Showing posts with label Happy New Year. Show all posts
Showing posts with label Happy New Year. Show all posts

Monday, January 9, 2012

First entry for 2012 (: HAPPY NEW YEAR!



Assalamualaikum wbth (:

Actually rasa macam kekok je nak menaip. Otak pulak tepu tak ada idea. Ni la akibatnya kalau update blog 1 purnama sekali. T___T

Aku tahu agak terlambat untuk aku wish happy new year tapi aku nak wish jugak. Haritu nak update blog streamyx tak bagi kerjasama uhuk T____T. Dulu pakai P1 bermasalah, sekarang ni pakai streamyx pun bermasalah rasa macam nak bakoo jer. Tak pasal-pasal banyak benda tergendala, banyak idea mati camtu je. cesces!

Sempena tahun baru ni aku tengok sana sini orang update pasal azam azam dan azam. Perlu ke buat azam baru setiap kali tiba tahun baru? Kalau azam tahun lepas tu belum tercapai aci tak forward ke tahun seterusnya? Jawapannnya tak wajib pun buat azam setiap kali tiba tahun baru, tapi untuk bagi semangat kat diri sendiri apa salahnya ye dakk. Maklumlah lumrah kita manusia ni excited dengan benda-benda baru. Sama la dengan tahun baru. Excited dengan azam-azam baru. Pastu kalau azam-azam tahun lepas belum tercapai tak salah pun kalau nak forward ke tahun depan. Macam annual leave la boleh main forward.

Azam aku untuk tahun ni tak banyak. Ya tak banyak *sila percaya*. Tapi yang pastinya tahun ni ada beberapa perkara penting yang bakal mengubah hidup aku hampir sepenuhnya pada tahun ni. Ouhh sangat nervous ^___^ Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Aku sangat berharap rezeki tahun ni bertambah baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Harus diingat rezeki yang Allah bagi bukan dalam bentuk duit je tahu. Kawan-kawan yang baik, jiran-jiran yang super nice, keluarga yang beriman dan bakal suami yang soleh juga merupakan rezeki daripada Allah. Aku amat yakin Allah Maha Adil dalam memberi rezeki kepada hamba-hambaNya.

Sekarang ni dah masuk Januari 2012. Kalau boleh tahun ni aku nak mula hidup baru tanpa duka *touching sikit*. Sesungguhnya tahun 2011 banyak mencatat suka duka dalam hidup aku. *lap air mata*. Sebab suka duka tulah aku jadi makin kuat dan faham asam garam dan hipokrasi bila masuk alam pekerjaan. Sememangnya tak pernah aku terfikir akan jadi macam ni sekali. Aku tak menyesal dengan apa yang berlaku malah aku bersyukur sekurang-kurangnya sesuatu yang aku rasa terbeban dah terlepas ke bahu orang lain. Tetapi proses tersebut amat menguji kesabaran. Tapi aku sangat bersyukur kerana dikurniakan keluarga dan tunang yang amat memahami dan tak putus-putus bagi semangat eventho masa tu aku hampir jatuh terduduk. Kawan-kawan sekeliling juga tak jemu-jemu bagi kata-kata semangat. Bukankah semua ini merupakan nikmat yang Allah bagi? Ya memang. Dia uji aku dengan ujian camni tapi Dia berikan aku keluarga, tunang dan kawan-kawan yang sangat caring dan super duper best. Alhamdulillah..


Last but not least aku amat-amat mengharapkan tahun 2012 akan menjadi tahun yang lebih baik macam tahun-tahun yang sudah. Aminnnnnn




* Akan sampai satu masa kita akan berterima kasih kepada orang yang pernah menganiaya kita kerana mungkin dengan penganiayaan yang dia lakukan telah memberi semangat baru kepada kita sekaligus memberikan perubahan yang terbesar dalam hidup kita. Yang berada di atas tidak akan selamanya berada disitu. Bumi ini bulat. Ya bulat!"

Bubbye (:

Friday, December 31, 2010

Selamat Datang 2011..Selamat Tinggal 2010..;)



Assalamualaikum readers tersayang muahmuah..;) Since today is the last day in 2010, aku berpotpetpotpet la sikit kan. Sepanjang tahun 2010 banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup aku. Ada yang best sangat tak ingat, , ada happy terlampau tapi ada juga yang sedih sangat-sangat..;( Life is going up and down and we can't predict future. Apa yang dah berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun ni memang tak tercapai akal aku ni. Sama juga macam apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kita tak tahu kan.

Bagi aku ada 3 benda sepanjang tahun 2010 ni yang betul-betul meninggalkan kesan dalam hidup aku. Pertama ayah aku meninggal pada 11.7.2010. Kedua aku tamat belajar after 3 tahun study kat UiTM. Pastu 10.12.10 aku bertunang.

Kalau cerita pasal tahun baru ni mesti sana sini orang cakap pasal azam kan? Macam dah perkara wajib setiap awal tahun tetapkan azam. Tapi macam mana pula hal nya kalau azam bukan main tapi tak berusaha untuk achieve apa yang kita nak tu. Macam aku, aku dah tak ingat apa azam aku tahun 2010.. Hohoho teruk dowh. Tapi aku rasa azam aku tu tak la melebihi kemampuan aku ni haa.

Untuk tahun 2011 ni aku dah renew azam aku tu. Kalau boleh aku nak

-Kerja
-Kumpul duit banyak-banyak
-Nak kurus sikit..tak nak kurus banyak-banyak. kang tak pasal-pasal semua baju lama tak boleh pakai..;p
-Tak nak boros sangat macam tahun-tahun lepas (errr boleh ke)
-Beli kereta. Kereta apa pun tak kisah la janji kereta aku sendiri.
-Honda Jazz, Suzuki Swift ( Ada tak orang nak bagi free? Aku tak nak beli sendiri. Aku kalau beli kereta mesti beli kereta biasa-biasa je.ngahaha)


Aku rasa tu je kot yang aku nak achieve untuk tahun 2011 ni. InsyaAllah dengan izin dan rahmatNya aku dapat buat semua tu..

Apa pula azam korang untuk 2011 ni? Jom la share...;)