Assalamualaikum....;) Selamat Hari Ahad. Korang pergi mana hari ni ek? Bila tiba hari sabtu ahad mula la plan nak pergi sana pergi sini. Ye dak? Weekend la masa nya untuk rehatkan minda, fizikal dan mental. Hari Isnin sampai Jumaat dah tentu-tentu kerja so masa nak beronggeng tu terhad. Bila sampai hari sabtu ahad hah beronggeng la kau sampai lebambambam! T__T
Semalam aku keluar dengan kakak & abang ipar aku. Kitorang keluar pergi Angsana je pun. Semalam abang ipar aku ada bowling tournament kat sana. Sebelum pukul 10 dah keluar rumah. Yela Kulai dengan JB bukannya dekat kalau keluar lewat, lewat la sampai sana. Sampai sana banyak kedai yang belum buka. Tapi gila ramai orang tunggu kat luar nak masuk.
Lil Awis. Lepas letak topi atas kepala dia terus cakap "encem encem".. Awis Awis..
Bila dah sampai sana aku dengan kakak aku masuk dalam Angsana dulu sebab abang ipar aku tunggu member-member seBOLING dia datang. Pastu sementara dia main boling kitorang pusing-pusing la satu angsana tu. Aku dengan kakak aku ni kalau keluar jalan-jalan memang tak kisah la penat ke kaki sakit ke janji dapat shopping..
Mummy awis & awis. Baby besar dalam stroller ;p
Mula-mula pergi Gulati's sebab kakak aku nak beli kain pasang nak bagi hadiah kat kawan dia.
Aku lagi suka Jakel daripada Gulati's ni. Nak pilih kain pun kat Jakel lagi best.
Lepas tengok kain kat situ lincah pergi McD sebab kakak aku mengidam nak makan set breakfast tu.
Tapi tapi tapi rupa-rupanya McD kat Angsana tak ada breakfast set! Boleh pula macam tu ek. Ingatkan semua tempat ada. Hampa la beliau tu sebab beliau memang teringin nak makan. Sebab breakfast set tu tak ada kitorang keluar je dari situ sebab niat sebenar nak makan breakfast set je. Kalau set-set lain anytime pun boleh makan. Tak apa la noks nanti kita makan kat tempat lain ea.*____*
Lepas keluar dari situ kitorang jalan-jalan kat tempat lain pulak. Setiap kedai tudung kitorang singgah. Kakak aku memang suka beli tudung pastu bila dah boring pakai bagi orang! Dia tak suka pakai shawl macam aku. Ada la sekali sekala pakai shawl tapi sebab dia rasa macam tak kena dengan dia, dia setia dengan easy ready jela. Dia tu pergi mana-mana mesti nak beli tudung je. Ala aku pun macam tu jugak. Pantang nampak shawl. Bezanya shawl tu murah je. Sepuluh ringgit pun dah dapat shawl cantik. Tapi kalau nak tudung easy ready yang cantik-cantik sepuluh ringgit memang tak dapek la..
Bila dah pusing-pusing cari tudung, perut pun berpusing-pusing. LAPAR! Kitorang makan kat foodcourt. Nasib baik time tu tak ramai orang. Kalau tak kepala aku pun boleh jadi pusing.
Aku makan ni. Aku lupa la nama dia tapi sedap gak seposen.
Dessert - Mashed potato
Abang ipar aku tak makan sekali sebab dia belum habis main.
Lepas makan kitorang sambung jalan-jalan lagi.
Awis sampai tertidur dalam stroller.
Dalam pukul 2 abang ipar aku siap main boling then dorang shopping barang-barang dapur pulak kat sana. Pukul 4 lebih keluar dari Angsana pergi Kip Mart Tampoi pulak. Dorang sambung shopping kat sana pulak.
Yang bestnya kat Kip Mart tu ada 1 kedai roti yang jual semua jenis roti singgit je. Tapi tu lepas pukul 5.30 la. Kalau beli before 5.30 memang rugi la sebab dia ikut harga biasa. Roti kat situ seyes memang sedap dan lembuuuttttt gitu.
Nah amek kau semua ni singgit je kecuali burger tu singgit limapulohsen. Kitorang lepak kat foodcourt Kip Mart makan makan minum minum. Cas tenaga sebab lepas ni nak jalan lagi. Heheh.
Lepas dah beli belah kat situ kitorang pun decide nak balik je. On the way balik tu singgah makan lagi kat Nasi Lemak Wak Kentut. Errrr Wak Kentut?? Tempat makan tu memang biasa-biasa je. Tapi aku heran sebab tiap kali makan kat situ mesti ramai gila orang. Meja full pastu yang beratur nak tapau pun ramai jugak. Aku tak ada la selalu makan kat situ. Kalau siapa-siapa yang tinggal kat area Kulai-Senai mesti tahu keFamouSan Nasi Lemak Wak Kentut ni. Aku pun tak tahu kenapa nama tempat tu macam tu.
Ayam berempah untuk 3 orang. Aku rasa ayam berempah ni yang membezakan nasi lemak ni dengan nasi lemak kat tempat lain. Ayam berempah tu memang rangup ah.
Nasi lemak yang berlemak.ngeh2
Sambal nasi lemak. Sedap la jugak.
Lepas dah habis makan kitorang terus balik rumah. 12 jam keluar dedor weh. Kaki sakit jangan cakap la. Kakak aku pun sama. Ala orang perempuan ni apa la sangat setakat sakit kaki tu. Yang penting enjoy jalan-jalan shopping-shopping. Lagipun bukan selalu ada peluang macam ni sebab sekarang ni sejak dah kerja aku jarang balik rumah kakak aku ni. Bulan depan shopping kat KL pulak sebab aku konvo kat Shah Alam bulan depan..Yeayy ^_^
On the way balik. Mula berminyak minyak melekit lekit boleh buat goreng kopok lekor..eeeeiiiiyuuuuu
Esok dah Isnin.. Selamat Berhari Isnin korang;)