Showing posts with label Bahaya. Show all posts
Showing posts with label Bahaya. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

Awas : Perhatian kepada semua kaum HAWA. Bahaya tuala wanita biasa di pasaran..

Assalamualaikum...

Aku pasti ramai dah tahu pasal bahaya tuala wanita biasa yang memang berlambak-lambak terjual kat pasaran sekarang ni. Info pasal bahaya tuala wanita biasa tu memang ada sana sini. Tapi aku pasti korang buat-buat tak tahu walaupun dah tahu 100 % bahaya penggunaan tuala wanita biasa ni. Aku tiba-tiba terfikir nak buat entri pasal ni sebab nak share benda yang aku tahu dan aku nak korang fikir dua tiga kali sebelum guna tuala wanita biasa tu.

Based on my observation, ramai sangat girl dah tahu pasal bahaya tuala wanita biasa ni tapi dorang buat-buat tak tahu dan pandang ringan benda macam ni. Alasan dorang, "pad biasa tu murah je kalau nak compare dengan pad herba". Ada jugak yang cakap "Tak mampu la nak beli pad herba tu." Lagi seronok bila ada yang kata "Eleh kalau nak kena penyakit pakai pad herba pun dapat penyakit jugak" Adesss.. Terkedu. Pilu. Prevention is better than cure,right. Penyakit tu boleh di elakkan kalau kita cegah dari awal. Pencegahan tu kan salah satu usaha.

Ok kalau korang blur-blur lagi apa bahaya tuala wanita biasa ni, scroll bawah ni ea..*kalau kau dah khatam pasal ni duk diam-diam.ngeh3


-Kebanyakan pad dibuat menggunakan kertas kitar semula atau kertas sisa buangan.Proses kitar semula kertas ini menggunakan bahan kimia yang banyak bagi
menghilangkan warna dan bau. -See..memang bahaya kan...oke baca lagi kat bawah ni.

Klorin adalah bahan wajib dalam proses pembuatan produk pulpa dan kertas. Klorin bertindakbalas dengan haba untuk menghasilkan Dioksin. Dioksin telah disahkan sebagai karsinogen (racun) paling bahaya untuk kesihatan. Dioksin adalah bahan kimia bertoksid yang amatkuat kesannya. Ia adalah 130 kali lebih bertoksik daripada Cyanide, dan 900 kali lebih berbahaya berbanding Arsenik. Ia digelar “Bahan Bertoksik Paling Kuat” pada masa kini.
Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengkelaskan Dioksin sebagai
KARSINOGEN(bahan penyebab kanser) kelas pertama.


Dioksin menyebabkan:

Ketidakstabilan hormon

Kanser Payudara

Kanser Ovari

Kanser Usus

Endometriosis

Kemandulan

Fibroid

Keguguran

Jangkitan pada uterus

Melemahkan sistem imuniti badan



CIRI-CIRI TUALA WANITA BIASA


Pembungkusan Yang Tidak ’Hygienic’

Pembungkusan di kilang masih secara manual.Pembungkus yang tidak boleh ditutup semula setelah dibuka. Mudah tercemar habuk, bakteria, kulat dan lembapan.

Penuh dengan bakteria

”Kandungan bakteria 11 x lebih tinggi dari piawaian antarabangsa”. Ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan kegatalan pada alat sulit wanita. - Laporan Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) 1987


Tiada tarikh luput (Expiry Date)

Hampir semua pad dipasaran tidak mempunyai tarikh luput. Ada pad yang telah berubah warnanya menjadi kekuning-kuningan masih dijual dikedai-kedai. Berapa pastikah anda ia tidak akan menjejaskan anggota sulit anda?

Pelapik Luar Tidak Telus Haba

Menyebabkan haba dari suhu darah haid terperangkap, alat sulit menjadi lembap dan tidak selesa.


Tiada Bahan Anti-Bakteria

Pad wanita adalah tempat pembiakan bakteria yang paling ideal kerana terdapatnya protin didalam darah haid. Bakteria dengan mudah masuk kedalam badan melalui vagina dan melemahkan sistem imuniti badan. Bakteria akan memasuki ke dalam sistem badan hanya dalam tempoh 2 jam sekiranya haid ini tidak dicuci.


