Friday, July 30, 2010

I love makeup..;)


Yehaaa.. First time saya join contest..;))

(22 JUNE - 31 JULY 2010)

HERE is her simple rules:

1) Be a follower is COMPULSORY
2) Post an entry "i love makeup" or "saye suke mekap" in your blog
3) Post your photo with makeup (ONE photo) in the entry, doesn't matter if you just wore mascara, eyeliner or lipstick ONLY. As long as it called makeup =)
4) Please state what kind of makeup you applied in the photo
5) Copy the banner and place it on your sidebar together with link(http://catalunya-playground.blogspot.com/2010/06/i-love-makeup-contest.html)
6) Don't forget to paste your url in comment section
7) This contest will end on 31st JULY 2010, 11.59 pm (Malaysia time)
8) Open for Malaysia residents ONLY. But, i promised i will host another contest for international bloggers in the future.

---------------------------------------------------------------------------
Girl and makeup memang sinonim. Jarang sangat2 kita jumpa girl yang tak suka make up kan.. Saya memang suka make up tapi tak selalu la..Kadang2 kena biarkan kulit bernafas *pinjam tagline Garnier. Tadi saya terjumpa contest I love makeup ni kat 1 blog. Lupa pulak nama owner blog tu. Thanx ea kakak owner kepada blog tu.. Kalau saya tak buka blog awak mesti saya tak tahu ada contest besta macam ni..;) Sebelum ni saya xpernah join mana2 contest kat blog tapi kali ni macam tertarik-tarik pulak nak join;) Thanx a lot kat Sis Intanadia sebab buat contest yang besta macam ni...(Next time buat lagi ea sis)

Saya pakai makeup yang biasa2 jew..;) Xpernah pun try makeup yang mahal2 bagai. Asalkan produk tu sesuai dengan kita, tak kisahlah produk apa pun kan.. Ok sekarang ni nak bagitau saya pakai makeup apa ;)

Toner --> Natasya
Foundation --> ZA (saya suka foundation ni sebab foundation ni buat muka saya tak berminyak)
Compact Powder--> Maybelline
Blusher--> Elianto
Eyeshadow--> Elianto
Lipstic--> Maybelline
Lipgloss-->SilkyGirl
Eyeliner-->MAC
Mascara-->Eh lupa pulak..saya kan dah pakai bulu mata palesu, so malas la nak pakai mascara..
Fake Eyelashes-->Cap ayam


Haaa bila dah campur tolak darab bahagi semua tu macam ni la hasilnya...;)


*sila klik*
p/s : Bukan selalu saya makeup camni tau.. Kalau nak gi kelas or hang out dengan member2, saya makeup2 gitu jew.. Rimas jugak kalau keluar jalan2 pun nak makeup tebal2 kan..(^_^)

Wednesday, July 28, 2010

Hidup Seharusnya Begini


As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let us down, probably will. You'll have your heart broken and you'll break others' hearts. You'll fight with your best friend or maybe even fall in love with them, and you'll cry because time is flying by. So take too many pictures, laugh too much, forgive freely, and love like you've never been hurt.


Life comes with no guarantees, no time outs, no second chances. you just have to live life to the fullest, tell someone what they mean to you and tell someone off, speak out, dance in the pouring rain, hold someone's hand, comfort a friend, fall asleep watching the sun come up, stay up late, be a flirt,(not too much) and smile until your face hurts.



Don't be afraid to take chances or fall in love and most of all, live in the moment because every second you spend angry or upset is a second of happiness you can never get back....;)))


Friday, July 23, 2010

BFF@GIRLFRIENDS


Assalamualaikum wbth..Salam Sejahtera..Hajimemashte..Hello..Hye2..Bye2..Eh blm bye lagi;)
Tengok tajuk kat atas jew mesti korang sume da boleh agak kan pe yang saya nak cerita kali ni. Kalau nak cerita pasal kawan, teman, sahabat ni tunggu sampai spongebob jadi orang pun x abes.. Macam2 jenis cerita and macam2 benda yang kita lalui dengan kawan2 kita.. Kawan memang raaaammmmmaaiiiiii tapi BFF?? Saya tersangat la sure yang u all pun mesti de bff kan? Bff xperlu ramai, pegang kata2 ni.. "quality is better than quantity "!. Buat ape lau ramai tapi xde pun yang sanggup susah and senang dengan kita.. Gentle cakap la wey, ramai yang lebih suka mengutuk, mengeji dan menghina daripada memuji dan bagi support bila kita down and bersama2 kita no matter what happen.

