Saturday, October 30, 2010

Percubaan Pertama...



Assalamualaikum...

Sebelum ni saya ada bagitau korang pasal masalah muka saya yang tiba-tiba jadi tempat jerawat bersarang kan. Sebab jerawat ni juga kadang-kadang saya rasa macam nak terjun katil je sebab dah tension sangat. At the same time, saya ada la juga tanya member-member yang pernah ada jerawat dorang pakai produk apa sebab sekarang kulit dorang flawless dah.

Ni lah first time saya terjebak dalam masalah jerawat ni. Dulu kalau ada jerawat pun sikit je tak nampak sangat tapi sekarang ambik kau! Tapi bila dah tahu muka tu dah jadi habitat jerawat tak kan nak duduk diam je pastu biar je jerawat tu beranak pinak bercucu cicit..Tak boleh ye puan-puan tuan-tuan.. Kita kena cari solusi. Ala macam try and error la kan. Kalau tak effective cara tu try la cara lain pulak jangan nak give up x memasal. Bab muka ni saya memang sensitif sikit..Teheeee..

Tapi tak dinafikan la sometime rasa macam agak down bila jadi camni. Produk yang beratus ringgit pun pernah try tapi tak reduce juga jerawat ni. Yang murah pun pernah try tapi macam tak ok juga (Murah-murah pun ada kelulusan KKM juga. Bukan main hentam je saya beli). Bila dah try macam-macam produk tapi tak ok juga, saya pun decide nak mintak antibiotik je kat klinik. Pastu semalam dengan semangat untuk menghilangkan jerawat ni saya pun pergilah klinik UiTM.


Pastu orang yang jaga kaunter tu minta student card pastu suruh saya duduk kejap tunggu turn.(eh perlu ke cerita sampai camtu???Heeee) Pastu doktor panggil masuk tanya sakit apa. Takkan nak cakap sakit hati sebab jerawat dah banyak kan? Saya cakap saya nak mintak antibiotik untuk jerawat. Tapi doktor tu tak bagi sebab antibiotik tu untuk kes jerawat yang teruk je.. .OMG maksudnya jerawat saya ni tak la terlalu teruk..Lega kejap.. Fuhh!!! Tapi tapi tapi tapi agak bahaya kalau dibiarkan lama-lama. Takut nanti makin melarat merebak membanyak dan lain-lain...Oh ya doktor tu cakap antibiotik tu kena makan non stop until 6 month taw. Once kita stop within 6 month tu lagi teruk jadinya.. tu doktor tu la yang cakap. Doktor just bagi ubat sapu untuk malam dan siang. Dia siap pesan lagi ubat ni mahal so jangan hilangkan. Kalau hilang dia tak kan bagi yang lain dah. Tapi kalau habis boleh mintak lagi.. Alaa kalau hilang boleh je cakap ubat tu dah habis..Haippp tak baik menipu!!

Saya nak cuba dulu ubat tu, pastu kalau ok ke tak ok saya akan bagitau korang. Mana la tahu kot-kot la korang pun ada jerawat then tercari-cari produk yang seswai kan.. Sharing is caring, sharing is loving..;)






Monday, October 25, 2010

Muka lega?haha

Assalamualaikum...;)


Hahaha marilah gelak bersama-sama saya.. Tapi apebende yang kau rasa kelakar sangat tu sampai nak ajak orang gelak sama-sama? dush2!
Macamni...............semalam saya saja suka-suka search imej kat google. pastu tiba-tiba dapat idea nak tengok imej muka lega. lepas taip MUKA LEGA terkejut giles tengok sorang minah ni pakai shawl kaler biru dalam list tu....rasa nak terburai perut tengok gambar ni..











