Showing posts with label Encik Tunang. Show all posts
Showing posts with label Encik Tunang. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

12 days to go

Assalamualaikum.. 

 Ramai sangat yang bertanya apa perasaan saya menghitung hari2 bergelar seorang isteri *ehem* Boleh dikatakan hari2 ada je soalan tu. To be honest saya sangat nervous ok. Ini adalah perkahwinan pertama saya, memangla haku nervous huhu but at the same time excited you sebab bakal suami adalah first love saya hohohorlicks. Dulu kalau ada kawan-kawan nak kahwin saya selalu tanya nervous tak, seronok tak, persiapan macamana. Sekarang ni turn saya pulak dihujani soalan2 camtu. Majlis pernikahan akan berlangsung pada 30hb Mei dan majlis kesyukuran perkahwinan akan berlangsung pada keesokan harinya 31hb Mei. 

Sesungguhnya perasaan menghitung hari bergelar isteri*ehem lagi* sangatla indah walaupun ianya sesuatu yang mendebarkan. Sweet je perasaan camni tau. Bila dah tak sampai 2 minggu dari hari kejadian ni macam-macam yang saya fikir. Dah la kampung kat Terengganu, (sekarang saya kat Johor) superduper jauh kalau nak balik selalu untuk buat persiapan. Balik ni terpaksa la bertungkus lumus buat apa yang patut. Syukur Alhamdulillah sebab saya ada keluarga yang besar (bukan berbadan besar saiz 3XL ye) so mereka banyak sangat membantu dari segi kewangan dan tenaga. Tulaa untung ada anak ramai ni. Bila semua dah besar InsyaAllah dapat membantu satu sama lain.

Menjelang hari kejadian batuk pula melanda. Seksa sebab bila batuk banyak organ yang sakit hukhuk. Rupa-rupanya dah kena jangkitan kuman. Encik Tunang dah ajak pergi klinik tapi degil kononnya sikit je. Sekali bila doktor cakap dah kena jangkitan kuman, kat dada dah penuh lendir *yeks* baru rasa macam "oh nyesalnya tak datang lebih awal wuwuwu". Dah la sekarang ni fikiran bercelaru mungkin PMS syndrom, pastu jerawat kat muka rancak menyinggah, badan letih je, otak pun letih sama. Tak boleh jadi camni kang tak de seri aji time naik pelamin nanti. Semua bakal pengantin ada syndrom beginikah?

Sekarang ni agak busy sebab kena DIY doorgift untuk tetamu yang datang. Bila fikir-fikir balik kan senang kalau semua beli tak payah la susah-susah buat tapi bila fikiran kembali normal rasa macam lebih puas hati kalau DIY sendiri doorgift tu. Selain DIY doorgift, guest book pun kena DIY jugak. Actually boleh je beli guest book yang dah siap tapi macam tak puas hati sebab nampak macam formal sangat. Tak fancy hewhew. At last pergi POPULAR cari buku kosong hard cover dan mekap kan dia.

Dalam waktu camni saya harap Allah berikan saya dan bakal suami kesihatan yang baik, memberkati majlis yang bakal berlangsung dan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin Ya Rabbal Alamin.. :)


Happily Ever After <3
      

Oh ya sebelum bubbye saya nak warwarkan barang baik yang disukai ramai ni. Kepada pencinta bawal, jangan lepaskan peluang keemasan ($$$$) untuk mendapatkan tudung bawal sulam yang superduper sweet ni. Harga RM27 sahaja tak termasuk pos. Gambar yang saya upload kat sini sikit je. Untuk tengok gambar banyak-banyak boleh add  FACEBOOK SAYA.






Bubbye untuk hari ini. Lain kali update lagi. Daaaa

*Next mission : Pergi saloon dan lulur. Nak relax2 je*








Tuesday, November 8, 2011

Day 3 : My First Love


Assalamualaikum..

Cabaran hari ke 3 bersambung...jrenggggg!! Semua orang pernah rasa cinta kan. Cinta mengundang definisi yang luas. Sangat luas. Cinta bukan hanya bermaksud cinta kepada bf sajee (rasa nak cepuk je bila ada orang anggap cinta tu pada bf je) tapi cinta tu termasuk cinta pada family, friends and so on laa.

Bila sebut first love, macam-macam pendapat orang yang boleh kita dengar. Ada yang kata first love dia masa dia kat tadika, first love dengan hubby dia (eventho before kahwin dah ada bf) dan macam-macam laaa haiii.

