Tuesday, May 24, 2011

D e m a m !!


Assalamualaikum..

Dalam tempoh tak sampai sebulan aku demam lagi. Haritu demam macam ni juga tapi plus dengan masalah sinus. Yang ni demam biasa tapi sampai 39 darjah celcius panasssss badan aku ni. Bila demam macam ni aku teringat time aku demam 2 years ago, if i'm not mistaken. Time tu kan kecoh pasal H1N1. Kat UiTM ramai yang kena kuarantin sebab dorang di syakki kena H1N1.

Aku ingat aku tak kena. Konon antibodi aku kuat ah. Sekali ambik kau demam 39 darjah celcius gak. Time tu memang haru sebab doktor arahkan aku tinggalkan hostel on that time jugak. Maknanya aku tak boleh stay kat hostel la sebab time tu kat UiTM dah ramai yang kena kuarantin. Kalau aku stay kat situ gak tak pasal-pasal demam tu jangkit kat orang lain pulak. Time tu memang haru sebab aku tak tahu aku nak balik mana.

Nak balik Terengganu dalam keadaan demam macam tu? Memang tak laaa. Shah Alam ke kampung aku 8 jam weh. Tak boleh aku imagine keadaan aku dalam bas kalau sampai 8 jam. Kalau tak demam orait je ni masalah nye demam, badan sakit-sakit. Ala biasa la orang demam kan badan rasa bisa-bisa gitu..
Fikir punya fikir aku pun decide nak balik rumah kakak aku kat JB je sebab kalau Shah Alam ke JB baru 4 jam lebih. Kira orait la tu kan. Time tu doktor bagi aku MC seminggu. Tak pernah aku dapat MC lama macam tu. Tapi aku seronok beb, kalau kau tak demam tak adanya kau nak dapat MC sampai seminggu. At least dalam masa seminggu tu kau boleh la berehat, release tension ke, jalan-jalan ke wopsssss! Ni dah lebih..^__^





Ok demam kali ni doktor bagi aku MC 3 hari. Aku terkejut gak. Ingatkan dia nak bagi 1 hari je. Orait sangatlah 1 hari kan. Boleh la aku rehat-rehat kat rumah. Kat opis tu mak aihh tak macam sejuk pulak kan. Kalau duduk kat opis tu aku rasa aku ni dah jadi macam daging sejuk beku.*_______* Semalam doktor tu nak injek sebab dia cakap demam aku ni agak teruk. Kalau bawah 38.5 darjah celcius tak perlukan injection. Tapi kes aku ni perlu injek sebab dia takut makin melarat. Of course la aku tak nak. Pastu doktor tu boleh tanya balik "kenapa tak nak injek. Awak banyak kurap ke?"kakakaka gila la. Doktor tu memang agak noty sikit. Pastu aku cakap ah.."memang punnnn banyakkk kurap!"hahaha.. Malu la aku beb. Eventho aku tak ada kurap tapi dia nak injek kat bon***. Tak nah ah. Last-last dia cakap dia bagi ubat je.Ngeh3..

Aku pun tak tahu samada aku nak guna tak MC 3 hari tu. Aku ni dah la baru kerja. Tiap-tiap minggu MC, cuti (minggu lepas cuti sebab konvo). Kang prestasi terjejas camano tu haaa?? Aku plan nak cuti hari ni je. Esok InsyaAllah aku pergi kerja. Tu pun kalau demam ni dah ok la. Sekarang ni dah ok 30%. Semalam tu memang tak boleh nak handle.




Ni ubat yang banyak-banyak ni siapa yang nak habiskan? Ahkak jugak taww!


Sunday, May 22, 2011

Konvo konvo konvo yeayy yeayy!!


