Monday, January 9, 2012

First entry for 2012 (: HAPPY NEW YEAR!



Assalamualaikum wbth (:

Actually rasa macam kekok je nak menaip. Otak pulak tepu tak ada idea. Ni la akibatnya kalau update blog 1 purnama sekali. T___T

Aku tahu agak terlambat untuk aku wish happy new year tapi aku nak wish jugak. Haritu nak update blog streamyx tak bagi kerjasama uhuk T____T. Dulu pakai P1 bermasalah, sekarang ni pakai streamyx pun bermasalah rasa macam nak bakoo jer. Tak pasal-pasal banyak benda tergendala, banyak idea mati camtu je. cesces!

Sempena tahun baru ni aku tengok sana sini orang update pasal azam azam dan azam. Perlu ke buat azam baru setiap kali tiba tahun baru? Kalau azam tahun lepas tu belum tercapai aci tak forward ke tahun seterusnya? Jawapannnya tak wajib pun buat azam setiap kali tiba tahun baru, tapi untuk bagi semangat kat diri sendiri apa salahnya ye dakk. Maklumlah lumrah kita manusia ni excited dengan benda-benda baru. Sama la dengan tahun baru. Excited dengan azam-azam baru. Pastu kalau azam-azam tahun lepas belum tercapai tak salah pun kalau nak forward ke tahun depan. Macam annual leave la boleh main forward.

Azam aku untuk tahun ni tak banyak. Ya tak banyak *sila percaya*. Tapi yang pastinya tahun ni ada beberapa perkara penting yang bakal mengubah hidup aku hampir sepenuhnya pada tahun ni. Ouhh sangat nervous ^___^ Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Aku sangat berharap rezeki tahun ni bertambah baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Harus diingat rezeki yang Allah bagi bukan dalam bentuk duit je tahu. Kawan-kawan yang baik, jiran-jiran yang super nice, keluarga yang beriman dan bakal suami yang soleh juga merupakan rezeki daripada Allah. Aku amat yakin Allah Maha Adil dalam memberi rezeki kepada hamba-hambaNya.

Sekarang ni dah masuk Januari 2012. Kalau boleh tahun ni aku nak mula hidup baru tanpa duka *touching sikit*. Sesungguhnya tahun 2011 banyak mencatat suka duka dalam hidup aku. *lap air mata*. Sebab suka duka tulah aku jadi makin kuat dan faham asam garam dan hipokrasi bila masuk alam pekerjaan. Sememangnya tak pernah aku terfikir akan jadi macam ni sekali. Aku tak menyesal dengan apa yang berlaku malah aku bersyukur sekurang-kurangnya sesuatu yang aku rasa terbeban dah terlepas ke bahu orang lain. Tetapi proses tersebut amat menguji kesabaran. Tapi aku sangat bersyukur kerana dikurniakan keluarga dan tunang yang amat memahami dan tak putus-putus bagi semangat eventho masa tu aku hampir jatuh terduduk. Kawan-kawan sekeliling juga tak jemu-jemu bagi kata-kata semangat. Bukankah semua ini merupakan nikmat yang Allah bagi? Ya memang. Dia uji aku dengan ujian camni tapi Dia berikan aku keluarga, tunang dan kawan-kawan yang sangat caring dan super duper best. Alhamdulillah..


Last but not least aku amat-amat mengharapkan tahun 2012 akan menjadi tahun yang lebih baik macam tahun-tahun yang sudah. Aminnnnnn




* Akan sampai satu masa kita akan berterima kasih kepada orang yang pernah menganiaya kita kerana mungkin dengan penganiayaan yang dia lakukan telah memberi semangat baru kepada kita sekaligus memberikan perubahan yang terbesar dalam hidup kita. Yang berada di atas tidak akan selamanya berada disitu. Bumi ini bulat. Ya bulat!"

Bubbye (:

1 comment:

arahanie55@gmail.com said...

Hpy new year kak..... Nice blog la..... Ajar sara,,, sra xpndai la blog nie,, plz,,,, hope ur azam trcpai ea,,, wish u luck... Muahhhhh