Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Saturday, September 25, 2010

Finally saya dapat update blog ini..;)


Assalamualaikum..Tumpang lalu. Izinkan saya bersopan santun sikit sebab da lama tak update! Saya rinduuu nak update dan share macam-macam benda kat sini tapi sakit hati den bila lappy kesayangan buat hal. Masa-masa macam ni juga lah dia nak buat hal. Sekarang ni lappy tu kat hospital. Wad ICU doww! Dah la sekarang ni tengah banyak final project nak kena siapkan. Ada kurang lebih 4 minggu je lagi untuk saya menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai seorang student UiTM..ecece ayat tak boleh blah!! For the time being, saya pinjam laptop Ila a.k.a Gapit! Nasib baiklah dia bersimpati dengan nasib saya yang tak berapa nak malang ni. (T_______T).

Sekarang ni semua dalam mood raya lagi kan. Kalau time macam ni ada kat kampung best juga ek. Time raya hari tu lagi la best. Lagi-lagi la saya ni ada 10 orang adik beradik. Memang meriah lah tok sah cakap la weh. Kalau dah ramai balik dan jarang dapat berkumpul macam tu apa lagi kerjanya selain makan+snap gambar banyak-banyak. Standard la tu. Oh saya sungguh risau sebab berat badan saya dah naik (T__T) Mana tak nye kalau kat rumah asyik melantak je..opssss bukan melantak tapi makannnn. Pipi pun dah rasa macam tembam daripada dulu..*Perasaan saya je kot ( nak sedapkan hati sendiri kononnya)..




Ouchh gambar kat atas ni menampakkan pipi saya lebih tembam daripada biasa
biasa. Mungkin disebabkan oleh soto, lontong, nasi impit kuah kacang,nasi dagang spagetti blablablabla ;)


Mereka bilang mata saya macam mata kucing!


My sibs..Tapi seorang kakak tak de sebab dia tengah syiook membaham satay! Yang tengah
tu mak saya..;)
Mak+anak2+cucu2 = Ramai kan..Tu pun belum cukup korum lagi lagi
sebab 5 orang tak ada..









Actually banyak lagi gambar yang di upload kat sini tapi macam
tak best je sebab
nanti semuanya sama macam dalam muka buku (^_^)
Saya dah pening-pening lalat ni lagipun
semenjakdua menjak ni perut tak sihat la pulak.
Asyik kena gastrik je.
Nak rehat kejap ni malam ni nak buat kerja sekolah.
Cau cin cau darls..;)





Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya..Psttt jangan lupa ambil kad raya ni ea..

Assalamualaikum..;) Time is running out..sedar tak sedar lagi 3 hari nak raya..Cepat je rasanya kan.(agak klise disitu) tapi serius la memang rasa sekejap sangat2. Bukan puasa je saya rasa sekejap study pun macam tu jugak. Tup-tup dah final semester. Lepas raya ni banyak giles assignment yang minta perhatian tapi kadang-kadang saya ni zalim sebab abaikan dorang! Zalim dengan diri sendiri! T_T.. Tapi saya sukaaaa sangat balik raya tahun ni sebab tak banyak assignment macam tahun-tahun lepas. Ada 1 je tapi bila balik sana habislah..Tapi tak nak lah cerita pasal assignment sebab sekarang ni dalam mood raya kan3..

Raya tahun ni mesti sangat-sangat berbeza sebab ni tahun pertama kami sekeluarga sambut raya tanpa ayah. Dia pergi betul-betul sebulan sebelum puasa. Memang terasa lah ketiadaan arwah sebab sebelum ni kami tak pernah berpuasa dan beraya tanpa dia. But no matter what happen life must go on right, eventhough arwah dah tak ada, kami tak boleh terus bersedih . Doa je yang menjadi penghubung antara kami. Semoga roh arwah ayah ditempatkan bersama para solihin..AMIN...

Ok sempena hari raya ni, saya nak bagi korang kad raya. Sudilah apa kiranya kalian menerima kad raya ekslusif ni! emm ekslusif la sangat der! Muehehehe..Selamat Hari Raya taw. Maaf Zahir Batin taw. Hati-hati di jalan raya taw. Jangan main mercun bola taw. Jangan makan kuih raya banyak sangat taw nanti diabetis. Kalau balik kampung or pergi beraya jangan drive laju-laju taw3..Pastu jangan lupa bagi saya duit raya taw4..;) Baiklah ambil kad raya ni 1 sorang ea. Pastu wat desktop background! Huhu




Hoyee Tqah bagi kad raya..


Assalamualaikum...Nak bagitau ni, saya dapat kad raya dari Tqah..;) Thanx Tqah..Ni la kad nye...




Macih Tqah..Selamat Hari Raya jugak..Maaf Zahir Batin..Jangan sedih-sedih tau tak dapat beraya kat rumah. Raya dengan member pun ok gak kan. At least ada gak kenangan raya dengan dorang..;) Nanti ambil kad raya dari Nurul pulak ea..K take care dear.TQ;)