Assalamualaikum ;)

Tengok tajuk kat atas pun korang dah tahu kan aku nak cerita pasal apa teheee. Minggu lepas 18 May, dengan rasminya aku dah jadi alumni UiTM ;) Happy gila doe bila dah konvo ni. Rasa macam 1 kepuasan yang tak boleh diungkap dengan kata-kata*cewaaahh* Tapi seyes la, siapa yang pernah konvo je dapat rasa apa yang aku rasa. 3 tahun kat UiTM bukan sekejap. Dalam tempoh tu macam-macam yang aku rasa. Pernah rasa give up sebab rasa macam tak boleh nak buat assignment, research. Pernah juga aku rasa macam aku tak boleh nak teruskan apa yang aku buat masa tu sebab course yang aku ambil tu bukan course yang aku nak *tapi tu masa mula-mula masuk UiTM la heee* Tapi bila dah konvo rasa macam semua tu berbaloi sebab dapat grad on time ;) Alhamdulillah semua member aku pun dapat grad on time juga ^__^ Yeayy kita semua dah ada degree..;)

Bila dah habis belajar ni aku rasa rindu time jadi student dulu, tapi bukan rindu kat assignment, test, final exam tapi rindu masa dengan member-member, masa enjoy. Sekarang ni memang non hadoo la benda-benda macam tu lagi. Kelas aku bukannya ramai, dalam 13 orang je tu pun bila dah final sem jadi 11 orang sebab lagi 2 orang grad dulu. So sebab kitorang ni tak ramai, kitorang selalu la hang out pergi shopping, karaoke, main bowling, overnight, tengok wayang. Memang best sangat bila ingat time tu. Aku rindu saat-saat tu. Tapi bak kata orang la kan sedangkan lidah lagi tergeget ini kan pulak member- member. Kitorang ni bukanlah tak pernah ada salah faham, gaduh ke apa. Pernah la juga berperang mulut sebab masing-masing tak puas hati. Tapi alhamdulillah sebab last-last semuanya dah ok macam biasa. Aku belajar 1 benda, hidup ni terlalu singkat untuk benci membenci, gaduh dan bermasam muka. Bila dah bergaduh masing-masing tak puas hati, kita juga la yang rugi sebab kita bukannya akan bersama dengan orang tu sampai bila-bila. Bila sampai masanya kita akan berpisah dan bawa haluan masing-masing. Masa tu kita akan lebih menghargai saat-saat bersama yang dulu-dulu tu..*_____*

Aku ni terEMO la pulak heee. Tu selingan je sebenarnya. Yang sebenarnya nak cerita pasal konvo. Konvo 18hb May tapi aku pergi sehari lebih awal. Aku pergi sana 1 kereta je dengan mak, kakak aku, abg ipar aku dan encik tunang. . Sampai je KL terus pergi Times Square. Pastu pergi shopping kat Jalan Tar. Seriously aku suka pergi Jalan Tar sebab banyak choice pastu kalau bernasib baik memang korang akan dapat barang-barang yang berkualiti tapi murahhhh youuu. Lepas dah shopping kat Jalan Tar tu kitorang terus balik Puncak Alam, rumah cousin aku. Malam tu kitorang stay kat situ sebab aku konvo kat UiTM Shah Alam.

Esoknya pagi-pagi dah gerak dari Puncak Alam sebab kalau terlambat sikit confirm jemmm. Tapi biasa la bukan Shah Alam namanya kalau tak jemmm. Tak pasal-pasal aku terlambat masuk dewan. Sedih beb sebab tak dapat duduk dengan dak-dak kelas aku sebab dorang sampai lebih awal huk3 T____T




Time ni kat dalam dewan. Kitorang konvo kat dewan baru u olsss. Time ni aku cuak sikit sebab fikir macamana la aku time naik stage nanti. Kot-kot la aku terpeleot ke apa kan. hehe




Tadaaa time ni masing-masing dah dapat scroll. Suka bebenor masing-masing*aku tak pasti kenapa muka aku nampak tua dalam gambar tu-monolog dalaman*

Aku suka gambar ni. Like duapulohempatkali..




