Thursday, August 19, 2010

Happy Birthday To Me...;)


Assalamualaikum..;)

Ya betul hari ni birthday saya ( eh tiba-tiba je).. I just can't believe that I am turning 23 today. Huhu.. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan olehNya untuk bernafas sampai hari ini. Syukur atas semua nikmat yang telah Allah telah kurniakan untuk saya. Sehingga hari ini, saya masih diberi kesihatan yang baik, penglihatan yang baik, boleh buat semua perkara seperti biasa, boleh belajar tanpa masalah dan semua benda yang saya lakukan setakat ini, Alhamdulillah dipermudahkan.

Nikmat yang Allah kurniakan untuk saya sehingga hari ini tidak terkira banyaknya. Dia telah meminjamkan saya semua benda yang saya perlukan, mengabulkan doa saya, mendengar rintihan saya dan memberi nikmat hidup yang bukan sedikit untuk saya. Syukur Alhamdulillah atas nikmat dan rahmatMu ini Ya Allah. Sebagai seorang hambaNya, saya hanya mampu mengucap rasa syukur dan menyembahNya sebagai tanda syukur atas semua nikmat yang telah diberikan kepada saya. Setiap tahun usia kita semakin meningkat dan saya dapat rasakan bahawa perjalanan hidup saya semakin teratur dan semakin hari saya lebih matang dalam menjalani hidup. Sempena pertambahan 1 lagi angka umur saya pada tahun ni, saya berharap semoga Allah memberkati perjalanan hidup saya, membuka jalan supaya saya lebih berjaya dan menjadikan saya seorang hamba yang taat padaNya..

Thanx mucho-mucho pada semua yang wish birthday kat saya, tak kira la korang wish kat facebook ke, emel ke, SMS ke, call ke semuanya saya hargai dengan hati yang berbunga-bunga..hohoho.. Semalam kan saya kena tiau dengan housemate saya! Uwaaaa sebab semalam birthday saya mereka dengan penuh bangga dan tak ada perasaannya telah membuli saya. Mula-mula Ila seorang je yang masuk bilik, pastu masuk lagi 3 budak hitam....Diorang nyanyi lagu Happy Birthday dengan penuh perasaan macam nyanyi lagu negaraku pastu ada ke patut semua budak hitam tu mandikan saya dengan bedak. Habis kot bedak Ijan semalam. Saya dah jadi macam Zombie semalam. Amboi korang mentang-mentanglah rumah kita tak ada tepung gomak, bedak pun boleh ea...Tak pasal-pasal kena mandi balik pukul 1 pagi. Yang kelakarnya lepas kena mandi dengan bedak, rambut saya keras kejung macam penyapu lidi!!Effect kejung tu sampai la ni ada lagi..wuwuwuwu.. (-_-)
Tak apa la budak-budak hitam, kejung pun kejung la, at least ada juga kenangan sepanjang kat sini. "To Ila, Ijan, Atik, Zara and Na, thanx a lot. Tapi aku sebal sebab aku tak dapat balas dendam kat korang semua!! Tapi tak apa, lek r der pasni aku buat kat orang lain pulak..Wink2"..


Tahun ni saya celebrate birthday 2 minggu lebih awal dari tarikh birthday saya. Bukannya apa kalau celebrate bulan puasa nanti terkejar-kejar pulak.( Entah sape nak kejar kau!) That's why saya celebrate awal-awal.. Opsss bukan saya seorang sebenarnya. Roku and Zara pun celebrate sama-sama juga. Birthday saya dan Roku sama tapi Zara awal sikit dia punya birthday tapi alang-alang dah jadi manusia Leo tu, celebrate la sekali. Hambik kau 3 in 1. Kitorang celebrate kat rumah Roku.



Birthday girls harus snap2 gambar dulu before keluar celebrate birthday nya.





Menunjukkan muka sabar eventho Roku agak lambat..Tengok betul-betul muka sabar saya tu..Wuwuwu





Oh itu gambar candid! Tengok jam dengan muka serius sebab Roku dah lambat.





Tadaaa dah sampai rumah Roku..*Yang baju hitam tu la Roku!





Happy 23rd birthday to me & roku and 24th birthday to zara..;) Bestlah time ni.
Gambar ni saya buat background kat lappy..(^_^)





Da siap duk kat meja makan. Tercabar iman tengok ayam2 montok dan kek birthday..*Baiklah saya mengaku saya kuat makan. Sesapa nak belanja makan best2 dialu-alukan (T_T)





Suap menyuap amalan mulia (^_^)




Lalalala perut dah kenyang hati pun senang...Ewahhhh




Pesanan penaja : Salam Ramadhan. Kalau pergi bazar ramadhan tu jangan semua benda nak beli pulak. Pastu balik rumah makan tak abis. Membazir tu kan amalan syaitan. Kalau dah namanya amalan syaitan tu mestilah tak baik. Jangan diikut amalan yang tak baik tu. Kalau diikut jugak memang korang ni tak baik betullah.. Apa yang aku merepek ni. Dush. Dush!!


8 comments:

Onelove...Jambu merah warna said...

oh..hepy b'day nurul..
semoga brjaya dunia akhirat ok ^_^

Nurul Syuhadah said...

Thanx dear..I hope so..;)

[.ika itu aku.] said...

dh trlewat skt la...huhu
hepy besday nurul..
wish u all d best k =)

Nurul Syuhadah said...

xpe ika..lau lewt seminggu pun valid lagi wishes tu..hehe..thanx dear..;)

atieaizam said...

Happy Birthday nurul.. semoga pjg umo dan murah rezeki k.. ceria2 selalu :))

Nurul Syuhadah said...

macih k.atie..;)

♥ nana i am ♥ said...

happy birthday nurul.
may ALLAH bless ya.
* better late than never rite ^_^

Gen Fujita said...

Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Nurul Syuhadah, Allah selamatkan kamu.....