* Setiap wanita menggunakan ~ 15 000 keping tuala wanita sepanjang hayat
(35 tahun ;period pada usia 12 tahun dan menopouse pada usia 47 tahun).
Maka, risiko wanita itu terdedah pada Dioksin adalah
15 000 kali !!!
Patutlah
Kanser Serviks (Pangkal Rahim) menjadi
Pembunuh No. 2 Wanita Malaysia

Tuala wanita yang selamat memang banyak kat pasaran sekarang ni. Mesti korang pernah terperasan kewujudan pad Avail, She (She ni baru je dijual. Ala yang duta nye danny x factor, lisdawati and haiza tu). Tak salah melabur sikit untuk kesihatan kan. Jangan berkira sangat kalau nak sihat dan cegah macam-macam penyakit.







SHE..*pic from uncle google



Avail

Pad herba ni ada tarikh luput. So dijamin selamat dan tak ada side effect..;) Selain daripada selamat, pad herba ni juga boleh mengubati macam-macam penyakit, InsyaAllah.




Sunday, August 15, 2010

Blacklist Product!!

Woww!! Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut saya bila saya baca baca berita hari ni. Rasa nya semua orang pun terkejut and macam tak sangka langsung benda-benda macam ni boleh berlaku. Eh saya belum bagi salam rupanya. Ni terkejut punya pasal la. Kalau tak awal-awal lagi dah bagi salam. (^_^).. Baiklah Assalamualaikum wbth....

Tadi lepas balik test undang-undang ( saya lulus test tu..;) ) saya online and bila buka page Berita Harian terkejut monkey saya bila baca berita pasal ni. Haisyyhh memang tak patut betullah kan benda-benda macam ni boleh berlaku. Nampak sangat mereka yang terlibat ni tak alert dan dalam erti kata lainnya mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung oleh pengguna. Berita yang membuatkan saya sentap tu ialah pasal produk yang disenarai hitamkan oleh pihak Kementerian Kesihatan sebab produk-produk tu mengandungi bahan yang terlarang. Kalau dah ada bahan terlarang tu, for sure la produk tu akan bagi bad effect pada pengguna. Agak-agakla kan, tauke produk-produk tu pakai tak produk yang dorang hasilkan tu? Heee...

Ok2.. Kalau you all belum baca lagi berita pasal ni kat Berita Harian, baca kat sini pun boleh. Saya yakin ramai yang pakai produk-produk ni. Iklan bukan main best tapi memang tidak ku sangka begini jadinya..




Antara produk yang disenarai hitam Kementerian Kesihatan ialah ;

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:


  • Kintop




  • Body Beaus




  • BMI-9 Xylimming Capsule



  • Senna Plus Capsule



    Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:



  • Lami





    Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:





  • Obexlim


  • Slimax Coffee


  • Beaute Fit Body Contour

  • Body Trimz



    Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:



  • 357 Nasal Spray




    Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:



  • Makjun Taufiq Dua Istimewa


  • Majun Dua Istimewa


  • Ginseng Jin Fui Wan


  • Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga


  • Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)


  • Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule


  • Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill


  • Makjun Syafiq 3 Istimewa


  • Reepo


    Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:


  • Air Ikan Haruan



    Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:



  • - Eriesya Spa Beauty Cream


    - Atika Beauty Renewal Cream


    - Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya


    - Ratna Sari Whitening Night Cream


    - Tia Amelia Krim Jeragat


    - Chantique Whitening Night Cream


    - RZAC White Pearl Cream


    - Nuriz Day and Night Cream


    - Elite Rias Er Cream


    - R&Z Whitening Night Cream


    - Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream


    - Pigmentation Recovery Complex


    - Zara Rejuvenation Cream


    - Natasya Krim Herba Gold


    - De Putih Night Cream









  • Produk tradisional berdaftar ada antihistamine



  • - Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill





  • Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
    - Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
    - Qian Tong Dan
    - Raja Ubat Resdung
    - Coral Plus UA 350MG



    Dalam banyak-banyak produk, produk kecantikan tu yang paling menarik perhatian. Tak sangka betul produk-produk yang femes macam tu mengandungi bahan-bahan terlarang.
    Agak-agak, korang buang tak produk-produk yang dah sah-sah bahaya tu? Heee Selamat Berfikir and daaaaaa..;)))




    -Gambar hiasan semata-mata tapi tak nak letak bunga or whatsoever sebagai hiasan-