Friday, February 4, 2011

Edisi Horeeyy Horeeyy : Alhamdulillah..I got it;)


Assalamualaikum teman-teman..Selamat Hari Jumaat. Kesian dengan blog aku ni terbiar tanpa pembelaan dan penjagaan yang sewajarnya..Actually kalau boleh la kan aku nak update blog aku ni 6 kali sehari biar korang tak terbaca entry kat blog aku ni but at the same time internet connection macam hampehh..Langsung tak sporting. Nak blogwalking jauh skali. Secara tak langsung aku tak messraaaa dengan blogger-blogger lain sebab tak boleh nak bertegur sapa dan berkenal-kenalan gitewww. Ni semua salah Pakcik Celcom la. Line celcom kat area ni memang mencabar kewibaan dan kesabaran aku sebagai pengguna berukband celcom!! Tapi sekarang ni no more keluh kesah cik esah sebab aku dah say goodbye kat berukband celcom tu (buat sementara waktu) sebab sekarang ni dah pakai Uncle Streamyx. Memang berbaloi-balooooiiiiii.. Bila dah pakai streamyx ni aku dah tak payah nak melanguk depan lappy tunggu loading lama gila.Ngeh3....

Oh yaa last week aku ada pergi interview kat Metropolis Tower kat JB. Kat situ banyak company dan aku pergi interview kat United Meteoric. Time pergi interview tu aku tak ada la nervous sangat sebab aku dah ada pengalaman pergi interview sebelum tu. First time pergi interview memang nervous tak ingat. Tapi aku buat-buat cool.Teheeee..Time interview tu memang banyak gila soalan dia tanya aku. Aku buat-buat confident je jawab. Ada juga aku buat-buat pandai sebab tak nak nampak LOSER..T__T

Bila dah interview tu baru aku tahu yang sebenarnya akan ada second round inter'view kalau aku pass interview first round tu. Time tu memang aku tak berharap sangatla sebab time inteview tu memang ramai candidate and memang 1 Malaysia betullah sebab ada Melayu, Cina dan India.


Oh ya sebelum pergi interview kat United Meteoric tu aku ada pergi interview kat gym sebagai customer service officer. Cerita punya cerita dia tanya aku "Kalau saya suruh awak buka tudung awak nak buka tak". Aku terkejut juga. Apa kaitan kerja aku tu dengan tudung. Bukannya aku nak kerja kat pub ke apa. Pastu aku jawab "Saya takkan buka tudung". Then he asked me why. Aku jawab sebab tu prinsip aku. Then dia angguk-angguk dan cakap "Baguslah kalau awak ada prinsip".. Pastu aku tanya la dia. "Kerja kat sini memang tak boleh pakai tudung ke". Pastu dia cakap "Saya tak cakap tak boleh pakai tudung. Tapi saya lebih suka kalau staff saya tak pakai tudung"...What the fishhh??????.. Dia tu lelaki melayu beragama Islam! Ni pun salah satu contoh diskriminasi sebenarnya. Bila dah jadi macam tu memang aku tak berharap sangatla aku akan dapat kerja tu sebab kriteria utama dia nak ambil kerja ialah FREEHAIR.. Kalau dah tahu nak staff yang freehair kenapa call aku suruh pergi interview? Resume aku kat jobstreet tu dah terpampang muka aku pakai tudung!! (Oh ya aku apply kerja tu kat jobstreet)..

Sepanjang 2 bulan jadi penganggur ni serius la aku rasa down sangat-sangat. Seingat aku la kan, aku tak pernah stay kat rumah sampai 2 bulan tanpa buat apa-apa. Lepas SPM aku dapat PLKN, pastu lepas STPM aku kerja, lepas dah masuk U pula time semester break aku amek kursus-kursus yang UiTM offer. Kalau tak pun aku kerja time semester break tu. Tapi sepanjang aku belajar memang tak pernah cuti sampai 2 bulan!! Sebab tu la aku tension sangat lepak kat rumah je. Rutin harian aku makan tidur makan tidur online offline. Kadang-kadang aku mengeluh sebab macam give up pergi interview sana sini tapi still menganggur. Tapi aku bersyukur sangat-sangat sebab orang-orang disekeliling aku tak putus-putus bagi aku semangat. Encik Tunang pun tak pernah merungut and give up hantar aku pergi interview sana sini. Dia pula yang marah bila aku merungut tak tentu pasal. Aku tahu rezeki untuk anak-anak Adam tu dah ditentukan oleh Allah. Aku memang redha tapi kadang-kadang aku macam give up. Entah kenapa la aku jadi macam tu kan. Rasa berdosa pulak..;(

Ok back to the topic. Nak dijadikan cerita United Meteoric tu call aku untuk second round interview. Second interview tu pulak memang dugaaaannn betullah sebab masa on the way pergi Metropolis Tower tu hujan pastu jem. Aku memang dah cuak gila beb. Yela tak elok la kan time interview lambat sedangkan dorang dah pesan kat aku jangan datang lambat. Lebih kurang 15 minit sebelum sampai destinasi tersebut ada akak tu call tanya kenapa tak sampai lagi pastu dia cakap pengarah tengah tunggu. Gulpppp!! Lagi la aku cuak. Bila dah sampai sana aku redha je kot-kot la dorang nak marah aku ke apa kan. Tapi tapi tapi aku memang bernasib baik sungguh sebab dorang langsung tak marah.. Hohoho. Second round interview tu 2 orang je terpilih. Aku dengan sorang lelaki cina-daniel nama dia. Second round interview tu agak lama la dalam 2 jam. Time tu pun aku tak expect yang aku akan dapat sebab...............entahlah aku pun tak tahu kenapa aku rasa macam tu. Dia cakap nanti dia akan call kalau aku diterima bekerja kat situ.

