Friday, December 31, 2010

Selamat Datang 2011..Selamat Tinggal 2010..;)



Assalamualaikum readers tersayang muahmuah..;) Since today is the last day in 2010, aku berpotpetpotpet la sikit kan. Sepanjang tahun 2010 banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup aku. Ada yang best sangat tak ingat, , ada happy terlampau tapi ada juga yang sedih sangat-sangat..;( Life is going up and down and we can't predict future. Apa yang dah berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun ni memang tak tercapai akal aku ni. Sama juga macam apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kita tak tahu kan.

Bagi aku ada 3 benda sepanjang tahun 2010 ni yang betul-betul meninggalkan kesan dalam hidup aku. Pertama ayah aku meninggal pada 11.7.2010. Kedua aku tamat belajar after 3 tahun study kat UiTM. Pastu 10.12.10 aku bertunang.

Kalau cerita pasal tahun baru ni mesti sana sini orang cakap pasal azam kan? Macam dah perkara wajib setiap awal tahun tetapkan azam. Tapi macam mana pula hal nya kalau azam bukan main tapi tak berusaha untuk achieve apa yang kita nak tu. Macam aku, aku dah tak ingat apa azam aku tahun 2010.. Hohoho teruk dowh. Tapi aku rasa azam aku tu tak la melebihi kemampuan aku ni haa.

Untuk tahun 2011 ni aku dah renew azam aku tu. Kalau boleh aku nak

-Kerja
-Kumpul duit banyak-banyak
-Nak kurus sikit..tak nak kurus banyak-banyak. kang tak pasal-pasal semua baju lama tak boleh pakai..;p
-Tak nak boros sangat macam tahun-tahun lepas (errr boleh ke)
-Beli kereta. Kereta apa pun tak kisah la janji kereta aku sendiri.
-Honda Jazz, Suzuki Swift ( Ada tak orang nak bagi free? Aku tak nak beli sendiri. Aku kalau beli kereta mesti beli kereta biasa-biasa je.ngahaha)


Aku rasa tu je kot yang aku nak achieve untuk tahun 2011 ni. InsyaAllah dengan izin dan rahmatNya aku dapat buat semua tu..

Apa pula azam korang untuk 2011 ni? Jom la share...;)



Wednesday, December 15, 2010

Awas entry ni tidak mengandungi unsur-unsur bebelan berlebihan. Apa yang dah berlaku pada 10.12.10? Klik kalau nak tahu.Hohoho


Assalamualaikum..;) Lama ek aku tak update belog. Hampir sebulan. Actually banyak benda yang menyumbang kepada ketidakberjayaan aku mengupdate belog ni (menangis kalau cikgu BM baca ayat aku ni). Entah kenapa la lappy baru aku tu tak nak bagi kerjasama aku nak upload gambar kat blog. Kurang asam boy betul tak bagi can kat aku nak story mory. Ni aku guna lappy lama. Betulla kata orang yang lama takkan dapat menggantikan yang baru. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula lappy lama yang banyakkkkk berjasa..hukhukhuk. Kali ni aku langsung tak berniat nak cerita panjang-panjang sebab mood nak bercerita tu dah takde beb. Tapi mood mengupload gambar tu tak kemane..Heee.. Ala kalau aku tak cerita pun korang dah tahu apa sebenarnya yang dah berlaku pada 10.12.10 bila korang tengok gambar2 kat bawah ni kan.. Kawan-kawan kat facebook memang dah tahu pasal ni sebab dorang boleh tengok gambar yang aku upload kat facebook. Tapi member-member kat belog ni memang tak tahu menahu pasal ni sebab aku tak pernah cerita. Sorry je rakan-rakan sesungguhnya bukan niatku untuk berahsia tapi lappy tak bagi kerjasama. Kita jangan kawan dia eh3..Hikhik.. Oke sekarang scroll down teman-teman..;)


Baiklah. Ini gambar pengenalan. Boleh teka tak apa yang berlaku?;)




Jrengggg!! From him to me..;) Tak leh teka lagi? Ok tengok gambar kat bawah ni pulak..