Pepatah inggeris ada mengatakan "a friend is a someone who knows the song in your heart and sing it back when u have forgetten the word".. Ok sekarang, senaraikan maksud tersirat dalam ayat tersebut dan terangkan nilai2 murni yang boleh dijadikan pengajaran....ok saya da mengarut..Tapi memang mendalam gila maksud kata2 tu.. Alang2 dah cerita pasal bff ni, meh saya share dengan korang sume sape SAHABAT yang selalu ade dengan saya masa saya sedih ;( suka :) gedix 8) and sakit ati..grrrrrrrrr(xreti nak expresikan sakit ati tu camane)

Jrennngggggggg!!!!
|
|
|


Ila@Fadilah@Kokde

Ila ni tua setahun daripada saya. Tapi walaupun dia tua setahun xbermakna dia dah bongkok 3. Dulu saya nak panggil dia akak (terikut2 cara kat hostel mase sekolah dulu. Tua setahun pun WAJIB panggil akak) tapi dia xnak coz dia cakap kalau saya panggil dia akak nanti macam ada gap antara kami. Saya pun panggil la dia Ila sampai la sekarang ni.. Ila ni cool, kadang2 bekeng, kadang2 gong, kadang2 sengal, kadang2 very nice.*Sila kira berapa jumlah perkataan kadang2 lam ayat di atas:D.. Jarang sangat nak tengok dia bad mood. Kalau dia betul2 xpuas hati, memang nampak la taring dia keluar kat hidung, mata, abdomen..Haaa kat abdomen ade taring?? Hmm ade lagi.. She is very good listener.. Lau saya ada masalah ke ape ke, dia la orang pertama yang akan tahu..(ko bangga x ila aku ckp cmni..bangga x.bangga x ;D) Rahsia saya de lam telinga dia *sebab telinga dia yang dengar bila saya gtaw pape.. Pastu dia selalu cuba letakkan situasi saya dalam diri dia. Sebab tu saya selesa share pape dengan dia;)



Zara@Zaharah

My chubbs...Muehehe..Saya kenal Zara ni tahun lepas tapi kitorang close baru tahun ni. Dulu saya takut nak tegur dia sebab saya tengok dia macam garang. Dia pun xbanyak cakap macam saya ni (tu dulu, tapi sekarang lau bagi chance kat dia bercakap, kalah saya!) Dia ni cool jugak walaupun kadang2 macam strict. Ramaaiiii orang cakap dia garang. Memangg dia garang la kot. Tryla cari pasal dengan dia kalau nak tau. Ada bran?? Zara ni banyak bagi nasihat and pendapat kat saya. Dia agak matured la but at the same time dia gila2 jugak. Haa lagi 1, dia suka pasang lagu M Daud Kilau sampai bernanah telinga saya dengar.. *Zara, kalau ko bace entry ni, sila tukar lagu pulak pasni ea;) Dia ni pun good listener jugak...;)



Mar@Mardhiyah

Dia housemate merangkap roomate saya masa kitorang part 1 dulu. Masa mula2 kenal dia, saya ingat dia ni sombong and xsuka nak berkawan dengan orang lain. Dia macam hidup dalam dunia dia sendiri jew.. 25 jam layan korea, jepun..(maafkan aku mar..Itu dulu punye cerita..thehehe) Tapi bila nak habis part 1 kitorang barulah rapat.. Mar ni innocent habis and dia ni macam xreti nak marah orang even orang tu ada buat salah dengan dia. Serius cakap la, dia memang cool. Dia adalah salah seorang kawan yang saya percayai.Full stop!


