Saturday, August 28, 2010

Kisah cuti raya dan Ohhh kenapa kau sungguh sedap???

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya membuat laporan dari Kampus UiTM Puncak Perdana Shah Alam Malaysia... *Tapi laporan ni tak akan ikut format laporan yang sebenarnya pun sebab tak ada apa yang nak dilaporkan* (-___-)

Hari ini dah masuk hari ke-18 kita berpuasa. 3 hari lagi saya balik kampung. Horeeyy sikit. Excited habis nak balik beraya. Actually saya tak pernah balik kampung untuk beraya awal-awal macam ni. Biasanya 3 atau 4 hari sebelum raya baru balik tapi tahun ni best la der dapat cuti awal (^_^). Tapi bukanlah semua student UiTM dapat balik awal, hanya yang bertuah sahaja dapat balik awal. Yang kurang bertuah sikit balik 3hb sebab UiTM dah tetapkan cuti 3hb* Mampos lepas ni saya kena balun dengan student lain yang balik 3hb*. Muehehehe..

Weekend macam ni biasalah kat kolej ni sunyi gila sebab ramai yang balik. Housemate saya pun ramai yang balik. So hari ni geng berbuka puasa ada 3 orang jelah. Biasanya penuh 1 bulatan sederhana besar masa berbuka puasa. 3 orang pun 3 orang la kan. 3 is better than 1 bak kata omputih. Sekarang ni tengah fikir nak makan apa berbuka nanti. Tiap-tiap hari fikir benda ni tapi tiap-tiap hari beli benda yang lebih kurang sama jugak. Hisyyhh buat penat je fikir.

Waktu-waktu macam ni 1 benda je yang saya fikir. Even tak nak fikir pun terfikir jugak.Bila fikir tu mesti terbayang perkataan nyummmyyyy! Haaa tambah sikit lagi..Nyumm Nyumm Nyummmm! Sedapnya..;)
Sekarang ni saya rasa macam nak makan..........



-NASI DAGANG- Kalu mung orang ganu mung mesti suke makang nasi dagang. Ni fevret saya sejak zaman dulu kala. Kalau mak saya buat nasi dagang, tanpa rasa bersalah saya boleh makan sampai 3 pinggan. Sebab tu saya jarang beli nasi dagang sebab kalau beli tak boleh makan banyak. Bila tak boleh makan banyak, saya tak puas hati, bila tak puas hati mula la rasa macam nak marah akak yang jual nasi dagang tu sebab bungkus sikit sangat *Eh boleh pulak macam tu..Tapi tak apa sebab setiap kali balik kampung mak akan buat nasi dagang. So don't worry akak nasi dagang saya tak akan marah kamu sebab nanti bila balik kampung saya boleh makan banyak2.;)




-CHESSY WEDGES- Best juga kalau buka puasa hari ni makan chessy wedges tapi malas la pula nak keluar. (-___-) Kalau beli benda ni saya selalunya minta extra chesseeeee.. Sekarang ni pun dah terbayang keBESTan benda ni. Sabar..sabar..Ingat puasa!





-SPAGETTI- Ni pun nyummy juga. Dulu saya suka makan spagetti kat foodcourt Giant Shah Alam tapi sekarang ni tidakkkk lagi sebab dah tak sedap macam dulu. Tapi yang paling best mestilah spagetti yang kakak saya buat. *Mesti 1 hari tak tidur kalau dia baca ni!* Raya ni dia janji nak buat lagi tapi dia cakap dia dah tak nak letak sosej sebab bila letak sosej rasa spagetti tu rasa tak sedap. Tidak kah dia tahu saya suka SOSEJ???





-CHOCOLATE INDULGANCE BY SECRET RECIPE- Sekarang ni saya tengah membayangkan keBESTan kek tu. Dah la sedap lemak berkrim pula tu. Tak ada ke orang nak bagi kek tu kat saya hari ni? Kalau tak nak bagi 1 slice, 1 biji pun tak apa..(^_^)

Actually banyak lagi makanan yang nyummy terzassss kat kepala saya ni. Maklumlah saya ni kan pemakanan. So bab-bab makanan ni memang laju la der...*Patutlah berat badan tak turun2(-____-)



Oh ini bukan makanan ya tapi ini gambar penggemar makanan yang nyummy2..;p


2 comments:

Anonymous said...

dlm byk2 mknan ,rse cm nk mkn ns daganggg..nyum2

Nurul Syuhadah said...

ns dagang mmg besh kan?? wallaahh sukar dilepaskan..haha