Tuesday, January 18, 2011

Interview kerja pastu tengok citer yang tengah hot sekarang ni-KHURAFAT

Assalamualaikum..

Semalam aku pergi interview kat Senai. Semalam kali kedua aku pergi interview. Dapat ke tak walahualam la kan. Kalau ada rezeki aku dapatlah keje kat sana. Kalau tak, mungkin rezeki aku kat tempat lain. Semalam Encik Tunang yang temankan aku pergi interview pastu dah habis interview kitorang pergi tengok wayang kat U Mall.

Semalam memang tak pergi merayap kat mana-mana sebab interview tu pun habis dalam pukul 1 tengahari. Lepas interview tu kitorang berdesup ke U Mall sebab wayang tu pukul 1.45 petang. Aku memang excited nak tengok cerita tu sebab aku memang suka tengok cerita-cerita si Syamsul tu. Tak macam filem melayu lain yang kurang logika nya.

Bagi aku cerita tu best. Boleh la bagi 4 bintang. Hari tu aku dengan Encik Tunang punya la excited nak tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah sebab ramai orang cakap kelakar tak ingat tapi bila tengok sendiri macam entah apa apa je cerita nya. Ada la juga part kelakarnya tapi seCOET je, yang lain...hmmmmmm hampeh.

Tapi kalau cerita Khurafat ni memang bestt. Eventho cerita tu tak seram sangat tapi plot cerita nya best dan yang paling penting cerita tu ada mesej. Tak ada la korang rasa tak sabar nak tengok ending cerita tu sebab dah boring tahap cipan.






Nota kaki tangan : Tak rugi weh tengok cerita ni. Mak suka noksss..;)

Tuesday, January 11, 2011

Awas : Perhatian kepada semua kaum HAWA. Bahaya tuala wanita biasa di pasaran..

Assalamualaikum...

Aku pasti ramai dah tahu pasal bahaya tuala wanita biasa yang memang berlambak-lambak terjual kat pasaran sekarang ni. Info pasal bahaya tuala wanita biasa tu memang ada sana sini. Tapi aku pasti korang buat-buat tak tahu walaupun dah tahu 100 % bahaya penggunaan tuala wanita biasa ni. Aku tiba-tiba terfikir nak buat entri pasal ni sebab nak share benda yang aku tahu dan aku nak korang fikir dua tiga kali sebelum guna tuala wanita biasa tu.

Based on my observation, ramai sangat girl dah tahu pasal bahaya tuala wanita biasa ni tapi dorang buat-buat tak tahu dan pandang ringan benda macam ni. Alasan dorang, "pad biasa tu murah je kalau nak compare dengan pad herba". Ada jugak yang cakap "Tak mampu la nak beli pad herba tu." Lagi seronok bila ada yang kata "Eleh kalau nak kena penyakit pakai pad herba pun dapat penyakit jugak" Adesss.. Terkedu. Pilu. Prevention is better than cure,right. Penyakit tu boleh di elakkan kalau kita cegah dari awal. Pencegahan tu kan salah satu usaha.

Ok kalau korang blur-blur lagi apa bahaya tuala wanita biasa ni, scroll bawah ni ea..*kalau kau dah khatam pasal ni duk diam-diam.ngeh3


-Kebanyakan pad dibuat menggunakan kertas kitar semula atau kertas sisa buangan.Proses kitar semula kertas ini menggunakan bahan kimia yang banyak bagi
menghilangkan warna dan bau. -See..memang bahaya kan...oke baca lagi kat bawah ni.

Klorin adalah bahan wajib dalam proses pembuatan produk pulpa dan kertas. Klorin bertindakbalas dengan haba untuk menghasilkan Dioksin. Dioksin telah disahkan sebagai karsinogen (racun) paling bahaya untuk kesihatan. Dioksin adalah bahan kimia bertoksid yang amatkuat kesannya. Ia adalah 130 kali lebih bertoksik daripada Cyanide, dan 900 kali lebih berbahaya berbanding Arsenik. Ia digelar “Bahan Bertoksik Paling Kuat” pada masa kini.
Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengkelaskan Dioksin sebagai
KARSINOGEN(bahan penyebab kanser) kelas pertama.


Dioksin menyebabkan:

Ketidakstabilan hormon

Kanser Payudara

Kanser Ovari

Kanser Usus

Endometriosis

Kemandulan

Fibroid

Keguguran

Jangkitan pada uterus

Melemahkan sistem imuniti badan



CIRI-CIRI TUALA WANITA BIASA


Pembungkusan Yang Tidak ’Hygienic’

Pembungkusan di kilang masih secara manual.Pembungkus yang tidak boleh ditutup semula setelah dibuka. Mudah tercemar habuk, bakteria, kulat dan lembapan.