Weng@Flovia

Ok..Next is Weng. Actually dulu saya xclose sangat dengan Weng ni. Kitorang baru jew rapat.. Sayang kan dah final semester baru nak close. Tapi xpe Weng, our friendship will never end. Xkira la katne pun u ade.. Weng ni kalau orang xkenal sape dia yang sebenarnya mesti akan bagi persepsi yang macam2 but once u know her, korang akan taw attitude and behaviour dia yang sebenarnya.. She is very nice person and berbeza sangat dengan apa yang saya fikirkan sebelum ni. So, don't judge a book by its cover!! Sebelum ni saya xpernah nak ambil tahu pasal dia tapi bila dah jadi kawan rapat macam sekarang ni, rasa rugi pulak lambat kenal sape dia... (Ni bukan mengampu ke apa tapi kenyataan) Kalau xbetul buat apa nak pretend.. Saya xde masa nak pretend ok..



Ejan@Haizan

Dak kecik ni memang kecikkk jew tapi akal dye panjanggg.. ( Dia tua setahun dari saya sebenarnye walaupun dia kecik).Ade jew something lam kepale dia nak pedajal orang. Tapi bila orang kenakan dia balik, boleh pulak dia buat slumber yaya and macam nothing happen(dalam ati bengang giler kot).. Saya kenal dia masa part 1 lagi tapi masa tu x close sangat dengan dia.. Tapi bila dah part 2 memang kami asyik berkepit jew. Ejan ni walaupun dia suka kenakan orang, tapi dia budak baik ( mesti kembang semangkuk hidung u i ckp camni).. Dia boleh tahan sabar gak la dengan perangai saya yang unpredictable ni.. Saya ni pulak kadang2 kepala angin tapi dia xde la pulak nak marah2.. (dalam ati dia xtaw cane..hahaha) Tapi saya suka sebab dia suka fikir positif walaupun nampak sangat dia xpuas ati dengan satu2 benda tu..Haa lagi 1, lau bergambo mesti nak peace jew! *Sila rujuk gambar di atas.



Girls, thanx 4 being nice friend to me and.....thanx 4 being a part of my life..;)
Korang sahabat aku dunia akhirat..Luv ya!



*Rase macam sopan lak ek entry kali ni guna kata ganti nama diri pertama-SAYA!;)


Thursday, July 22, 2010

Tudung ape yang in dengan saya??


Baiklah.. Arini aku nak update.. Actually da lama nak update tapi lately agak busy...Busy
berfacebook, bertwitter, berYM, beronggeng, dan segala macam jenis "ber" la... Entry kali ni aku nak cerita pasal tudung... Bukan tudung saji atau tudung periuk tapi tudung@hijab ok... Lau kita observe la sekarang ni macam2 jenis tudung ada.. Kalau dulu orang tua2 pakai selendang je, pastu dah moden cket pakai tudung bawal pulak. Hah citer pasal tudung bawal, masa zaman tudung bawal dulu memang meriah gila. Dah la mahal kot masa tu (bawal nombor 1 memang mahal) tapi sebab da jadi trend, mahal pun beli jugak.. Mak aku xterkecuali lah. Memang adore gila dengan tudung bawal masa tu.. Dia la yang kenalkan kitorang sume dengan tudung bawal.


Trend tudung bawal agak lama tapi pastu tergugat gak coz orang da start pakai tudung ekin pulak.. Tapi kenapa nama tudung tu tudung ekin? Ekin ke orang first yang pakai tudung tu? Atau tudung tu yang pakai ekin dulu? Haisyyyy mengarut2!... Lepas ekin pakai tudung tu, banyak la pulak cap tudung yang keluar selepas Ariani...Tapi dalam banyak2 cap, aku paling suka tudung cap Hajaba.. trendy gitu..Cantekkk tapi harga pun cantek.. (-_-)......Belum lagi hilang fenomena tudung ekin muncul lak tudung syria dan shawl ..Haaa bab2 syria ni aku memang suka giler (^_^)...


