Assalamualaikum dan selamat hari sabtu sayangss sekalian.
Actually dah lama aku nak buat entry pasal ni tp asyik bertangguh je. Aku ni perasan busy sikit. Kononnya busy ah sebab tu tak ada masa nak update blog. Padahal 60% hidup aku ni mengadap laptop je kerjanya. Aku ni bukan ape,nak tulis blog ni pun kena ada mood juga. Kalau mood ke laut memang bukan masa yang sesuai la nak update blog kan.
Hujung tahun lepas kalau dekat entry ini dan ini aku ada cerita pasal muka aku yang jadi macam jalan tar tak siap sebab jerawat. Memang time tu aku rasa down gila sebab tu first time jadi macam tu. Dah lah time tu assignment dan final project tengah banyak. Tidur pun tak tentu masa. Time tu juga nak HANG kepala aku ni fikir macamana nak hilangkan jerawat yang makin hari makin banyak gila tu. Pergi mana-mana je orang akan tanya kenapa dengan muka aku tu. Jerawat bukan kecil-kecil tau. Besar batu yang ada kat tepi-tepi jalan tu *hiperbola sikit. Aku ni dah lah chamwhore, pantang nampak kamera nak je menempel sekali tapi bila dah ada jerawat tu aku jadi macam malas nak bergambar sebab rasa rendah diri walaupun aku ni tinggi.
Nak hilangkan jerawat bukan senang. Susah weh macam jerawat tu dah syiook sangat menempel kat muka aku sampaikan pakai produk apa pun time tu tak jalan. Sampailah satu hari tu...jrenggggg!! aku cerita la kat member aku pasal jerawat tu then dia suggest pergi jumpa doktor kat Klinik UiTM pastu mintak antibiotik dan ubat sapu. Aku pun pergilah klinik tu. Doktor bagi ubat sapu je. Dia bagi 2 jenis. 1 untuk malam dan 1 untuk siang.
Ni la muka aku time mula-mula ada jerawat tuu..
Ni time jerawat mula-mula menempel.. Lepas seminggu dua pastu makin teruk woo..Sakit berdenyut-denyut.
Ni pulak kat pipi sebelah kanan. Kat sebelah kiri tak banyak macam tu. Bernanah siot jerawat tu.

Time ni pakai foundation+compact powder pun tak dapat cover jerawat tu. 1km dah nampak jerawat aku tuu..

Close up sikit. Memang teruk kan. Dah la makin hari makin banyak, yang tak tahan tu jerawat tu punya la sakit sampai berdenyut-denyut pastu gatal-gatal.
Ni pula after few months pakai produk tu..
Efek ubat tu memang lambat. Adalah dalam 2 bulan juga tp alhamdulillah sebab makin hari makin ok. Kalau korang tengok kat dalam gambar tu tinggal parut-parut je. Sekarang ni parut-parut tu dah pudar. Gambar tu aku snap bulan lepas. Latest punya gambar tak ada sebab henfon aku rosak so secara tak langsung tak boleh snap gambar la.

Much better right;) Gambar tu tak edit tau.
Syukur alhamdulillah sebab day by day masalah jerawat ni tak menghantui aku lagi. Time ada jerawat tu aku try fikir positif. Aku cakap dengan diri aku sendiri yang kat luar sana tu ramai lagi yang ada masalah jerawat. Mungkin lagi teruk daripada aku. Tapi sometimes memang terasa sangat rendah diri sebab member-member aku punya muka flawless sangat. Bersyukurlah kalau korang dikurniakan kulit yang halus mulus. Tak payah pening nak fikir nak pakai produk apa.
Selain daripada ubat jerawat yang aku pakai tu, aku pakai Mary Kay set f3. Set f3 ni memang khas untuk orang yang bermasalah jerawat. Bila dah start pakai Mary Kay aku stop pakai ubat jerawat yang doktor bagi tu dan hasilnya memang bagus. Tapi tak ada la muka aku ni dah ok 100%. Sekarang ni dalam proses merawat lagi. Apa yang aku suka pasal Mary Kay ni sebab produk ni tak ada kimia dan produk ni berasaskan botanical. Yang bestnya kakak aku pun beli full set Mary Kay lepas dia try pakai Mary Kay aku tu. Memang ada perubahan;) Thanks Encik Tunang sebab bagi 1 set Mary Kay kat kita..Muehehehe

Ni la set f3 Mary Kay yang aku pakai. Mary Kay ni ada 3 set. Lepas pakai set ni muka aku dah macam lembut-lembut sikit*cewahhh* pastu dah kurang berminyak sebab moisturiser dan mask set f3 ni absorb minyak. confirm aku tak cari lain dahh..huhu
Ok setakat ni je untuk hari ni. Nanti kalau ada produk lain yang best-best aku review lagi.
Have a nice day readers;)