Flowerssss. Family aku dan encik tunang bagi ;)


Family aku ;)



En Tunang.Aku.Mak

Pics kat bawah ni aku tak nak letak caption. Layan jela ea. Bak kata omputih, lets the pictures do the talking.awwwww













Aku rasa cukup la setakat tu gambar yang aku nak share kat sini. Sebenarnya gambar kat mukabuku pun sama sebijik macam gambar kat dalam blog ni hahaha. Ada juga orang tanya aku tak nak ambil master ke? Aku rasa belum sampai seru lagi aku nak ambil master. Kalau dah sampai seru seruan InsyaAllah aku akan ambil master juga..;)


To all alumni IS2216A, I'm gonna miss u guys ;(

Ok till then, bubbye darlingsss ;)

After a month..I'm back bebeh..


Assalamualaikum..

Actually aku tak tahu macamana nak start ni. Dah sebulan lebih aku tak update blog. Memang kesian dengan blog aku ni. Terbiar je tanpa kasih sayang yang sewajarnya. cehhhh teheeee ^_______^

Aku memang selalu buka blog. Baca entry-entry kat bloglist aku tu, tapi blog aku sendiri terbiar. Aku salute dengan blogger yang boleh update blog 3-4 kali sehari. Aku ni 3-4 hari sekali pun susah nak update. Bukan tak ada idea, bukan tak ada cerita nak share tapi entah la ek mood untuk berblogging semenjak dua menjak ni tercampak entah ke mana. Tu yang susahnya bila bermain dengan perasaan ni *_____*

Esok aku nak update something kat sini. Esok ye bukan malam ni. ^__^ Selamat Malam kamu kamu kamu dan kamu kamu semua ;)





Sunday, April 17, 2011

Berhari sabtu di JB


Assalamualaikum....;) Selamat Hari Ahad. Korang pergi mana hari ni ek? Bila tiba hari sabtu ahad mula la plan nak pergi sana pergi sini. Ye dak? Weekend la masa nya untuk rehatkan minda, fizikal dan mental. Hari Isnin sampai Jumaat dah tentu-tentu kerja so masa nak beronggeng tu terhad. Bila sampai hari sabtu ahad hah beronggeng la kau sampai lebambambam! T__T

Semalam aku keluar dengan kakak & abang ipar aku. Kitorang keluar pergi Angsana je pun. Semalam abang ipar aku ada bowling tournament kat sana. Sebelum pukul 10 dah keluar rumah. Yela Kulai dengan JB bukannya dekat kalau keluar lewat, lewat la sampai sana. Sampai sana banyak kedai yang belum buka. Tapi gila ramai orang tunggu kat luar nak masuk.


Lil Awis. Lepas letak topi atas kepala dia terus cakap "encem encem".. Awis Awis..

Bila dah sampai sana aku dengan kakak aku masuk dalam Angsana dulu sebab abang ipar aku tunggu member-member seBOLING dia datang. Pastu sementara dia main boling kitorang pusing-pusing la satu angsana tu. Aku dengan kakak aku ni kalau keluar jalan-jalan memang tak kisah la penat ke kaki sakit ke janji dapat shopping..


Mummy awis & awis. Baby besar dalam stroller ;p


Mula-mula pergi Gulati's sebab kakak aku nak beli kain pasang nak bagi hadiah kat kawan dia.



Aku lagi suka Jakel daripada Gulati's ni. Nak pilih kain pun kat Jakel lagi best.

Lepas tengok kain kat situ lincah pergi McD sebab kakak aku mengidam nak makan set breakfast tu.