Penuh dengan bakteria

”Kandungan bakteria 11 x lebih tinggi dari piawaian antarabangsa”. Ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan kegatalan pada alat sulit wanita. - Laporan Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) 1987


Tiada tarikh luput (Expiry Date)

Hampir semua pad dipasaran tidak mempunyai tarikh luput. Ada pad yang telah berubah warnanya menjadi kekuning-kuningan masih dijual dikedai-kedai. Berapa pastikah anda ia tidak akan menjejaskan anggota sulit anda?

Pelapik Luar Tidak Telus Haba

Menyebabkan haba dari suhu darah haid terperangkap, alat sulit menjadi lembap dan tidak selesa.


Tiada Bahan Anti-Bakteria

Pad wanita adalah tempat pembiakan bakteria yang paling ideal kerana terdapatnya protin didalam darah haid. Bakteria dengan mudah masuk kedalam badan melalui vagina dan melemahkan sistem imuniti badan. Bakteria akan memasuki ke dalam sistem badan hanya dalam tempoh 2 jam sekiranya haid ini tidak dicuci.


* Setiap wanita menggunakan ~ 15 000 keping tuala wanita sepanjang hayat
(35 tahun ;period pada usia 12 tahun dan menopouse pada usia 47 tahun).
Maka, risiko wanita itu terdedah pada Dioksin adalah
15 000 kali !!!
Patutlah
Kanser Serviks (Pangkal Rahim) menjadi
Pembunuh No. 2 Wanita Malaysia

Tuala wanita yang selamat memang banyak kat pasaran sekarang ni. Mesti korang pernah terperasan kewujudan pad Avail, She (She ni baru je dijual. Ala yang duta nye danny x factor, lisdawati and haiza tu). Tak salah melabur sikit untuk kesihatan kan. Jangan berkira sangat kalau nak sihat dan cegah macam-macam penyakit.







SHE..*pic from uncle google



Avail

Pad herba ni ada tarikh luput. So dijamin selamat dan tak ada side effect..;) Selain daripada selamat, pad herba ni juga boleh mengubati macam-macam penyakit, InsyaAllah.




Friday, December 31, 2010

Selamat Datang 2011..Selamat Tinggal 2010..;)



Assalamualaikum readers tersayang muahmuah..;) Since today is the last day in 2010, aku berpotpetpotpet la sikit kan. Sepanjang tahun 2010 banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup aku. Ada yang best sangat tak ingat, , ada happy terlampau tapi ada juga yang sedih sangat-sangat..;( Life is going up and down and we can't predict future. Apa yang dah berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun ni memang tak tercapai akal aku ni. Sama juga macam apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kita tak tahu kan.

Bagi aku ada 3 benda sepanjang tahun 2010 ni yang betul-betul meninggalkan kesan dalam hidup aku. Pertama ayah aku meninggal pada 11.7.2010. Kedua aku tamat belajar after 3 tahun study kat UiTM. Pastu 10.12.10 aku bertunang.

Kalau cerita pasal tahun baru ni mesti sana sini orang cakap pasal azam kan? Macam dah perkara wajib setiap awal tahun tetapkan azam. Tapi macam mana pula hal nya kalau azam bukan main tapi tak berusaha untuk achieve apa yang kita nak tu. Macam aku, aku dah tak ingat apa azam aku tahun 2010.. Hohoho teruk dowh. Tapi aku rasa azam aku tu tak la melebihi kemampuan aku ni haa.

Untuk tahun 2011 ni aku dah renew azam aku tu. Kalau boleh aku nak

-Kerja
-Kumpul duit banyak-banyak
-Nak kurus sikit..tak nak kurus banyak-banyak. kang tak pasal-pasal semua baju lama tak boleh pakai..;p
-Tak nak boros sangat macam tahun-tahun lepas (errr boleh ke)
-Beli kereta. Kereta apa pun tak kisah la janji kereta aku sendiri.
-Honda Jazz, Suzuki Swift ( Ada tak orang nak bagi free? Aku tak nak beli sendiri. Aku kalau beli kereta mesti beli kereta biasa-biasa je.ngahaha)


Aku rasa tu je kot yang aku nak achieve untuk tahun 2011 ni. InsyaAllah dengan izin dan rahmatNya aku dapat buat semua tu..

