Sunday, August 8, 2010

Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram...;)

Assalamualaikum..Namaste;) Weekend macam ni boring pula duduk berdiri baring makan tidur kat rumah je tak buat apa-apa. Nak keluar malas pulak. Asal weekend je keluar, asal keluar je weekend. Minggu ni nak rehat kat rumah je. Next week harus keluar sebab minggu ni duduk rumah je tunggu orang masuk meminang.. Ohh adakah jejaka yang nak pinang saya kat hostel ni? Memang tak de la kan..(-_-)
Ok ok hari ni saya tak nak mengomel panjang, just want to share something yang saya jumpa kat internettooo.. Entri kali ni HARUS dibaca oleh semua anak-anak gadis, mak-mak gadis dan nenek serta moyang gadis sebab entri kali ni pasal anda semua (^_^) Baiklah scroll down please, please la, please...Ok good!
|
|
|
|
|
|
|
Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stres, cemas, gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. ( Iklan : Wajah saya ni keibuan ke tak ek )
Jika anda merupakan wanita bujang atau bergelar isteri, jangan pula tunggu sampai melahirkan anak baru nak menonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
Apapun, berikut ialah ciri-ciri yang memungkinkan anda disukai lelaki:

Memahami
Sikap memahami wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang memahami tidak terus menghamburkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan, sebaliknya cuba mengerti letak duduk persoalan. ( Kadang-kadang saya suka menuduh si dia bukan-bukan tapi kalau menghamburkan kata-kata kasar tu tak pernahlah ;) )

Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki ialah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan kaum wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga. ( Saya amat menghargai si dia dan akan terus menghargainya until the ends of time, InsyaAllah..:) )

Menjaga penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.
Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah mempunyai tiga anak? ( InsyaAllah, penampilan akan terus di jaga walaupun saya beranak 10!!)

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya.
Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

Bersikap keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
Tetapi, tentulah ia bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati sebaliknya sikap keanak-anakan yang menyenangkan.
Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian seorang pria. Wanita yang ceria membuat lelaki lebih ghairah. ( Haruslah manja!! Thehehe )

Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.
Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar. Malah, cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung. ( Saya pernah tinggal di bandar dan di kampung, so tak de masalah.. Small the pieces. )

Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan serta tahu baik dan buruk.
Jadi, dia tahu apa yang dia inginkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati. ( Saya tak la sopan santun sangat, tapi saya tahu beretika.. Iyakah? Tapi yang pastinya saya tak akan biarkan sesiapa pun merperlakukan saya sesuka suki hati mereka!! -BERNADA TEGAS..Takut tak?? )

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu.
Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Kecantikan dalaman dirinya memancar keluar dengan indah dan mempesona.

6 comments:

syahira ariff said...

wah!
suka part bersikap keanak anakan dan memahami tu
suka info mcm nie,boleh tingkatkan prestasi di hadapan si dia
=D


p/s : muka sis da ada ciri keibuan
=]

Nurul Syuhadah said...

Hahaha akak pun suka part tu jgk..ececece..Tapi xboleh la lau kte jd hipokrit semata2 nak nmpak baik di dpn mata org lain kan.. Berubah utk menjadi some1 yg lebih baik xpe, tp jg sampai mnipu org len dan diri sndiri..;)
muka adik pun nmpak cam keibuan jgk..comey lote lak tu..

Notami said...

wajah keibuan tu 1 klebihan..tp yg plg pnting pakai pakaian menutup aurat..ramai yg silap phm psl aurat nih..pakai baju kebaya pn dh kire x tutup aurat..mcm2 lg la..ramai yg x nmpk tu

Kancilbiru said...

kalau muka tak keibuan macam mana? hehehe

atieaizam said...

salam,

hi nurul buchuk.. wajah nurul maca akak gak lar masa mude2 dulu.. org kata muka keibuan.. ececece.. tapi tu time tenang.. kalo akak tengah menyinga hilang wajah2 tu sume.. hahaha!!!

bagi akak, apa yang ada dalam hati dan jiwa kita itulah yang akan terpancar kat wajah kita.. tenang ke kita.. serabut ke kita berula dari dalam huhuhu..

sekian, wabillahhitaufik wahidayah.. wassalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.. :P

Nurul Syuhadah said...

wsalam akak..
nurul pn sama la mcm akak.. kalau time menyinga singa lagi cun!! hahahaha
btol tu kak..pe yg penting hati..kalau muka cntik tp hati tak berapa nak cantik xseswai juga kan.
Ayat akak tu lebih seswai ngn slogan ni "Kecantikan dalaman menyerlahkan kejelitaan luaran"..pehhhh!! haha