Tengok budak yang pakai shawl biru tu..tengokkk..*budak ke weh? adoiyaaii pakcik google
macam tu ke definisi muka lega? saya tak rasa lega pun masa tu..rasa macam sengal je sebab
pakai tudung macam tu (T__T). Dalam banyak gambar kenapa lah gambar tu yang terSelected!
Sebelah kiri tu hanis zalikha..Hah kalau yang tu memang sesuai la muka lega..Huuu
Kalau muka sembelit ke, muka pecah rumah ke macam mana
ek?..ekekekeeke

Friday, October 22, 2010

Kelegaan..;)

Assalamualaikum..;)





Sungguh happy yippy hooreeyyy rasanya ini hari sebab tak payah nak fikir pasal assignment, test final project ke..Huuhu.. Hari ni dah setel semua tu. Saya sangggaattt suka. Pasni boleh la tengok muvee sampai pagi, online sampai lebam (padahal time busy pun online juga), tidur sampai dah tak rasa nak tidur, pergi joli sana sini.. Exam start 3hb 11 lambatttt lagi ann.. Huhuhu bahagianya sampai tidur pun muka macam ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Hik3 malam ni nak tidur dalam iman macam tu la..;p





Masa tengah busy semalam, kelmarin dan kelmarin lagi satu lagi satu lagi satu, macam tu la keadaannya. Bila ingat balik macam best pula ramai-ramai buat kerja sekolah sampai tak tidur..(^_^)





Lepas ni saya kena study untuk final exam je tapi macam awal je kalau nak study sekarang. Nak qada baliklah masa joli yang terlepasss 2 minggu lepas. Muehehe..



Entri sedih sesedih sedihnyeee..;(


Assalamualaikum..;( Mentang-mentanglah entri sedih bagi salam pun sedih kan.. Uwaaa memang sedih + down down down sangat sekarang ni..;(

Saya nak muka saya yang dolu-dolu.. Muka yang tak ada pimplesss macam sekarang. Sekarang ni kalau tengok muka sendiri macam down sangat sebab banyaaakkkkkk pimplesss..(T_____T) Bukan 1 bukan 2 tapi bersepah2.. Lagi la sekarang ni tiap2 hari stay up. Tidur tak tentu masa sekarang ni. Lagi la jerawat ni suka menempel kat muka..




Bila la cik pimpless ni nak blah..Kadang-kadang rasa macam tak ada self confident pun ya juga.





Dulu muka saya x seFLAWLESS dia tapi tak la seteruk sekarang..;(
Aku down giles weh!


Thursday, October 21, 2010

Malam Gala Fakulti Pengurusan Maklumat..


Assalamualaikum...;)

Dah pagi pun kan tapi assignment tak siap-siap lagi..;( Esok kena submit 2 assignment. 1 kena present 1 lagi tak.. Pastu lusa kena submit final project pulak. Kadang-kadang bila dah banyak kerja sekolah macam ni agak bersepah juga la mood kan. Tapi padanlah muka sape suruh buat kerja last minute..;p Tapi kalau buat kerja last minute macam ni baru lah thrilll orang kata. Haa sekarang ni kau tahu la trhill ke tak..(T_T)

Dalam keHECTICkan macam ni pun sempat lagi attended dinner untuk fakulti saya. Dinner tu hari Ahad lepas tapi sebab saya memBUSYkan diri dengan macam-macam kerja maka tak sempatlah nak update pasal tu. Dinner tu simple giles, tema pun Malaysiana. So kitorang semua pakai baju kurung jela.







Pada hari kejadian, saya pakai baju tu jer.





Sebelum naik bas UiTM, terjumpa pulak tiang ni kat tengah jalan..Apa lagi der posing la seposen




Member-member




Hihi aku tak tau weh nak letak caption apa ;p




Olosss sempat lagi touch up dalam bas.





Sampai sekarang ni saya confuse, adakah saya yang tinggi atau dorang semua yang rendah?? Teheheee




With Ila aka Gapit




Sape yang pakai tudung pink kat belakang tu weh?
*abaikan 2 orang kanak2 ribena kat depan tu...





