Saturday, September 25, 2010

Finally saya dapat update blog ini..;)


Assalamualaikum..Tumpang lalu. Izinkan saya bersopan santun sikit sebab da lama tak update! Saya rinduuu nak update dan share macam-macam benda kat sini tapi sakit hati den bila lappy kesayangan buat hal. Masa-masa macam ni juga lah dia nak buat hal. Sekarang ni lappy tu kat hospital. Wad ICU doww! Dah la sekarang ni tengah banyak final project nak kena siapkan. Ada kurang lebih 4 minggu je lagi untuk saya menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai seorang student UiTM..ecece ayat tak boleh blah!! For the time being, saya pinjam laptop Ila a.k.a Gapit! Nasib baiklah dia bersimpati dengan nasib saya yang tak berapa nak malang ni. (T_______T).

Sekarang ni semua dalam mood raya lagi kan. Kalau time macam ni ada kat kampung best juga ek. Time raya hari tu lagi la best. Lagi-lagi la saya ni ada 10 orang adik beradik. Memang meriah lah tok sah cakap la weh. Kalau dah ramai balik dan jarang dapat berkumpul macam tu apa lagi kerjanya selain makan+snap gambar banyak-banyak. Standard la tu. Oh saya sungguh risau sebab berat badan saya dah naik (T__T) Mana tak nye kalau kat rumah asyik melantak je..opssss bukan melantak tapi makannnn. Pipi pun dah rasa macam tembam daripada dulu..*Perasaan saya je kot ( nak sedapkan hati sendiri kononnya)..




Ouchh gambar kat atas ni menampakkan pipi saya lebih tembam daripada biasa
biasa. Mungkin disebabkan oleh soto, lontong, nasi impit kuah kacang,nasi dagang spagetti blablablabla ;)


Mereka bilang mata saya macam mata kucing!


My sibs..Tapi seorang kakak tak de sebab dia tengah syiook membaham satay! Yang tengah
tu mak saya..;)
Mak+anak2+cucu2 = Ramai kan..Tu pun belum cukup korum lagi lagi
sebab 5 orang tak ada..









Actually banyak lagi gambar yang di upload kat sini tapi macam
tak best je sebab
nanti semuanya sama macam dalam muka buku (^_^)
Saya dah pening-pening lalat ni lagipun
semenjakdua menjak ni perut tak sihat la pulak.
Asyik kena gastrik je.
Nak rehat kejap ni malam ni nak buat kerja sekolah.
Cau cin cau darls..;)





5 comments:

Takumi said...

waaahhhh....

Takumi said...

waaahhh....

Fariq said...

bwk bersabar..
doakan byk2 agar lappy 2 pulih dgn cpt...

Nurul Syuhadah said...

Takumi : amboi pjgnya wahhhh! haha
fariq : xtawla lappy tu bley sehat cam beyse ke x..buatnye operation tu fail..oh sungguh haru!

atie said...

besarnye kuarga syuhada.. best!