Assalamualaikum dan selamat hari sabtu sayangss sekalian.
Actually dah lama aku nak buat entry pasal ni tp asyik bertangguh je. Aku ni perasan busy sikit. Kononnya busy ah sebab tu tak ada masa nak update blog. Padahal 60% hidup aku ni mengadap laptop je kerjanya. Aku ni bukan ape,nak tulis blog ni pun kena ada mood juga. Kalau mood ke laut memang bukan masa yang sesuai la nak update blog kan.
Hujung tahun lepas kalau dekat entry ini dan ini aku ada cerita pasal muka aku yang jadi macam jalan tar tak siap sebab jerawat. Memang time tu aku rasa down gila sebab tu first time jadi macam tu. Dah lah time tu assignment dan final project tengah banyak. Tidur pun tak tentu masa. Time tu juga nak HANG kepala aku ni fikir macamana nak hilangkan jerawat yang makin hari makin banyak gila tu. Pergi mana-mana je orang akan tanya kenapa dengan muka aku tu. Jerawat bukan kecil-kecil tau. Besar batu yang ada kat tepi-tepi jalan tu *hiperbola sikit. Aku ni dah lah chamwhore, pantang nampak kamera nak je menempel sekali tapi bila dah ada jerawat tu aku jadi macam malas nak bergambar sebab rasa rendah diri walaupun aku ni tinggi.
Nak hilangkan jerawat bukan senang. Susah weh macam jerawat tu dah syiook sangat menempel kat muka aku sampaikan pakai produk apa pun time tu tak jalan. Sampailah satu hari tu...jrenggggg!! aku cerita la kat member aku pasal jerawat tu then dia suggest pergi jumpa doktor kat Klinik UiTM pastu mintak antibiotik dan ubat sapu. Aku pun pergilah klinik tu. Doktor bagi ubat sapu je. Dia bagi 2 jenis. 1 untuk malam dan 1 untuk siang.
Ni la muka aku time mula-mula ada jerawat tuu..
Ni time jerawat mula-mula menempel.. Lepas seminggu dua pastu makin teruk woo..Sakit berdenyut-denyut.
Ni pulak kat pipi sebelah kanan. Kat sebelah kiri tak banyak macam tu. Bernanah siot jerawat tu.
Time ni pakai foundation+compact powder pun tak dapat cover jerawat tu. 1km dah nampak jerawat aku tuu..
Close up sikit. Memang teruk kan. Dah la makin hari makin banyak, yang tak tahan tu jerawat tu punya la sakit sampai berdenyut-denyut pastu gatal-gatal.
Ni pula after few months pakai produk tu..
Efek ubat tu memang lambat. Adalah dalam 2 bulan juga tp alhamdulillah sebab makin hari makin ok. Kalau korang tengok kat dalam gambar tu tinggal parut-parut je. Sekarang ni parut-parut tu dah pudar. Gambar tu aku snap bulan lepas. Latest punya gambar tak ada sebab henfon aku rosak so secara tak langsung tak boleh snap gambar la.
Much better right;) Gambar tu tak edit tau.
Syukur alhamdulillah sebab day by day masalah jerawat ni tak menghantui aku lagi. Time ada jerawat tu aku try fikir positif. Aku cakap dengan diri aku sendiri yang kat luar sana tu ramai lagi yang ada masalah jerawat. Mungkin lagi teruk daripada aku. Tapi sometimes memang terasa sangat rendah diri sebab member-member aku punya muka flawless sangat. Bersyukurlah kalau korang dikurniakan kulit yang halus mulus. Tak payah pening nak fikir nak pakai produk apa.
Selain daripada ubat jerawat yang aku pakai tu, aku pakai Mary Kay set f3. Set f3 ni memang khas untuk orang yang bermasalah jerawat. Bila dah start pakai Mary Kay aku stop pakai ubat jerawat yang doktor bagi tu dan hasilnya memang bagus. Tapi tak ada la muka aku ni dah ok 100%. Sekarang ni dalam proses merawat lagi. Apa yang aku suka pasal Mary Kay ni sebab produk ni tak ada kimia dan produk ni berasaskan botanical. Yang bestnya kakak aku pun beli full set Mary Kay lepas dia try pakai Mary Kay aku tu. Memang ada perubahan;) Thanks Encik Tunang sebab bagi 1 set Mary Kay kat kita..Muehehehe
Ni la set f3 Mary Kay yang aku pakai. Mary Kay ni ada 3 set. Lepas pakai set ni muka aku dah macam lembut-lembut sikit*cewahhh* pastu dah kurang berminyak sebab moisturiser dan mask set f3 ni absorb minyak. confirm aku tak cari lain dahh..huhu
Ok setakat ni je untuk hari ni. Nanti kalau ada produk lain yang best-best aku review lagi.
Have a nice day readers;)
30 comments:
bape hrge set ni ye?owg xde mslh jrawat.tp de cm prot chcken pox tu ciket + muke agak berminyak.de x set tok mke cm owg ni?