Tapi tapi tapi rupa-rupanya McD kat Angsana tak ada breakfast set! Boleh pula macam tu ek. Ingatkan semua tempat ada. Hampa la beliau tu sebab beliau memang teringin nak makan. Sebab breakfast set tu tak ada kitorang keluar je dari situ sebab niat sebenar nak makan breakfast set je. Kalau set-set lain anytime pun boleh makan. Tak apa la noks nanti kita makan kat tempat lain ea.*____*

Lepas keluar dari situ kitorang jalan-jalan kat tempat lain pulak. Setiap kedai tudung kitorang singgah. Kakak aku memang suka beli tudung pastu bila dah boring pakai bagi orang! Dia tak suka pakai shawl macam aku. Ada la sekali sekala pakai shawl tapi sebab dia rasa macam tak kena dengan dia, dia setia dengan easy ready jela. Dia tu pergi mana-mana mesti nak beli tudung je. Ala aku pun macam tu jugak. Pantang nampak shawl. Bezanya shawl tu murah je. Sepuluh ringgit pun dah dapat shawl cantik. Tapi kalau nak tudung easy ready yang cantik-cantik sepuluh ringgit memang tak dapek la..

Bila dah pusing-pusing cari tudung, perut pun berpusing-pusing. LAPAR! Kitorang makan kat foodcourt. Nasib baik time tu tak ramai orang. Kalau tak kepala aku pun boleh jadi pusing.




Aku makan ni. Aku lupa la nama dia tapi sedap gak seposen.





Ni kakak aku punya. Cantonise Kuey Teaw. Sedap jugak yang ni.


Dessert - Mashed potato

Abang ipar aku tak makan sekali sebab dia belum habis main.
Lepas makan kitorang sambung jalan-jalan lagi.




Awis sampai tertidur dalam stroller.

Dalam pukul 2 abang ipar aku siap main boling then dorang shopping barang-barang dapur pulak kat sana. Pukul 4 lebih keluar dari Angsana pergi Kip Mart Tampoi pulak. Dorang sambung shopping kat sana pulak.

Yang bestnya kat Kip Mart tu ada 1 kedai roti yang jual semua jenis roti singgit je. Tapi tu lepas pukul 5.30 la. Kalau beli before 5.30 memang rugi la sebab dia ikut harga biasa. Roti kat situ seyes memang sedap dan lembuuuttttt gitu.



Nah amek kau semua ni singgit je kecuali burger tu singgit limapulohsen. Kitorang lepak kat foodcourt Kip Mart makan makan minum minum. Cas tenaga sebab lepas ni nak jalan lagi. Heheh.

Lepas dah beli belah kat situ kitorang pun decide nak balik je. On the way balik tu singgah makan lagi kat Nasi Lemak Wak Kentut. Errrr Wak Kentut?? Tempat makan tu memang biasa-biasa je. Tapi aku heran sebab tiap kali makan kat situ mesti ramai gila orang. Meja full pastu yang beratur nak tapau pun ramai jugak. Aku tak ada la selalu makan kat situ. Kalau siapa-siapa yang tinggal kat area Kulai-Senai mesti tahu keFamouSan Nasi Lemak Wak Kentut ni. Aku pun tak tahu kenapa nama tempat tu macam tu.



Ayam berempah untuk 3 orang. Aku rasa ayam berempah ni yang membezakan nasi lemak ni dengan nasi lemak kat tempat lain. Ayam berempah tu memang rangup ah.




Align Center

Nasi lemak yang berlemak.ngeh2



Sambal nasi lemak. Sedap la jugak.

Lepas dah habis makan kitorang terus balik rumah. 12 jam keluar dedor weh. Kaki sakit jangan cakap la. Kakak aku pun sama. Ala orang perempuan ni apa la sangat setakat sakit kaki tu. Yang penting enjoy jalan-jalan shopping-shopping. Lagipun bukan selalu ada peluang macam ni sebab sekarang ni sejak dah kerja aku jarang balik rumah kakak aku ni. Bulan depan shopping kat KL pulak sebab aku konvo kat Shah Alam bulan depan..Yeayy ^_^


On the way balik. Mula berminyak minyak melekit lekit boleh buat goreng kopok lekor..eeeeiiiiyuuuuu


Esok dah Isnin.. Selamat Berhari Isnin korang;)

Sunday, March 20, 2011

Kerja vs Belajar. Mana yang lagi best?