Tapi siapa first love saya? Sekali lagi jrenggggg!! Sebenarnya kan ramai yang tak percaya kalau saya cakap yang saya hanya mula kenal cinta masa saya kat UiTM. Masa tu saya dah 22 tahun. Orang lain umur 22 tahun bf dah 22 orang tapi saya???? Non Hadoooo. Tapi tapi tapi bukan bercouple dengan coursemate, junior mahupun senior saya tapi dengan someone yang saya langsung tak sangka yang one day saya akan couple, bertunang dan bakal berkahwin (ehem ehem) dengan dia.

Masa sekolah dulu daripada sekolah rendah sampai sekolah menengah saya tak pernah couple dengan siapa-siapa. Masa tu kawan lelaki memang ramai tapi untuk bercinta memang saya tak laaa sebab masa tu eventho saya masih muda remaja (ehem sekarang pun masih muda lagi) saya dah fikir pasal future. Dari dulu lagi saya cakap dengan diri sendiri yang saya nak first love saya tu jadi tunang then hubby saya. Tak mo la bercinta setakat nak hilangkan boring time tu je and pantang betul kalau main nak test-test ni. I'm looking for serious relationship. That's why dulu-dulu time sekolah saya tak pernah terima cinta siapa-siapa eventho masa tu almost kawan saya ada bf. Saya???? Non adoooooo.

Nak citer lebih-lebih pasal first love ni tak boleh sebab nanti kena bahan hahaha!
Kadang-kadang rasa macam tak percaya yang saya ni dah bertunang but at the same time rasa seronok sangat sebab saya dah lalui fasa baru dalam hidup. Memanglah tak banyak beza before and after engaged tapi bila dah tunang ni rasa satu perasaan yang sangat best sebab saya tahu arah tuju hubungan saya dengan tunang saya pasni. InsyaAllah Allah permudahkan semuanya #Tetiba lak jadi jiwang!




* Ppsstttt I love U ^_^


Wednesday, December 15, 2010

Awas entry ni tidak mengandungi unsur-unsur bebelan berlebihan. Apa yang dah berlaku pada 10.12.10? Klik kalau nak tahu.Hohoho


Assalamualaikum..;) Lama ek aku tak update belog. Hampir sebulan. Actually banyak benda yang menyumbang kepada ketidakberjayaan aku mengupdate belog ni (menangis kalau cikgu BM baca ayat aku ni). Entah kenapa la lappy baru aku tu tak nak bagi kerjasama aku nak upload gambar kat blog. Kurang asam boy betul tak bagi can kat aku nak story mory. Ni aku guna lappy lama. Betulla kata orang yang lama takkan dapat menggantikan yang baru. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula lappy lama yang banyakkkkk berjasa..hukhukhuk. Kali ni aku langsung tak berniat nak cerita panjang-panjang sebab mood nak bercerita tu dah takde beb. Tapi mood mengupload gambar tu tak kemane..Heee.. Ala kalau aku tak cerita pun korang dah tahu apa sebenarnya yang dah berlaku pada 10.12.10 bila korang tengok gambar2 kat bawah ni kan.. Kawan-kawan kat facebook memang dah tahu pasal ni sebab dorang boleh tengok gambar yang aku upload kat facebook. Tapi member-member kat belog ni memang tak tahu menahu pasal ni sebab aku tak pernah cerita. Sorry je rakan-rakan sesungguhnya bukan niatku untuk berahsia tapi lappy tak bagi kerjasama. Kita jangan kawan dia eh3..Hikhik.. Oke sekarang scroll down teman-teman..;)


Baiklah. Ini gambar pengenalan. Boleh teka tak apa yang berlaku?;)




Jrengggg!! From him to me..;) Tak leh teka lagi? Ok tengok gambar kat bawah ni pulak..




Ting!! Cincin disarung...;) Haaa sah sah sah korang dah tahu...*Neves weh aku time ni..ngeh3



Haaa ni la dia Encik Tunang..-Kamal Amir-*psstt he is my first love*blushing
Thanks for coming into my life dear...;)




Alhamdulillah dah setel majlis pertunangan yang dah diPLAN 6 bulan lepas..;) Majlis tunang aku ni berlangsung dengan simple je pun. Hanya dihadiri ahli keluarg terdekat, press pun aku tak jemput.. wakakaka bajet giler statement! Ko ingat ko memey suhaiza ke.. Memandangkan aku addicted dengan kaler pink, tema tunang aku hari tu adalah pink, merah dan putih..;)
Baiklah memandangkan aku dah bagitahu kat atas tu yang entri kali ni tak mengandungi unsur-unsur bebelan yang berlebihan, aku memang tak nak lebih-lebih la. Lebih kurang pun tak leh gak der. Aku berundur kebelakang dulu la ea. Have a nice day readers..;) Puppye..