1 set Mary Kay rm285.tp blh pakai utk 5-6 bulan.Kalau muka berminyak mesti beauty consultant Mary Kay akan suggestkan awak amek set f3.Kalau awak berminat nak beli produk ni awak blh cr beauty cnsultant Mary Kay yang ada kat area awak tinggal..
waaa.. tips yg mnarek.. hihi gud j0b!
alhamdulillah dah nampak perbezaannya nurul.. pasni leh la amik gambar byk2 lagi..
pst: cantik lah header tu.. ajarlah kak atie camner nak buat.. nurul wat tutorial kat blog nurul ekk.. plsss
dear, leh x bagitau dktr to bagi ubat apa.coz my fren dia mmg giler jrawat.pastu jumpa dktr,dia bagi antbiotk.mmg clear muka ia.tp antbiotk tak leh mkn lama2.bila dia bhanti muka dia jadi balik.
btw,i follow you =)
dear, leh x bagitau dktr to bagi ubat apa.coz my fren dia mmg giler jrawat.pastu jumpa dktr,dia bagi antbiotk.mmg clear muka ia.tp antbiotk tak leh mkn lama2.bila dia bhanti muka dia jadi balik.
btw,i follow you =)
eyka aikha : Tengs sayang;)
K.atie : alhamdulillah kak..much better than b4..sblm ni mcm down cket..teheee
oh header tu bkn nurul yg buat. kwn nurul yg wat kan. lau nurul wat mesti nurul wat tutorial..heee
ely : btl tu antibiotik mmg xleh mkn lame2 sbb de side effect. Mmbe ely tu dak uitm gak ke? lau dye dak uitm suh dye g klinik uitm and mintak ubat sapu kat doktor..gmbo ubat tu ade lam entri ni..
http://bibpunyablog.blogspot.com/2010/10/percubaan-pertama.htmlhttp://bibpunyablog.blogspot.com/2010/10/percubaan-pertama.html
ubat ni kesan dye xla cpt sgt.kene sabar cketla..
K t nurul follow ely blk;)
sangat berkesan nurul :) alhamdulillah~ nurul yang cantek makin cantek :)
yg penting sabar..tp sometimes mmg rase xsabau..huhu
hehe..ni yg rase nak try..mane tau muka pun jd ok balik..
yup..muka ni kalo dah naek jerawat besa2 tu, memang segan nk tgkp gambar..adui..mekap pun x leh nak cover..aishh..
Xsalah try kan?
Mula2 mntak ubat jerawat ngan doctor (ubat sapu. sometimes antibiotik didnt work well. ubat sapu more effective kot..;)make up tebal mne pn kalau jerawat bersepah mmg xleh cover. makin tebal mekap makin byk jerawat tmbuh.
nak muka licin jugakkk...heee
suka tengok muka kak nurul. comel sangat :) muka zatie pon masih dalam rawatan lagi. sebab sekarang tengah cuba vco :)
dak comot comey : ada masalah jerawat ke skang ni yang?
ezzattie : ok x vco tu? akak pn nk try pakai gak tp risau lau ade side effect..btw tengs;)adik pn cumel gak;)
alhamdulillah, zatie sangat percayakan vco sebab sangat berkesan :) muka zatie tak berminyak dah. jerawat pun dah segan nak menyewa muka zatie.
zatie tak berani nak cakap lah kak nurul. zatie rasa kak nurul dah elok pakai mary kay ni. kan? so, go on je lah. tapi, vco ni boleh makan. baik untuk kesihatan luaran dan dalaman :)
ramai sgt yg ckp vco ni bagus..akak kene try la lau cmni..
yelah..zatie rasa macam tu jugak..
kak nurul patut cuba. sebab vco ni memang bagus pon :)
oh menyeramkan sekali masalah jerawat ni. sye dlu pon mcm tu cik syuhadah..down gler T_T
noorae : mmg seram kan? xpnh taw sy de prob jerawat cmtu. dats y ble terkena tu rse mcm down sgt2..
noorae : mmg seram kan? xpnh taw sy de prob jerawat cmtu. dats y ble terkena tu rse mcm down sgt2..
salam..awak saya bukan budak uitm...caner ek nak daptkan ubat tuh..mahal tak...??? muka saya pn jd teruk tetiba ja..dulu ok jaa....sy betul2 tertekan..sy student gak..dah habis ratusan rgt..skang dah x da wit nak beli benda macam tuh..emm...blh tlg tak..nak dpt kat mana ubat tu ek??? plssssss dear...help me...
anon : ubat tu bkn ade kat uitm jew dear.. awak blh tny kat frmasi2 n klinik lain. tp efeknye lmbt la cket. tp sy rse rs mcm efektif tmbh plak dengan mary kay tu kan. skang ni kecoh psl vco. pnh dgr x virgin coconut oil (catalyst)..owg kata produk tu bgus utk jerawat.harga 39.90..
perghhh! berkesannya product neh! nnt nak rekemen kat member2 lah,
Wawan3y : blh yang. bnda baek harussss dishare hehehe..
Workstation Ford membawa kantor Anda untuk kendaraan Anda , sehingga lebih mudah untuk melakukan bisnis di Houston daripada sebelumnya . Tanyakan Anda Houston dealer Ford mengenai pilihan yang tersedia .rn rnDengan komputer di -dash dalam pickup Ford atau van , Anda berkendara di sekitar Texas tanpa harus kembali jalur untuk kantor Anda di Houston untuk mengisi formulir atau mengirimkan perintah kerja . Cukup logon ke komputer Anda dari Ford dan memeriksa e - mail , mengisi spreadsheet dan informasi log . Anda Ford Dealer Houston dapat mendiskusikan lebih jauh dengan Anda manfaat dari workstation Ford .
[url=http://motoreviewnow.info/sandberg-volvo/]Sandberg Volvo[/url]
salam..mana2 yg nk try produk Mary Kay can contact me BC Ezreen Nur 012-3300069...tq
Post a Comment