Monday, February 28, 2011

Happy Birthday Darwisy;)



Assalamualaikum

Semalam birthday anak saudara aku (Muhammad Hafiy Darwisy) yang ke dua. Memang sekejap je rasanya tup tup dah 2 tahun budak kecil tu. Sekarang ni dah pandai cakap sikit-sikit, pandai menyanyi, lincah "kemas" rumah pastu dah pandai merajuk. Alahaiii darwisy.. Sebenarnya bukan sorang tu je anak saudara aku. Memandangkan keluarga aku ni besar, besar la jumlah cucu mak aku. Adik beradik aku je dah 10 orang, cucu mestilah sekali ganda jumlah anak, ye tak?ngeh3. Sekarang ni anak saudara aku dah nak masuk 20 orang dan setiap tahun angka tu bertambah..muehehe. Memang meriah gila la nak nak time raya ke, majlis apa-apa ke. Yela bila dah semua balik tu memang meriah sangat-sangat la aiii. Tu la bestnya keluarga besar camni. So moral of the story jadi la sorang yang produktif..ngeh3..

Ok nak cerita pasal birthday semalam ni. Kakak aku yang nombor 7 a.k.a Kak Ida nak buat la majlis kecil-kecilan untuk celebrate birthday baby boy dia tu. Bukannya jemput ramai sangat pun, adik beradik dengan sepupu-sepupu je. Aku kat johor ni bukan sorang-sorang tapi ada 3 orang lagi kakak kat sini. Kalau orang tanya kenapa aku pilih tinggal kat sini, tu la jawapan aku;) Dalam pukul 1230 encik tunang datang ambil aku dekat rumah sewa then kitorang pergi Skudai sebab nak ambil kakak aku yang tinggal kat situ. Before sampai rumah K.Ida tu kitorang singgah secret recipe dulu ambil kek yang kakak aku tempah the day before yesterday.



Tengah tunggu kek-Chocolate Indulgance



Encik Tunang dan kek


After a few minutes kitorang pun sampai ke rumah kakak aku tu. Sampai je sana terus solat Zohor sebab masing-masing dah lapar tengok makanan atas meja.




Makanan semalam. Ada bakso, spagetti,kek choc moist,kuih sikit. Sangat simple
sebab kakak aku tak invite ramai orang. Kitorang adik beradik, abang-abang ipar dengan sepupu-sepupu pun dah meriah bebenor.


The Cake



Birthday boy dengan mummy and abi nya



Tak tahu dah nak letak caption apa. Layan gambar je ea;)











Aku rasa kan dah jadi style aku kot update blog sekali seminggu. Tak maju la aku camni. Huk3.. Ni entry hari isnin. So next entry next week ke? T_____T


6 comments:

dieja yusoff said...

SEDAPNYE MAKANAN

Nurul Syuhadah said...

dgn murah hatinye aku bg ko tgk gmbo tu smpai ko knyg..ngeh3

Lucid Ikemal said...

lapar pulak tngk mknan bnyk2

Entry Terbaru

Cerita Si Penunggu yang boleh dikatakan agak kacak
Contest Dari Epilogue Seorang Loser: Mudah dan menangi header design

Nurul Syuhadah said...

erkkk alhamdulillah.teheeee

atieaizam said...

muka nurul dah comey balik.. tahniah.. sedapnye kek SR tu.. :)

Nurul Syuhadah said...

k.atie : alhamdulillah much better than before tp skang ni ade lg jerawat2 kecik..hormon x stabil kot..teheee..kek tu mmg sodappp sangat..ble k.atie nk blanje ni?haha