My lecturers..Sungguh cantek mereka tu..


Ok dah sampai kolej. Penat tok sah cakap la. Sampai rumah terus sambung buat
assignment pulak. ~~~~~~Terasa sungguh tinggi bila berdiri dengan dorang yang kiut-kiut jer. Duduk pun
tak sama rendah..Berdiri apatah lagi;(



Sedar tak sedar dah 3 tahun kat UiTM ni. Sepanjang 3 tahun ni memang banyak giles kenangan dengan
member-member, lecturer.. Tetiba je rasa touching bila ingat semua tu. Dalam touching happy jugak sebenarnya
sebab dah habis study.. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya sepanjang 3 tahun kat sini
Ok saya tak boleh berlamaan. Assingnment dah menjerit tu.. Have a nice day readers..Bubbye..;)

Tuesday, October 12, 2010

Minggu yang hectic tapi happy sebab dapat lappy baru..

Assalamualaikum..

Sepanjang minggu ni saya busy sangat-sangat dengan assignment, test, final project dan macam-macam hal.. Sometimes rasa macam down gila bila banyak benda nak kena buat dalam 1 masa. Tapi bila fikir ni semester akhir saya sebagai student tiba-tiba mood BERTUKARR!! (^_^)

Sebulan tak ada laptop rasa macam down down down sangat beb. Laptop ni benda paling paling paling penting sebab buat assingment and project pakai benda alah ni. Dah la notes pun banyak dalam laptop. Laptop yang lama tu sebenarnya masih dapat diselamatkan tapi sebab tak nak tanggung risiko kalau-kalau laptop tu rosak lagi pasni better beli yang baru je kan kan kan..Final year camni boleh pulak lappy tu buat hal an..Lappy tu memang tak sayang mummy la..;(



Lappy lama berbaju oren..dalam kenangan..tsk tsk tsk(T____T)




Maka dengan mood berbunga-bunganya sebab nak beli laptop baru, saya dengan lagi sorang kawan pergi survey laptop kat area Shah Alam ni. Pastu masa Mr Bf datang sini hari tu kitorang pergi survey kat Low Yat pulak tapi tengok harga macam lebih kurang sama je. At first kononnya nak beli laptop yang skrin 13 inci sebab dah boring pakai laptop skrin yang standard size tu.. Kalau 13 inci macam cun-cun gitu kan. Pastu berangan nak beli yang color pink. Laptop color pink tu memang banyak tapi tak kena pula dengan taste saya.



Haa saya sukeeee gileessss dengan lappy ni tapi dia punya spec macam biasa-biasa je..So, tak jadilah beli even dia comel giles. (T________T)


Yang ni adik beradik dengan lappy kat atas tu..Memang cuns dowhh.

Sebab dah pening tengok banyak giles lappy saya pun decide untuk beli Asus. Actually sebelum ni tak pernah terfikir pun nak beli Asus sebab berangan nak beli Dell ke HP ke an.. Tapi nak buat macam mane dah ditakdirkan Asus berjodoh dengan saya..Muehehehe tak boleh blah!





Konpius konpius nak pilih lappy mana 1.. Semua macam best tapi saya pilih 1 je.. ASUS!
Lega bila dapat beli lappy.. Pasni dah boleh online lama-lama, update blog, buat assignment..Horeeeyyy



Lepas beli lappy, makan kat KFC.. Anda nampak kegembiraan terpancar di muka saya? Muehehe




Haaa ni la baby baru saya..10 inci jew. Yang bestnya lappy kecil ni senang nak bawak pastu ringan tapi kalau nak tengok movie macam kureng best sikit la kan sebab dia kecil. Saya tanya apek tu ada kaler pink tak tapi dia cakap tak ada. Yang ada kaler hitam je. Hitam pun hitam la labu yang penting kiut..;) Psssttt sekarang ni saya dah fallen luv dengan baby Asus ni..(^_^)