Thursday, May 17, 2012

12 days to go

Assalamualaikum.. 

 Ramai sangat yang bertanya apa perasaan saya menghitung hari2 bergelar seorang isteri *ehem* Boleh dikatakan hari2 ada je soalan tu. To be honest saya sangat nervous ok. Ini adalah perkahwinan pertama saya, memangla haku nervous huhu but at the same time excited you sebab bakal suami adalah first love saya hohohorlicks. Dulu kalau ada kawan-kawan nak kahwin saya selalu tanya nervous tak, seronok tak, persiapan macamana. Sekarang ni turn saya pulak dihujani soalan2 camtu. Majlis pernikahan akan berlangsung pada 30hb Mei dan majlis kesyukuran perkahwinan akan berlangsung pada keesokan harinya 31hb Mei. 

Sesungguhnya perasaan menghitung hari bergelar isteri*ehem lagi* sangatla indah walaupun ianya sesuatu yang mendebarkan. Sweet je perasaan camni tau. Bila dah tak sampai 2 minggu dari hari kejadian ni macam-macam yang saya fikir. Dah la kampung kat Terengganu, (sekarang saya kat Johor) superduper jauh kalau nak balik selalu untuk buat persiapan. Balik ni terpaksa la bertungkus lumus buat apa yang patut. Syukur Alhamdulillah sebab saya ada keluarga yang besar (bukan berbadan besar saiz 3XL ye) so mereka banyak sangat membantu dari segi kewangan dan tenaga. Tulaa untung ada anak ramai ni. Bila semua dah besar InsyaAllah dapat membantu satu sama lain.

Menjelang hari kejadian batuk pula melanda. Seksa sebab bila batuk banyak organ yang sakit hukhuk. Rupa-rupanya dah kena jangkitan kuman. Encik Tunang dah ajak pergi klinik tapi degil kononnya sikit je. Sekali bila doktor cakap dah kena jangkitan kuman, kat dada dah penuh lendir *yeks* baru rasa macam "oh nyesalnya tak datang lebih awal wuwuwu". Dah la sekarang ni fikiran bercelaru mungkin PMS syndrom, pastu jerawat kat muka rancak menyinggah, badan letih je, otak pun letih sama. Tak boleh jadi camni kang tak de seri aji time naik pelamin nanti. Semua bakal pengantin ada syndrom beginikah?

Sekarang ni agak busy sebab kena DIY doorgift untuk tetamu yang datang. Bila fikir-fikir balik kan senang kalau semua beli tak payah la susah-susah buat tapi bila fikiran kembali normal rasa macam lebih puas hati kalau DIY sendiri doorgift tu. Selain DIY doorgift, guest book pun kena DIY jugak. Actually boleh je beli guest book yang dah siap tapi macam tak puas hati sebab nampak macam formal sangat. Tak fancy hewhew. At last pergi POPULAR cari buku kosong hard cover dan mekap kan dia.

Dalam waktu camni saya harap Allah berikan saya dan bakal suami kesihatan yang baik, memberkati majlis yang bakal berlangsung dan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin Ya Rabbal Alamin.. :)


Happily Ever After <3
      

Oh ya sebelum bubbye saya nak warwarkan barang baik yang disukai ramai ni. Kepada pencinta bawal, jangan lepaskan peluang keemasan ($$$$) untuk mendapatkan tudung bawal sulam yang superduper sweet ni. Harga RM27 sahaja tak termasuk pos. Gambar yang saya upload kat sini sikit je. Untuk tengok gambar banyak-banyak boleh add  FACEBOOK SAYA.






Bubbye untuk hari ini. Lain kali update lagi. Daaaa

*Next mission : Pergi saloon dan lulur. Nak relax2 je*








Thursday, May 3, 2012

Kembali bernyawa..

Assalamualaikum..