Mula2 tu rasa macam x confident nak pakai sebab aku nampak orang pakai inner syria tu melekat kat dahi. Lau bentuk muka orang tu bujur macam sirih xpelah, sweet jew bila pakai camtu tapi kalau bentuk muka cam aku ni cam kelakar jew... Tapi kelakar xkelakar pun aku beli jugak.. Mula2 tu aku beli online, material jersi. Sumpah!! Xbesh sangat pakai sebab licin.. Tapi sebab da beli setengah dozen, aku pakai la jugak.. Mula2 pakai, aku xmuncungkan inner tu, mestilah melekat jew kat dahi... Sumpah malu bila tengok gambar masa mula2 aku pakai inner syria tu... Macam bola!...My bf pun cakap xcantek pakai camtu!!!. Uwaaa sedih woooo.. Pastu aku try tetas@bukak jahitan inner tu kat belakang untuk make sure muka aku xnampak bolat macam bola ping pong.. At last..berhasil...wink2.. Bila nampak aku asyik pakai inner and shawl kat fb, ramai pulak yang tanya aku ni jual tudung ke... Haha..Macam2la..

Aku nak mintak pendapat jew, tudung apa yang seswaii dengan aku?? Adakah tudung ni?




Dulu kala, aku suka tudung bawal coz ada banyak sulam2, de batu bata kelip2..
...I loike..I loike..




Tudung yang camni seswai ke x ngan aku?



Bila pakai tudung ekin (walaupun tu bukan tudung cap ekin tapi harus cakap tudung ekin) senyum mesti meleret macam ekin.. Baru umphhhh...*poyo*




Haa de lagi..de lagi.. tudung ni okey x?



See..See.. inner da dimuncungkan, muka xnampak cam bola lagi..Yeay! Yeay..




Lastly tudung camni..



Tutup muka sebab malu muka bulat cam bola sebab inner
melekat kat dahi *Ni mase mula2 pakai inner...*


Friday, July 16, 2010

K.E.H.I.L.A.N.G.A.N

11 Julai 2010- Tarikh yang akan aku ingat sampai bila2.. Ayah pergi meninggalkan kami semua buat selama2nya...Doc sahkan ayah meninggal kerana sakit jantung. Aku tak sempat jumpa dia sebelum dia menghembuskan nafas buat kali terakhir. Bukan aku sorang jew tapi 8 orang kakak dan abang aku tak de bersama arwah pada hari tu. Sorang je kakak aku yang jaga arwah kat hospital masa tu.. Actually malam 11hb tu aku balik untuk jumpa dia coz family aku kat kampung cakap keadaan ayah agak teruk. Aku xsangka langsung aku xde kesempatan untuk berbual2 dengan dia dan jaga dia lagi. Petang sebelum dia meninggal family aku cakap dia nampak macam dah sihat, makan pun macam orang sihat dan berbual dengan orang yang datang melawat dia macam dia tak sakit. Tapi xsangka pulak tu petanda akhir yang dia akan tinggalkan kami semua selamanya.

Masa aku on the way balik kampung, kakak aku call and dia cakap ayah aku dah tak de. Aku tak tau cane nak gambarkan perasaan aku masa tu. Aku balik untuk jumpa dia tapi............ Masa tu da pukul 2 pagi. Hanya beberapa jam sebelum aku sampai rumah. Aku ingat pagi2 lagi aku nak gi jumpa dia kat hospital tapi aku xsempat!!! Aku agak terkilan sebab tak dapat jumpa arwah buat kali terakhir sewaktu arwah masih hidup. Tapi siapa aku untuk melawan takdir Allah yang telah tertulis di Luh Mahfuz??? Semuanya dah ditetapkan...Bila aku sampai rumah, jenazah ayah dah dibawa pulang oleh pihak hospital. Hanya jasad tanpa nyawa............ Arwah xsempat tengok aku abes study, xsempat tengok aku keje dan aku xsempat nak buat macam2 untuk arwah...