Semalam time aku tengah syiok tidur dalam pukul 10 kot (malam sebelum tu aku stay up sebab tu bangun lambat..cover.cover.cover) orang gym call suruh masuk kerja next week. Aku yang tengah mamai tu sempat lagi berfikir, bukan ke dorang nak staff freehair. Kenapa pulak aku yang terselected? Dalam mamai-mamai tu aku sempat lagi tanya gaji and pastu cakap je aku setuju. Tengahari tu pulak United Meteoric call cakap congratulations sebab aku diterima kerja kat sana. Alamak dah terconfuse aku jadinya. Tapi time tu aku cakap je aku setuju. Ngeh3.. Time tu memang betul-betul aku ni berada dalam dilema-ocehhh!! Lepas dah discuss dengan family dan encik tunang aku pun decide : Kerja kat United Meteoric sebab gaji yang dorang offer lagi beshh..teheeee..Eh belum habis lagi cerita pasal kerja ni. Maghrib tu pulak akak HR dari Venture call-pun pasal kerja jugak. Dorang terima aku kerja kat sana. Tapi yang Venture ni aku tak fikir sangat pun sebab position tak besh. Finally lepas dah berhempas berpulas berperih berjerih mencari kerja, Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku;) Nampaknya salah satu azam 2011 dah berjaya di achieved..Thanx God! Thanx encik tunang sebab hantar kita sana sini pergi interview. Thanx jugak pada my sista sebab pernah jugak teman I pergi inteview. Tenkiu tenkiu tenkiu;)

Next week dah start kerja. Macam-macam yang aku rasa sekarang ni. Nervous tu dah tentu. Pastu aku duk imagine macam mana la aku time kerja nanti ek. Haisyyyhh 2 hari lagi ISNIN..
Wish me luck+happy with my new life;)

Have a great day ahead readers. Luv ya.xoxo





13 comments:

wan noor adila said...

woooo... tiba2 rezeki dtg mencurah2... tahniah la... aku jgk la yg masih mnganggur...

Nurul Syuhadah said...

Tengs che no. Tu la pasal time xdapat, sume xcol..teheee..xpe usaha lg ea. InsyaAllah dptla xlame lg;)

Nurul Syuhadah said...
This comment has been removed by the author.
my soul said...

congrates33!!!! doakan kita sama2 bjaya lam kjaya lps ni..InsyaAllah..amin..

Nurul Syuhadah said...

ila : amin amin amin;)

Anonymous said...

=)

mardhiyah said...

Tahniah nurul! insyaAllah rezeki kita tak akan ke mana. Aku dulu pun agak down, tapi tak de la down mana pun sbb hati aku rasa yang rezeki kita Allah dah tetapkan. Marilah kita sama2 jadi staff yang berdedikasi ek.. hehehe. Lepas ni memang susahla nak jumpa kan bila masing2 dah kerja ;p

Nurul Syuhadah said...

anon: hohoho

Nurul Syuhadah said...

mar : hoyehhhh hahaha..xpe pasni kte set time n date baek pnye then we can hving fun time again!;)

Anonymous said...

Hi, akak dapat kerja kat UMG tu eh?? dah masuk kerja brp hr?? saya pernah pergi interview kat UMG tu.. i went for 1st and 2nd interview over 6 months ago.. time tu pejabat dia kat sebelah Plaza Pelangi lagi.. dia ada cakap yg gaji akak based 100% on commission?
harap akak jgn kecik hati plak dgn apa yg saya nk ckapkan ni.. sbb kerja kat UMG tu jadi salesgirl/man,kn? byk org ckp company ni scam.. =(

Nurul Syuhadah said...

yup dik..akak da keje kat situ tp akak da benti dik..heeee..bkn jd salesman..company tu xjual pape tp sales reprentative utk NGO, bank, telco kan..akak suka environment keje kat situ tapi field tu xseswai ngan akak..adik keje brape lama kat c2?

Anonymous said...

saya xkerja sana,,just inreview je saya p.. 1st and 2nd.. ramai org kena dgn company ni.. sbb diorg mcm xjujur dgn candidates masa interview tu.. masa saya interview, manager dia nama paddy,kn? dia ckp, sales only for 2weeks after that ddk dlm office.. erm... tapi kerja ni mmg sales pun kak.. sbb diorg wakil WWF.. kena jual form for donation.. yg xbestnya,masa buat iklan, bagi jawatan 'Trainee Branch manager/Project Manager tapi lain jadinya..

Nurul Syuhadah said...

hehehe thats right..company ni sales representative utk NGO n sume2 tu kan. akak aritu kena wat kempen Unicef. Actually environment keje kat c2 besh..mmg happy sangat n marketing is not my field..so skunk ni adik keje katne?