Assalamualaikum....

Title sebagai pelajar dan pekerja memang sangat-sangat berbeza. Berbeza dari segi apa tu? Of course la dari segi masa, pengorbanan, masa untuk enjooy, komunikasi, cabaran dan banyak benda lagi lah. Time belajar dulu kadang-kadang tensi dengan assignment, test, final project and final exam tapi bila dah kerja ni tensi sebab benda lain pulak. Tapi sejujurnya aku enjoy dengan kerja aku but at the same time i feel like........sebab kena catch up banyak benda dalam 1 masa. Aku ni bukannya fast learner tapi tak ada la lembab sangat macam siput cuma bila melibatkan perkara-perkara yang sedikit complicated aku jadi blur sikit.Ngeh2

Sekarang ni bila dah kerja tak adanya tidur pukul 2-3 pagi macam time study dulu. Pukul 12 tu dah rasa macam lewat sangat dah aii. Sekarang ni memang betul-betul ikut schedule. Tidur before 12 am and wake up before 7 am. Hari sabtu pun aku kerja juga tapi untuk minggu pertama dan minggu ke 4 jela. Itu pun halfday je. So still ada masa untuk enjoyyyyy!! Aku ingat lagi time study dulu, selagi tak pukul 2 3 pagi jangan harap la nak tidur. Kalau tidur pukul 12 tu rasa macam eh awalnya aku tidur. Tapi sekarang ni kalau tidur pukul 12 rasa macam dah lewat sangat tu.Teheee *_______* Bila dah kerja ni rasa rinduuuu sangat dengan member-member time study tu. Pantang ada masa free sikit duduk berjoyah ramai-ramai, makan-makan, keluar jalan-jalan. Time study dulu memang banyak masa free sebab kelas biasanya sekali je sehari. Mana tak enjoy nye weh.


Classmate aku. Classmate aku 13 orang je tapi dua orang grad awal. So after dorang grad tinggalah kitorang bersebelas je. Nak upload gambar 1 kelas tak ada pula sebab gambar-gambar lama ada dalam laptop lama.


Ni gambar aku dengan ejan dan flovia. Miss this moment T___T



With Ila and Zara a.k.a mok mok


Dengan classmate aku lagi.. Eiii rinduuuu rinduuu rinnduuu



Time study dulu kitorang selalu kena pergi buat research kat mana-mana company area KL dan Shah Alam. Memang best time pergi research tu sebab dapat tahu macam-macam benda. Tapi sebelum pergi research tu mestilah kena call dorang dulu bagitau yang kitorang nak pergi dorang punya company. Masa tu semua tak nak call.TAKUT dan MALU nak cakap! Hahah..Yang tahan tu siap tulis skrip dulu pastu masa call baca je skrip tu. Sekarang ni kat office aku selalu dapat call daripada student-student yang minta sponsor, tanya macam-macam. Yang kelakarnya ada juga yang baca skrip macam kitorang dulu-dulu. Ingat aku tak tahu? Haha..


Sekarang ni aku kerja kat HQ aL-ikhsaN kat skudai. Kat entry ini aku ada cerita yang aku kerja kat Metropolis Tower. Tapi sesungguhnya jodoh aku dengan kerja tu memang tak lama. Sekejap je aku kerja situ then blah. Tak pasal-pasal lepas tu aku jadi penanam anggur balik..Huhuhu. Hampir sebulan jobless tu aku dapat kerja kat tempat sekarang ni dan sememangnya kerja sekarang ni lebih sesuai dengan aku. Alhamdulillah...;)



