Assalamualaikum..
Cabaran hari ke 3 bersambung...jrenggggg!! Semua orang pernah rasa cinta kan. Cinta mengundang definisi yang luas. Sangat luas. Cinta bukan hanya bermaksud cinta kepada bf sajee (rasa nak cepuk je bila ada orang anggap cinta tu pada bf je) tapi cinta tu termasuk cinta pada family, friends and so on laa.
Bila sebut first love, macam-macam pendapat orang yang boleh kita dengar. Ada yang kata first love dia masa dia kat tadika, first love dengan hubby dia (eventho before kahwin dah ada bf) dan macam-macam laaa haiii.
Tapi siapa first love saya? Sekali lagi jrenggggg!! Sebenarnya kan ramai yang tak percaya kalau saya cakap yang saya hanya mula kenal cinta masa saya kat UiTM. Masa tu saya dah 22 tahun. Orang lain umur 22 tahun bf dah 22 orang tapi saya???? Non Hadoooo. Tapi tapi tapi bukan bercouple dengan coursemate, junior mahupun senior saya tapi dengan someone yang saya langsung tak sangka yang one day saya akan couple, bertunang dan bakal berkahwin (ehem ehem) dengan dia.
Masa sekolah dulu daripada sekolah rendah sampai sekolah menengah saya tak pernah couple dengan siapa-siapa. Masa tu kawan lelaki memang ramai tapi untuk bercinta memang saya tak laaa sebab masa tu eventho saya masih muda remaja (ehem sekarang pun masih muda lagi) saya dah fikir pasal future. Dari dulu lagi saya cakap dengan diri sendiri yang saya nak first love saya tu jadi tunang then hubby saya. Tak mo la bercinta setakat nak hilangkan boring time tu je and pantang betul kalau main nak test-test ni. I'm looking for serious relationship. That's why dulu-dulu time sekolah saya tak pernah terima cinta siapa-siapa eventho masa tu almost kawan saya ada bf. Saya???? Non adoooooo.
Nak citer lebih-lebih pasal first love ni tak boleh sebab nanti kena bahan hahaha!
Kadang-kadang rasa macam tak percaya yang saya ni dah bertunang but at the same time rasa seronok sangat sebab saya dah lalui fasa baru dalam hidup. Memanglah tak banyak beza before and after engaged tapi bila dah tunang ni rasa satu perasaan yang sangat best sebab saya tahu arah tuju hubungan saya dengan tunang saya pasni. InsyaAllah Allah permudahkan semuanya #Tetiba lak jadi jiwang!
* Ppsstttt I love U ^_^
3 comments:
bestnye~ your first love become your tunang n future husband insyaAllah :) kalau ikot semua orang nak merasa camtu kan..tapi lain orang lain pulak jalan cerita hidup masing masing..nana pon dulu nak rasa cam nurul ni.tapi penah kecewa dan dikecewakan jugok T__T sobbbb~
InsyaAllah apa yg nurul nak tu kd kenyataan (:
Xpela kalau nana pernah rasa kecewa. At least nana lebih tahu sape yang terbaik. Mungkin kita akan jumpa org yg slh sblm kite jmpe someone yg betol2 seswai untuk kite kan.
btw nurul nk cabar yana buat 30 days challenge ni. ada bran?teheee
alhamdulillah n aminnnn untuk nurul syg~ :) tq dear..tq tq tq.
nurul~ nana tak berani nak amik risiko..hehe.blog nana pon jarang jarang update T__T
Post a Comment