Apa pula azam korang untuk 2011 ni? Jom la share...;)



Wednesday, December 15, 2010

Awas entry ni tidak mengandungi unsur-unsur bebelan berlebihan. Apa yang dah berlaku pada 10.12.10? Klik kalau nak tahu.Hohoho


Assalamualaikum..;) Lama ek aku tak update belog. Hampir sebulan. Actually banyak benda yang menyumbang kepada ketidakberjayaan aku mengupdate belog ni (menangis kalau cikgu BM baca ayat aku ni). Entah kenapa la lappy baru aku tu tak nak bagi kerjasama aku nak upload gambar kat blog. Kurang asam boy betul tak bagi can kat aku nak story mory. Ni aku guna lappy lama. Betulla kata orang yang lama takkan dapat menggantikan yang baru. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula lappy lama yang banyakkkkk berjasa..hukhukhuk. Kali ni aku langsung tak berniat nak cerita panjang-panjang sebab mood nak bercerita tu dah takde beb. Tapi mood mengupload gambar tu tak kemane..Heee.. Ala kalau aku tak cerita pun korang dah tahu apa sebenarnya yang dah berlaku pada 10.12.10 bila korang tengok gambar2 kat bawah ni kan.. Kawan-kawan kat facebook memang dah tahu pasal ni sebab dorang boleh tengok gambar yang aku upload kat facebook. Tapi member-member kat belog ni memang tak tahu menahu pasal ni sebab aku tak pernah cerita. Sorry je rakan-rakan sesungguhnya bukan niatku untuk berahsia tapi lappy tak bagi kerjasama. Kita jangan kawan dia eh3..Hikhik.. Oke sekarang scroll down teman-teman..;)


Baiklah. Ini gambar pengenalan. Boleh teka tak apa yang berlaku?;)




Jrengggg!! From him to me..;) Tak leh teka lagi? Ok tengok gambar kat bawah ni pulak..




Ting!! Cincin disarung...;) Haaa sah sah sah korang dah tahu...*Neves weh aku time ni..ngeh3



Haaa ni la dia Encik Tunang..-Kamal Amir-*psstt he is my first love*blushing
Thanks for coming into my life dear...;)




Alhamdulillah dah setel majlis pertunangan yang dah diPLAN 6 bulan lepas..;) Majlis tunang aku ni berlangsung dengan simple je pun. Hanya dihadiri ahli keluarg terdekat, press pun aku tak jemput.. wakakaka bajet giler statement! Ko ingat ko memey suhaiza ke.. Memandangkan aku addicted dengan kaler pink, tema tunang aku hari tu adalah pink, merah dan putih..;)
Baiklah memandangkan aku dah bagitahu kat atas tu yang entri kali ni tak mengandungi unsur-unsur bebelan yang berlebihan, aku memang tak nak lebih-lebih la. Lebih kurang pun tak leh gak der. Aku berundur kebelakang dulu la ea. Have a nice day readers..;) Puppye..


Wednesday, December 1, 2010

Event kat Putrajaya + Cerita lain


Assalamualaikum..;) How was your day readers? Hari ni dah masuk 1 disember. Oh how time fly. Pejam celik bangun duduk tido makan dah 3 tahun jadi student UiTM dan rasa macam sekejap giler. Masa mula-mula masuk UiTM dulu serius naif. Tak tahu pape pasal course yang aku ambil ni. Aku tak pernah ada basic dalam Information System Management.

Pastu masa mula2 masuk belajar pun tak sepenuh hati sebab course ni bukan pilihan aku. Yang aku duk imagine masa tu aku akan dapat masscom.. Tapi sekali dapat course ni daa. Tapi aku tetap bersyukur sebab aku dapat masuk U. Cita-cita sejak tadika der haha...Masa mula2 dapat offer letter from UiTM tu aku happy sangat but at the same time aku rasa takut sangat sebab aku memang tak de basic langsung dalam bidang sistem ni. Tapi mak aku banyak kali menstabilkan emosi aku masa tu. Caya laa mak. I lebiu..! huhuhu.. Sekarang ni aku pun dah habis study tapi kena attend kursus 3P for 2 weeks. 3P is stand for Kursus Pentauliahan Profesional.. Lusa exam untuk kursus tu. Hopefully aku pass la ek. Lepas kursus tu secara rasminya aku dah tak pegang title student. Pasni hunting job la pulak.