Officemate. Daiya and Lily

Kalau ditanya time keje dengan belajar mana lebih best, aku cakap duadua. Sebab apa? Sebab duadua bestlah. ^_____^

Monday, February 28, 2011

Happy Birthday Darwisy;)



Assalamualaikum

Semalam birthday anak saudara aku (Muhammad Hafiy Darwisy) yang ke dua. Memang sekejap je rasanya tup tup dah 2 tahun budak kecil tu. Sekarang ni dah pandai cakap sikit-sikit, pandai menyanyi, lincah "kemas" rumah pastu dah pandai merajuk. Alahaiii darwisy.. Sebenarnya bukan sorang tu je anak saudara aku. Memandangkan keluarga aku ni besar, besar la jumlah cucu mak aku. Adik beradik aku je dah 10 orang, cucu mestilah sekali ganda jumlah anak, ye tak?ngeh3. Sekarang ni anak saudara aku dah nak masuk 20 orang dan setiap tahun angka tu bertambah..muehehe. Memang meriah gila la nak nak time raya ke, majlis apa-apa ke. Yela bila dah semua balik tu memang meriah sangat-sangat la aiii. Tu la bestnya keluarga besar camni. So moral of the story jadi la sorang yang produktif..ngeh3..

Ok nak cerita pasal birthday semalam ni. Kakak aku yang nombor 7 a.k.a Kak Ida nak buat la majlis kecil-kecilan untuk celebrate birthday baby boy dia tu. Bukannya jemput ramai sangat pun, adik beradik dengan sepupu-sepupu je. Aku kat johor ni bukan sorang-sorang tapi ada 3 orang lagi kakak kat sini. Kalau orang tanya kenapa aku pilih tinggal kat sini, tu la jawapan aku;) Dalam pukul 1230 encik tunang datang ambil aku dekat rumah sewa then kitorang pergi Skudai sebab nak ambil kakak aku yang tinggal kat situ. Before sampai rumah K.Ida tu kitorang singgah secret recipe dulu ambil kek yang kakak aku tempah the day before yesterday.



Tengah tunggu kek-Chocolate Indulgance



Encik Tunang dan kek


After a few minutes kitorang pun sampai ke rumah kakak aku tu. Sampai je sana terus solat Zohor sebab masing-masing dah lapar tengok makanan atas meja.




Makanan semalam. Ada bakso, spagetti,kek choc moist,kuih sikit. Sangat simple
sebab kakak aku tak invite ramai orang. Kitorang adik beradik, abang-abang ipar dengan sepupu-sepupu pun dah meriah bebenor.


The Cake



Birthday boy dengan mummy and abi nya



Tak tahu dah nak letak caption apa. Layan gambar je ea;)











Aku rasa kan dah jadi style aku kot update blog sekali seminggu. Tak maju la aku camni. Huk3.. Ni entry hari isnin. So next entry next week ke? T_____T


Saturday, February 19, 2011

REVIEW PRODUCT : Ubat yang efektif untuk menghilangkan jerawat..


Assalamualaikum dan selamat hari sabtu sayangss sekalian.
Actually dah lama aku nak buat entry pasal ni tp asyik bertangguh je. Aku ni perasan busy sikit. Kononnya busy ah sebab tu tak ada masa nak update blog. Padahal 60% hidup aku ni mengadap laptop je kerjanya. Aku ni bukan ape,nak tulis blog ni pun kena ada mood juga. Kalau mood ke laut memang bukan masa yang sesuai la nak update blog kan.

Hujung tahun lepas kalau dekat entry ini dan ini aku ada cerita pasal muka aku yang jadi macam jalan tar tak siap sebab jerawat. Memang time tu aku rasa down gila sebab tu first time jadi macam tu. Dah lah time tu assignment dan final project tengah banyak. Tidur pun tak tentu masa. Time tu juga nak HANG kepala aku ni fikir macamana nak hilangkan jerawat yang makin hari makin banyak gila tu. Pergi mana-mana je orang akan tanya kenapa dengan muka aku tu. Jerawat bukan kecil-kecil tau. Besar batu yang ada kat tepi-tepi jalan tu *hiperbola sikit. Aku ni dah lah chamwhore, pantang nampak kamera nak je menempel sekali tapi bila dah ada jerawat tu aku jadi macam malas nak bergambar sebab rasa rendah diri walaupun aku ni tinggi.