Ting!! Cincin disarung...;) Haaa sah sah sah korang dah tahu...*Neves weh aku time ni..ngeh3



Haaa ni la dia Encik Tunang..-Kamal Amir-*psstt he is my first love*blushing
Thanks for coming into my life dear...;)




Alhamdulillah dah setel majlis pertunangan yang dah diPLAN 6 bulan lepas..;) Majlis tunang aku ni berlangsung dengan simple je pun. Hanya dihadiri ahli keluarg terdekat, press pun aku tak jemput.. wakakaka bajet giler statement! Ko ingat ko memey suhaiza ke.. Memandangkan aku addicted dengan kaler pink, tema tunang aku hari tu adalah pink, merah dan putih..;)
Baiklah memandangkan aku dah bagitahu kat atas tu yang entri kali ni tak mengandungi unsur-unsur bebelan yang berlebihan, aku memang tak nak lebih-lebih la. Lebih kurang pun tak leh gak der. Aku berundur kebelakang dulu la ea. Have a nice day readers..;) Puppye..


Wednesday, December 1, 2010

Event kat Putrajaya + Cerita lain


Assalamualaikum..;) How was your day readers? Hari ni dah masuk 1 disember. Oh how time fly. Pejam celik bangun duduk tido makan dah 3 tahun jadi student UiTM dan rasa macam sekejap giler. Masa mula-mula masuk UiTM dulu serius naif. Tak tahu pape pasal course yang aku ambil ni. Aku tak pernah ada basic dalam Information System Management.

Pastu masa mula2 masuk belajar pun tak sepenuh hati sebab course ni bukan pilihan aku. Yang aku duk imagine masa tu aku akan dapat masscom.. Tapi sekali dapat course ni daa. Tapi aku tetap bersyukur sebab aku dapat masuk U. Cita-cita sejak tadika der haha...Masa mula2 dapat offer letter from UiTM tu aku happy sangat but at the same time aku rasa takut sangat sebab aku memang tak de basic langsung dalam bidang sistem ni. Tapi mak aku banyak kali menstabilkan emosi aku masa tu. Caya laa mak. I lebiu..! huhuhu.. Sekarang ni aku pun dah habis study tapi kena attend kursus 3P for 2 weeks. 3P is stand for Kursus Pentauliahan Profesional.. Lusa exam untuk kursus tu. Hopefully aku pass la ek. Lepas kursus tu secara rasminya aku dah tak pegang title student. Pasni hunting job la pulak.

******************************************************
Event kat Putrajaya
********************************************************
Semester lepas aku ada ambil kursus Java J2EE.. Kursus tu agak best la duapulohsen tapi aku ni kalau bab coding2 lambaaaatt sikit pikap. Aku pun memang tak suka berkawan dengan coding bagai ni tapi sebab course yang aku ambil ni banyak kena main coding maka suka ke tak suka ke aku kena suka jugak. Kursus Java tu lebih kurang 3 minggu pastu yang bestnya dapat 2 sijil, tak de test ke ape ke. Belajar jerr.. Orait la tu. Aku kalau dengar pasal test2 ni aku cuak sikit weh. Aku memang sukee jadi student tapi aku tak suke EXAM ke TEST ke.. Boleh ke camtu??

Tadi ada KDI Certificate Presentation Ceremony kat Putrajaya. Event tu untuk sape2 yang ambil kursus Java macam aku ni la. Aku ingatkan tak ramai pergi sana sekali berduyun2 daaa. Pastu naik atas stage sorang2 ambil sijil (Padahal bukan sijil pun. Dorang bagi kertas biasa jew). Sijil tu aku dapat aritu. Aku tabik spring toink2 kat dorang yang arrange event tu sebab event tu tamat on time. Macam paham2 pulak aku dah lapau tahap cipanzi masa tu. Tak nak citer banyakkk2 jom layan gambau..;)




Baru sampai time ni.. aktiviti wajib..



Muka tahan lapar...


Dengan zara A.K.A mok2

Pas dah bercamwhore..makan time..part yang aku sukeee..teheeeee




Nasi goreng + Mee goreng + Lasagna...super duper sodappp..Lepas makan separuh baru teringat nak snap gambau. Gelojohkah aku?


Yang ni pun sedap juga..



Mushroom soup..tak nyummy sangatla..


Satay + Nasi Impit..Yang ni memang nyummy..Tak syak lagi.




Pehh yang ni memang sedap tapi pas makan baru aku teringat ada belacan dalam kuah tuu. Baru plan nak pantang makan belacan 3 bulan. Adesdesdesdes



Lepas makan ajak lecturer yang super duper cantik bergambau... Puan Hasnah anda sangat cantik..;)


Oke-oke yang ni gambau last untuk entry ni..Cukup-cukuplah tu kan. Esok lusa aku upload lagi. Muehehe.. Oh ya lupa nak show off.. Tote bag kaler pink tu aku dapat tadi..Sungguh cantik taw dia punya kaler..Heee

Oke have a good night my dearest readers..;)