Walau cane pun aku bersyukur sebab seminggu sebelum arwah ayah meninggal aku sempat minta maaf dan minta ayah halalkan segala2nya.. Masa tu aku pelik, bila aku bagitau arwah yang aku dah nak balik shah alam, dia minta maaf dengan aku. Sebelum ni arwah tak pernah buat macam tu. Arwah bagaikan tahu yang ajalnya makin hampir....
Mati itu pasti..Kullunafsinzaa ikottulmautt.. Itu janji Allah... Sesungguhnya aku redha dengan ujian yang maha hebat ini. Semoga roh ayah ditempatkan bersama para solihin.... AMIN YARABBAL ALAMIN..

(AL-FATIHAH UNTUK HAJI MOHAMAD BIH HASAN=1934-2010)


Monday, July 5, 2010

Puncak Perdana, I'm Backkkk..

Hari ni aku dah sampai Puncak Perdana.. Sampai jew aku x register kolej dulu tapi terus naik ke rumah aku.... Awal2 pagi konpem ramai punya orang nak daftar.. Malas la aku nak beratur panjang macam nak mintak subsidi makanan... Esok lusa pun boleh daftar lagi... Semester ni agak mencabar fizikal mental aku sebab aku dapat rumah tingkat 4!!! Adoiyaaaiiii penat kot naik tangga berpuluh kali sehari.. Tu belum lagi kira penat nak amek barang dalam stor kolej yang 10 kotak tu....Aku rasa ada jugak yang terlelap kat tangga tu kang...Memang doogaaaannn betullah duk tingkat 4 ni.. Dah la air slowww tahap pendidikan khas, sinki pulak xde...Entah kenapa la dorang buang sinki tuuu.. Xtaw la ketiadaan sinki tu temporary ke until wen2 tapi yang pastinya ketiadaan sinki tu dah menyusahkan kitorang.. Just imagine, kalau da sinki tu xde, kitorang dah xde choice unless basuh periuk belanga, kawah, pinggan mangkuk dalam toilet..euwwwwww!! wut the?????


Bila aku sampai tadi, rasa macam penat giler and subjek utama aku masa tu nak tidur jew tapi pejam punya pejam celik punya celik sampai terkebil2 tetap x boleh tidur... Memandangkan mata aku yang dah sembab ni x ready nak tidur, aku x boleh la paksa2... X natural lak. Aku pun mengSMS kawan aku, Ramlah and ajak dia keluar pagi tu jugak... Nasib baik dia on jew.. Aku keluar dengan dia sekejap jew and dalam on the wayy balik Puncak Perdana, Mardhiyah call and ajak aku teman dia beli barang kat Bukit Jelutong pulak.. Aku yang sememangnya kaki berjalan ni on jela (memangla kaki berjalan kan. Kalau paralyzed lain citer).... Kalau berdua jew xcukup korum, haaa pe lagi aku ajak la Ila and Zara join sekali.. Baru meriah beb... Aku main amek jew barang2 yang aku rasa penting sampai xsedar dah penuh 1 troli (Tipulah xsedar. Bukannya kena pukau)... Pas beli barang, kitorang g makan kat Warung Mak Jah.. Klasik kan nama kedai makan tuuu.. Memang humble betullah beliau yang bernama Mak Jah tu.... Kedai makan besar camtu dia bagi nama warung jew... Tapi aku suka akan kehumblelan beliau yang bernama Mak Jah tu... Makanan kat situ memang best la... Gua bagi 4 star.. Setakat ni xpernah lagi aku makan pape kat situ x sedap..(Mak Jah, anda sepatutnya bagi komisen pada saya sebab saya da promote warung Mak Jah ).....


Mata tu kalau xsembab lagi x boleh ke????

Zara kenapa kau buat camtu??? Xpasal2 muka aku kena air liur ko...


My Zara.......


Ila senyum penuh makna...(Aku taw ko lapar)

Baiklah!!! Mata aku ni dah xlarat nak bukak...
Esok lusa jela sambung membebel lagi...
K dadaaaaaa..;)