Friday, July 23, 2010

BFF@GIRLFRIENDS


Assalamualaikum wbth..Salam Sejahtera..Hajimemashte..Hello..Hye2..Bye2..Eh blm bye lagi;)
Tengok tajuk kat atas jew mesti korang sume da boleh agak kan pe yang saya nak cerita kali ni. Kalau nak cerita pasal kawan, teman, sahabat ni tunggu sampai spongebob jadi orang pun x abes.. Macam2 jenis cerita and macam2 benda yang kita lalui dengan kawan2 kita.. Kawan memang raaaammmmmaaiiiiii tapi BFF?? Saya tersangat la sure yang u all pun mesti de bff kan? Bff xperlu ramai, pegang kata2 ni.. "quality is better than quantity "!. Buat ape lau ramai tapi xde pun yang sanggup susah and senang dengan kita.. Gentle cakap la wey, ramai yang lebih suka mengutuk, mengeji dan menghina daripada memuji dan bagi support bila kita down and bersama2 kita no matter what happen.

Pepatah inggeris ada mengatakan "a friend is a someone who knows the song in your heart and sing it back when u have forgetten the word".. Ok sekarang, senaraikan maksud tersirat dalam ayat tersebut dan terangkan nilai2 murni yang boleh dijadikan pengajaran....ok saya da mengarut..Tapi memang mendalam gila maksud kata2 tu.. Alang2 dah cerita pasal bff ni, meh saya share dengan korang sume sape SAHABAT yang selalu ade dengan saya masa saya sedih ;( suka :) gedix 8) and sakit ati..grrrrrrrrr(xreti nak expresikan sakit ati tu camane)

Jrennngggggggg!!!!
|
|
|


Ila@Fadilah@Kokde

Ila ni tua setahun daripada saya. Tapi walaupun dia tua setahun xbermakna dia dah bongkok 3. Dulu saya nak panggil dia akak (terikut2 cara kat hostel mase sekolah dulu. Tua setahun pun WAJIB panggil akak) tapi dia xnak coz dia cakap kalau saya panggil dia akak nanti macam ada gap antara kami. Saya pun panggil la dia Ila sampai la sekarang ni.. Ila ni cool, kadang2 bekeng, kadang2 gong, kadang2 sengal, kadang2 very nice.*Sila kira berapa jumlah perkataan kadang2 lam ayat di atas:D.. Jarang sangat nak tengok dia bad mood. Kalau dia betul2 xpuas hati, memang nampak la taring dia keluar kat hidung, mata, abdomen..Haaa kat abdomen ade taring?? Hmm ade lagi.. She is very good listener.. Lau saya ada masalah ke ape ke, dia la orang pertama yang akan tahu..(ko bangga x ila aku ckp cmni..bangga x.bangga x ;D) Rahsia saya de lam telinga dia *sebab telinga dia yang dengar bila saya gtaw pape.. Pastu dia selalu cuba letakkan situasi saya dalam diri dia. Sebab tu saya selesa share pape dengan dia;)



Zara@Zaharah

My chubbs...Muehehe..Saya kenal Zara ni tahun lepas tapi kitorang close baru tahun ni. Dulu saya takut nak tegur dia sebab saya tengok dia macam garang. Dia pun xbanyak cakap macam saya ni (tu dulu, tapi sekarang lau bagi chance kat dia bercakap, kalah saya!) Dia ni cool jugak walaupun kadang2 macam strict. Ramaaiiii orang cakap dia garang. Memangg dia garang la kot. Tryla cari pasal dengan dia kalau nak tau. Ada bran?? Zara ni banyak bagi nasihat and pendapat kat saya. Dia agak matured la but at the same time dia gila2 jugak. Haa lagi 1, dia suka pasang lagu M Daud Kilau sampai bernanah telinga saya dengar.. *Zara, kalau ko bace entry ni, sila tukar lagu pulak pasni ea;) Dia ni pun good listener jugak...;)



