Assalamualaikum..
Ramai sangat yang bertanya apa perasaan saya menghitung hari2 bergelar seorang isteri *ehem*
Boleh dikatakan hari2 ada je soalan tu. To be honest saya sangat nervous ok. Ini adalah perkahwinan pertama
saya, memangla haku nervous huhu but at the same time excited you sebab bakal suami adalah first love saya hohohorlicks.
Dulu kalau ada kawan-kawan nak kahwin saya selalu tanya nervous tak, seronok tak, persiapan macamana. Sekarang ni turn saya pulak
dihujani soalan2 camtu. Majlis pernikahan akan berlangsung pada 30hb Mei dan majlis kesyukuran perkahwinan akan berlangsung pada keesokan harinya 31hb Mei.
Sesungguhnya perasaan menghitung hari bergelar isteri*ehem lagi* sangatla indah walaupun ianya sesuatu
yang mendebarkan. Sweet je perasaan camni tau.
Bila dah tak sampai 2 minggu dari hari kejadian ni macam-macam yang saya fikir. Dah la kampung kat Terengganu, (sekarang saya kat Johor) superduper jauh kalau nak balik
selalu untuk buat persiapan. Balik ni terpaksa la bertungkus lumus buat apa yang patut. Syukur Alhamdulillah sebab saya ada keluarga yang besar (bukan berbadan besar saiz 3XL ye) so mereka banyak sangat membantu dari segi kewangan dan tenaga. Tulaa untung ada anak ramai ni. Bila semua dah besar
InsyaAllah dapat membantu satu sama lain.
Menjelang hari kejadian batuk pula melanda. Seksa sebab bila batuk banyak organ yang sakit hukhuk. Rupa-rupanya dah kena jangkitan kuman. Encik Tunang dah ajak pergi klinik tapi degil kononnya sikit je. Sekali bila doktor cakap dah kena jangkitan kuman, kat dada dah penuh lendir *yeks* baru rasa macam "oh nyesalnya tak datang lebih awal wuwuwu". Dah la sekarang ni fikiran bercelaru mungkin PMS syndrom, pastu jerawat kat muka rancak menyinggah, badan letih je, otak pun letih sama. Tak boleh jadi camni kang tak de seri aji time naik pelamin nanti. Semua bakal pengantin ada syndrom beginikah?
Sekarang ni agak busy sebab kena DIY doorgift untuk tetamu yang datang. Bila fikir-fikir balik kan senang kalau semua beli tak payah la susah-susah buat tapi bila fikiran kembali normal rasa macam lebih puas hati kalau DIY sendiri doorgift tu. Selain DIY doorgift, guest book pun kena DIY jugak. Actually boleh je beli guest book yang dah siap tapi macam tak puas hati sebab nampak macam formal sangat. Tak fancy hewhew. At last pergi POPULAR cari buku kosong hard cover dan mekap kan dia.
Dalam waktu camni saya harap Allah berikan saya dan bakal suami kesihatan yang baik, memberkati majlis yang bakal berlangsung dan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin Ya Rabbal Alamin.. :)
Happily Ever After <3
Oh ya sebelum bubbye saya nak warwarkan barang baik yang disukai ramai ni. Kepada pencinta bawal, jangan lepaskan peluang keemasan ($$$$) untuk mendapatkan tudung bawal sulam yang superduper sweet ni. Harga RM27 sahaja tak termasuk pos. Gambar yang saya upload kat sini sikit je. Untuk tengok gambar banyak-banyak boleh add FACEBOOK SAYA.
Bubbye untuk hari ini. Lain kali update lagi. Daaaa
*Next mission : Pergi saloon dan lulur. Nak relax2 je*
2 comments:
congrats adah! semoga bahagia dunia akhirat..=)
Thanx dear :)
Post a Comment