Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Apa khabar semua hari ni? Ada sihat? Sudah makan? Kalau tak sihat, jangan biarkan, nanti melarat. Kalau belum makan, jangan segan silu nak makan. Don't skip meal. Tak bagus ya U all..Tapi hari ni saya dah terskip breakfast sebab bangun lambat dan tergesa2 nak keluar jumpa member tadi. Pastu mula la encik gastrik datang. Nasib baik under control.(-_-)
Ok..entry kali ni saya nak cerita tentang BERSYUKUR..Sebut betul2, BERSYUKUR..Bersyukur mengundang makna yang subjektif. As a human being, kita wajib bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan untuk kita. Things happen for reason dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita hamba-hambaNYA yang lemah. Kadang-kadang terdetik di hati kita kenapa Allah takdirkan sesuatu yang tidak pernah kita expect sebelum ni. Kadang-kadang rasa macam berat sangat ujian yang Allah berikan pada kita. Tapi, bersyukurlah sebab seberat mana pun ujian yang Allah berikan pada kita, kita masih boleh berfikir untuk mencari jalan penyelesaian.
Bila kita di uji dengan ujian yang kita rasakan hebat seperti putus cinta, masalah kewangan, dan bermacam bentuk ujian, kita mula rasa down sampaikan ada yang bunuh diri, menangis tak henti-henti, meratapi nasib macam orang histeria dan bercakap macam orang yang tak ada iman langsung dalam diri. Apa lah sangat ujian yang Allah berikan pada kita tu kalau nak dibandingkan dengan masyarakat di luar sana yang hidup lebih menderita sejak dilahirkan?
Cuba lihat saudara kita yang berjuang berhabis-habisan membela nasib, agama dan bangsa mereka di Palestin misalnya, mereka tidak pernah mengenal erti putus asa memperjuangkan hidup mereka walaupun mereka tidak henti-henti ditindas oleh manusia yang berhati binatang. Adakah berbaloi menghabiskan air mata dan meratapi nasib sekiranya di uji dengan ujian yang jauh lebih ringan daripada itu? Bersyukurlah kita kerana Allah telah mentakdirkan perjalanan hidup kita lebih manis daripada saudara-saudara seagama kita yang tidak terbela nasibnya di atas dunia ini. Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk dan setiap ujian yang di berikan kepada kita menunjukkan bahawa sayangnya Allah pada hamba-hambaNYA yang lemah ini. Sepatutnya, bila di uji rasa kasih dan cinta kita kepada Allah makin bertambah, bukan sebaliknya. Saya akui, kadang-kadang saya rasa saya tak mampu untuk menghadapi ujian yang Allah berikan kepada saya, tetapi saya bersyukur kerana saya masih punya iman untuk bersyukur dan bermuhasabah diri serta berusaha untuk menerima ujian Dia dengan hati yang terbuka.
Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang, tapi tak bermakna kita harus berpuas hati tanpa berusaha untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. (^_^)
-Saya bersyukur sebab terselamat dari kehausan yang melampau-;p

3 comments:
cantik blog...
Baek!!!
ijad : sy follow kamu jgk...oh blog kamu cantek jgk..
denna : gud! hahaha
Post a Comment