Nak hilangkan jerawat bukan senang. Susah weh macam jerawat tu dah syiook sangat menempel kat muka aku sampaikan pakai produk apa pun time tu tak jalan. Sampailah satu hari tu...jrenggggg!! aku cerita la kat member aku pasal jerawat tu then dia suggest pergi jumpa doktor kat Klinik UiTM pastu mintak antibiotik dan ubat sapu. Aku pun pergilah klinik tu. Doktor bagi ubat sapu je. Dia bagi 2 jenis. 1 untuk malam dan 1 untuk siang.

Ni la muka aku time mula-mula ada jerawat tuu..


Ni time jerawat mula-mula menempel.. Lepas seminggu dua pastu makin teruk woo..Sakit berdenyut-denyut.




Ni pulak kat pipi sebelah kanan. Kat sebelah kiri tak banyak macam tu. Bernanah siot jerawat tu.



Time ni pakai foundation+compact powder pun tak dapat cover jerawat tu. 1km dah nampak jerawat aku tuu..




Close up sikit. Memang teruk kan. Dah la makin hari makin banyak, yang tak tahan tu jerawat tu punya la sakit sampai berdenyut-denyut pastu gatal-gatal.

Ni pula after few months pakai produk tu..


Efek ubat tu memang lambat. Adalah dalam 2 bulan juga tp alhamdulillah sebab makin hari makin ok. Kalau korang tengok kat dalam gambar tu tinggal parut-parut je. Sekarang ni parut-parut tu dah pudar. Gambar tu aku snap bulan lepas. Latest punya gambar tak ada sebab henfon aku rosak so secara tak langsung tak boleh snap gambar la.




Much better right;) Gambar tu tak edit tau.

Syukur alhamdulillah sebab day by day masalah jerawat ni tak menghantui aku lagi. Time ada jerawat tu aku try fikir positif. Aku cakap dengan diri aku sendiri yang kat luar sana tu ramai lagi yang ada masalah jerawat. Mungkin lagi teruk daripada aku. Tapi sometimes memang terasa sangat rendah diri sebab member-member aku punya muka flawless sangat. Bersyukurlah kalau korang dikurniakan kulit yang halus mulus. Tak payah pening nak fikir nak pakai produk apa.

Selain daripada ubat jerawat yang aku pakai tu, aku pakai Mary Kay set f3. Set f3 ni memang khas untuk orang yang bermasalah jerawat. Bila dah start pakai Mary Kay aku stop pakai ubat jerawat yang doktor bagi tu dan hasilnya memang bagus. Tapi tak ada la muka aku ni dah ok 100%. Sekarang ni dalam proses merawat lagi. Apa yang aku suka pasal Mary Kay ni sebab produk ni tak ada kimia dan produk ni berasaskan botanical. Yang bestnya kakak aku pun beli full set Mary Kay lepas dia try pakai Mary Kay aku tu. Memang ada perubahan;) Thanks Encik Tunang sebab bagi 1 set Mary Kay kat kita..Muehehehe


Ni la set f3 Mary Kay yang aku pakai. Mary Kay ni ada 3 set. Lepas pakai set ni muka aku dah macam lembut-lembut sikit*cewahhh* pastu dah kurang berminyak sebab moisturiser dan mask set f3 ni absorb minyak. confirm aku tak cari lain dahh..huhu

Ok setakat ni je untuk hari ni. Nanti kalau ada produk lain yang best-best aku review lagi.

Have a nice day readers;)