebelum ni tak pernah terfikir pun nak beli Asus sebab berangan nak beli Dell ke HP ke an.. Tapi nak buat macam mane dah ditakdirkan Asus berjodoh dengan saya..Muehehehe tak boleh blah!





Konpius konpius nak pilih lappy mana 1.. Semua macam best tapi saya pilih 1 je.. ASUS!
Lega bila dapat beli lappy.. Pasni dah boleh online lama-lama, update blog, buat assignment..Horeeeyyy



Lepas beli lappy, makan kat KFC.. Anda nampak kegembiraan terpancar di muka saya? Muehehe




Haaa ni la baby baru saya..10 inci jew. Yang bestnya lappy kecil ni senang nak bawak pastu ringan tapi kalau nak tengok movie macam kureng best sikit la kan sebab dia kecil. Saya tanya apek tu ada kaler pink tak tapi dia cakap tak ada. Yang ada kaler hitam je. Hitam pun hitam la labu yang penting kiut..;) Psssttt sekarang ni saya dah fallen luv dengan baby Asus ni..(^_^)



Saturday, August 7, 2010

Saya bahagia, anda macamane ye??

Assalamualaikum..Hye..chakkkk;) Actually saya penat ni, saya mengantuk ni, saya lapar ni, saya rasa macam nak karaoke ni, saya dalam mood happy ni, saya rasa bersemangat nak buat semua benda dan saya rasa lazat sangat-sangat semua rasa-rasa yang saya rasa hari ni..Hok oloh laaa dah termerepek la pulak.... Saya memang macam ni, terima daku seadanya..(-_-)

Tapi serius la, hari ni saya rasa penat sangat-sangat, but at the same time saya pun rasa bahagia sangat-sangat.. Biasanya kalau saya penat tanpa ada perasaan bahagia pada hari itu, saya mesti akan tidur je tapi kalau ada combo penat + bahagia, rasa penat tu akan terneutral dengan automatiknya...Thehehehe...

Sekarang, saya memang rasa happy dan bahagia dengan life saya dan keadaan diri saya sekarang. Walaupun saya baru sahaja kehilangan ayahnda tercinta baru-baru ni, saya tak boleh terus down. Saya akui di awal pemergiannya, saya agak tertekan dan masa tu saya cuba jadi setabah yang boleh. Saya tahu Allah lebih sayangkan arwah dan saya serta keluarga saya harus menerima takdir ini dengan tabah...Semoga roh arwah saya ditempatkan bersama para solihin..Aminn.....

Oh ya sebenarnya saya baru je balik dari Institut Memandu Shahbandar kat Klang. Saya baru je nak ambil lesen kereta setelah sekian lama niat tertangguh. Tadi ada kelas kpp. Tapi bukan sebab attend kelas kpp yang buat saya happy dan bahagia..Bukan ya rakan-rakan..Bukan. Tak de maknanya happy kalau melangok je kat dalam bilik dengar ceramah. Boring yang amat tahap pukul kepala sendiri pakai tukul..Olooh ganas sungguh.. Tapi nasib baiklah ada Weng. Kalau tak boring boring boring sorang-sorang kat situ..

Ok berbalik pada kisah bahagia tadi, kita berhak untuk rasa bahagia kalau kita sememangnya bahagia. Saya rasa saya tidak pernah pretend bahawasanya saya bahagia kalau masa tu saya rasa dilukai dan terluka. Mungkin sebab saya ni jenis orang yang tak pandai nak sembunyikan perasaan sendiri. Kalau tengah moody ke apa memang obvious sangat la. Korang pernah tak rasa bahagia dan gumbira sampai korang rasa korang tak nak moment tu berlalu dalam hidup korang? Korang pernah tak rasa suka suki sampai rasa macam nak terguling-guling sampai juling? Korang pernah tak rasa tenang setenang muka baby tengah tidur? Kalau saya pernah rasa macam tu, mesti korang pun pernah kan. Tapi cara kita mengekspresikan, mendifinisikan dan merai kan rasa bahagia tu mungkin berbeza. Kalau saya, bila saya rasa bahagia dan happy, secara automatiknya mood saya berbunga2 alamanda.

Baiklah, kali ni saya rasa nak share dengan korang semua definisi bahagia dan happy bagi saya ;)

Saya rasa bahagia dan happy.........
~Bila mak saya call.
~ Bila mak saya bagitau duit di bank in kan untuk saya.
~Bila adik beradik ambil berat pasal saya dan tak jemu-jemu nasihatkan saya sebab saya tak makan saman tapi saya makan nasi.
~Bila my cayang cakap "I luv you", "I need you", "I miss you"- baiklah blushing-
~Bila kawan-kawan rapat saya sentiasa ada untuk saya.
~Bila duit loan dah masuk.
~Bila dapat shopping tanpa gangguan dan segan silu.
~Bila assingment dah siap.
~Bila followers saya bertambah.
~Bila dapat makan makanan yang nyummmyyy..oh heaven nya!
~Bila tiket balik kampung berjaya dibeli walaupun hampir-hampir habis.
~Bila dapat balik kampung .
~Bila jumpa my cayang.
~Bila saya berjaya reduce kan berat badan- Horeyyy!!! Tapi sekarang dah naik balik;(
~Bila dapat buat orang yang saya sayang happy, rasa dihargai dan bahagia.
~Bila...bila..bila..bila larut malam..tarakucah cah.suasana sepii...yihaaaa..

Ok sudah sudah. Banyak sangat dah "bila" kat atas tu.. Tapi tu la definisi bahagia dan happy yang sebenarnya bagi saya. Kebahagiaan bukan bergantung kepada berapa juta ribu riban wang yang anda miliki tapi kebahagiaan yang sebenarnya terletak pada hati kita. Berbahagia lah dan nikmatilah hidup ini seadaanya. Kebahagiaan adalah hak milik setiap insan. Setiap insan adalah pemilikan kebahagiaan!!!

Last but not least, life just one, make it sweet..;)




(^^^^^^^________^^^^^^^^)