Mar@Mardhiyah

Dia housemate merangkap roomate saya masa kitorang part 1 dulu. Masa mula2 kenal dia, saya ingat dia ni sombong and xsuka nak berkawan dengan orang lain. Dia macam hidup dalam dunia dia sendiri jew.. 25 jam layan korea, jepun..(maafkan aku mar..Itu dulu punye cerita..thehehe) Tapi bila nak habis part 1 kitorang barulah rapat.. Mar ni innocent habis and dia ni macam xreti nak marah orang even orang tu ada buat salah dengan dia. Serius cakap la, dia memang cool. Dia adalah salah seorang kawan yang saya percayai.Full stop!


Weng@Flovia

Ok..Next is Weng. Actually dulu saya xclose sangat dengan Weng ni. Kitorang baru jew rapat.. Sayang kan dah final semester baru nak close. Tapi xpe Weng, our friendship will never end. Xkira la katne pun u ade.. Weng ni kalau orang xkenal sape dia yang sebenarnya mesti akan bagi persepsi yang macam2 but once u know her, korang akan taw attitude and behaviour dia yang sebenarnya.. She is very nice person and berbeza sangat dengan apa yang saya fikirkan sebelum ni. So, don't judge a book by its cover!! Sebelum ni saya xpernah nak ambil tahu pasal dia tapi bila dah jadi kawan rapat macam sekarang ni, rasa rugi pulak lambat kenal sape dia... (Ni bukan mengampu ke apa tapi kenyataan) Kalau xbetul buat apa nak pretend.. Saya xde masa nak pretend ok..



Ejan@Haizan

Dak kecik ni memang kecikkk jew tapi akal dye panjanggg.. ( Dia tua setahun dari saya sebenarnye walaupun dia kecik).Ade jew something lam kepale dia nak pedajal orang. Tapi bila orang kenakan dia balik, boleh pulak dia buat slumber yaya and macam nothing happen(dalam ati bengang giler kot).. Saya kenal dia masa part 1 lagi tapi masa tu x close sangat dengan dia.. Tapi bila dah part 2 memang kami asyik berkepit jew. Ejan ni walaupun dia suka kenakan orang, tapi dia budak baik ( mesti kembang semangkuk hidung u i ckp camni).. Dia boleh tahan sabar gak la dengan perangai saya yang unpredictable ni.. Saya ni pulak kadang2 kepala angin tapi dia xde la pulak nak marah2.. (dalam ati dia xtaw cane..hahaha) Tapi saya suka sebab dia suka fikir positif walaupun nampak sangat dia xpuas ati dengan satu2 benda tu..Haa lagi 1, lau bergambo mesti nak peace jew! *Sila rujuk gambar di atas.



Girls, thanx 4 being nice friend to me and.....thanx 4 being a part of my life..;)
Korang sahabat aku dunia akhirat..Luv ya!



*Rase macam sopan lak ek entry kali ni guna kata ganti nama diri pertama-SAYA!;)


6 comments:

Anonymous said...

huhu terharu tangkap muat bc entry ko...thx for being my close fren n i'm proud to be ur BFF!luv u...be strong darl..

Nurul Syuhadah said...

Aku pun tharu coz korang slalu ade utk aku..tapi siapa kamu wahai anon?
weng kah? mar kah? zara kah? ijan kan? atau ila kah? heee

Nurul Syuhadah said...

Aku pun tharu coz korang slalu ade utk aku..tapi siapa kamu wahai anon?
weng kah? mar kah? zara kah? ijan kan? atau ila kah? heee

Kiko Berdendang said...

Teringat kengkawan lapok..huhu

LiFe KaMi said...

tahniah ramai kawan baik..be friends forever..

Nurul Syuhadah said...

tahniah?? macih2..hehe..a friend is a luvin companion on at all times ryte... awk pn msti de bff ryte..;)