******************************************************
Event kat Putrajaya
********************************************************
Semester lepas aku ada ambil kursus Java J2EE.. Kursus tu agak best la duapulohsen tapi aku ni kalau bab coding2 lambaaaatt sikit pikap. Aku pun memang tak suka berkawan dengan coding bagai ni tapi sebab course yang aku ambil ni banyak kena main coding maka suka ke tak suka ke aku kena suka jugak. Kursus Java tu lebih kurang 3 minggu pastu yang bestnya dapat 2 sijil, tak de test ke ape ke. Belajar jerr.. Orait la tu. Aku kalau dengar pasal test2 ni aku cuak sikit weh. Aku memang sukee jadi student tapi aku tak suke EXAM ke TEST ke.. Boleh ke camtu??

Tadi ada KDI Certificate Presentation Ceremony kat Putrajaya. Event tu untuk sape2 yang ambil kursus Java macam aku ni la. Aku ingatkan tak ramai pergi sana sekali berduyun2 daaa. Pastu naik atas stage sorang2 ambil sijil (Padahal bukan sijil pun. Dorang bagi kertas biasa jew). Sijil tu aku dapat aritu. Aku tabik spring toink2 kat dorang yang arrange event tu sebab event tu tamat on time. Macam paham2 pulak aku dah lapau tahap cipanzi masa tu. Tak nak citer banyakkk2 jom layan gambau..;)




Baru sampai time ni.. aktiviti wajib..



Muka tahan lapar...


Dengan zara A.K.A mok2

Pas dah bercamwhore..makan time..part yang aku sukeee..teheeeee




Nasi goreng + Mee goreng + Lasagna...super duper sodappp..Lepas makan separuh baru teringat nak snap gambau. Gelojohkah aku?


Yang ni pun sedap juga..



Mushroom soup..tak nyummy sangatla..


Satay + Nasi Impit..Yang ni memang nyummy..Tak syak lagi.




Pehh yang ni memang sedap tapi pas makan baru aku teringat ada belacan dalam kuah tuu. Baru plan nak pantang makan belacan 3 bulan. Adesdesdesdes



Lepas makan ajak lecturer yang super duper cantik bergambau... Puan Hasnah anda sangat cantik..;)


Oke-oke yang ni gambau last untuk entry ni..Cukup-cukuplah tu kan. Esok lusa aku upload lagi. Muehehe.. Oh ya lupa nak show off.. Tote bag kaler pink tu aku dapat tadi..Sungguh cantik taw dia punya kaler..Heee

Oke have a good night my dearest readers..;)

Tuesday, November 30, 2010

Laju-laju update....update laju2 selaju mungkin..ngeh3


Assalamualaikum..;) Agak kelamaan aku tak update blog..Korang tak rindu aku ke? Ngahahaha.. Aku bukan malas nak update blog kesayangan aku ni tapi tak ada mood nak update sebab entah kenapa tak boleh upload gambau..Hishhhh...Sakit hati den. Sepanjang aku tak update memang banyak benda yang berlaku and yang paling aku agak suka sikit sebab masalah jerawat yang aku kecoh2 aritu macam dah ok sikit. Bulan lepas aku janji nak buat entry khas pasal effect ubat tu kan. But for the time being aku cerita sikit2 je. Bila dah free sikit aku akan buat entry pasal tu. Effect ubat tu memang lambat doe. Tapi orang kata kalau ubat/produk tu effect dia lambat maknanya ubat tu bagus. Tapi tu orang yang cakap.. Aku pulak bila lambat effect ubat asyik nak membebel mengeluh je keje aku. Mana tak nya weh mase jerawat tengah teruk aritu memang down tak up2 semangat aku ni.. Tapi sekarang macam dah ok sikit after sebulan lebih pakai benda tu.. Sekarang ni kena gigih nak hilangkan parut je.. Nanti bila aku dah puas hati aku upload gambar tu eh3..

Oke gtg.. Ada kerja nak buat.. Take care readers..;)




Tuesday, November 2, 2010

Tommorow is the day..



Assalamualaikum..;) Tak nak cerita panjang-panjang, just nak bagitaw exam saya bermula esok. Semester ni ada 2 paper je. Lagi 1 paper 8 haribulan. So after 8 haribulan tu kita horeyyy horeyyy la an..Huuuu

Kalau boleh nak buat all out untuk paper esok. . Lagipun ni semester terakhir saya kat UiTM. Kalau boleh semester ni nak dapat result yang baik punya. Tapi kenapa la keNERVOUSan menghantui saya sekarang ni.. Takut je nak jawab exam esok (T__T) Hopefully semuanya oke-oke je la kan..











Dear readers, wish me luck oke..;)



p/s : lepas guna krim jerawat tu, jerawat macam da kecut tapi macam awal sangat nak cakap krim tu effective ke tak kan. So wait and see je nanti..;)