Sesungguhnya saya kaku. Sesungguhnya saya bisu. Sesungguhnya saya kelu. Dah lama sangat tak update blog. Haritu nak update blog tapi tak boleh login. Kijamm sebab blog tak nak bagi kerjasama T______T

Sepanjang bulan ni saya akan menjadi seorang yang busy. Ya sangat busy sebab end of this month 
ada event terbesar dalam hidup saya *ehemehem*. Sekarang ni rasai macam tak cukup kaki tangan jari jemari nak settle kan macam-macam benda. Nasib baik ramai yang ringan tulang temulang tolong saya buat persiapan. Kalau tak mati la nak semua benda buat sorang-sorang. 

Semoga semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Amin :)


Tuesday, January 17, 2012

Inspirasi : Pelamin canteks

Assalamualaikum :) Entry kali ni paling kurang patah perkataan*yeke*. Kali ni I just nak share dengan you all gambar-gambar pelamin yang cun and cantek untuk cuci-cuci mata yang berhabuk tu ahaks. Actually bukan senang kan nak cari pelamin yang betul-betul menepati citarasa kita. Lagilah bila banyak tempat kita survey. Lagi pening kepala nak pilih. I suka pelamin yang simple tapi nampak mewah *ehem*, pastu tak terlalu banyak kombinasi warna *sangat serabut*. Pastu kalau boleh takmo la pilih pelamin yang berunsurkan warna gelap contoh warna hitam*nampak pelik*. Kalau pelamin tu banyak warna putih lagi nice :)
Ok takmo bebel banyak-banyak, jom cuci mata*kelip kelip mata*

Nice sangat. Macam kat kayangan hihi



This one pun cantik jugak. Simple je kan.


Kombinasi warna pelamin ni sangat nice. Tak nampak serabut kan?


Ok I tahu ramai yang terpikat dengan pelamin ni *sila lap air liur yang meleleh tu*


I suka dengan kombinasi warna purple & pink ni. Sweet saje kan.


Ouhh warna pelamin ni mencairkan hatiku. Sweet je pink putih camtuh.


Nota tambahan : Semua gambar tersebut diambil daripada Abg Google. Sekian :)

Wednesday, January 11, 2012

Sharing & Tips : Wedding Checklist



Hye sayangsayang. Selamat hari rabu. Harini I nak share satu benda yang bride to be wajib ada. Compulsary man. Penting untuk bride to be merancang semua perkara dari A to Z untuk wedding masing-masing sebab tanpa perancangan yang betul, ada jugak yang garu kepala pada hari bahagia nanti (:

Honestly I rasa checklist ni sangat-sangat membantu sebab sangat detail kan. Kalau kita buat checklist sendiri mungkin ada je perkara-perkara penting yang tertinggal. Tapi kalau kita tick yang mana pun based on checklist ni InsyaAllah yang tak ada yang tertinggal.

Kalau you all nak ambil checklist ni and share kat your blog/fb ambillah sebab I pun copy je benda ni. Website mana dah lupa sebab dah 2-3 bulan simpan benda ni (:

Nota tambahan : checklist ni I dah ubah sikit-sikit mengikut planning yang I dah buat. Kalau nak softcopy, boleh mintak dengan I (:



1) Pre-Wedding


ITEMS

CHECKED?

PRICE

Kursus perkahwinan


RM

Pre-wedding photoshoot


RM

Cincin kahwin


RM

Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan


RM

Tempat penginapan untuk rombongan


RM


2) Nikah


ITEMS

CHECKED?

PRICE

Masjid



Khemah


RM

Makan Malam


RM

Baju Nikah


RM

Bantal Nikah


RM

IC jangan lupa bawa




ITEMS

CHECKED?

PRICE

Sewa


RM

Kerusi dan meja


RM

Penyambut tetamu


RM

Pengiring


RM

ITEMS

CHECKED?

PRICE

Sirih junjung


RM

Rantai


RM

Al-Quran


RM

Beg tangan


RM

Perfume


RM

Jam


RM

Kasut


RM

Mary Kay


RM

Kek


RM

TOTAL


RM


ITEMS

CHECKED?

PRICE

Sirih junjung


RM

Al-Quran


RM

Perfume


RM

Kasut


RM

Jam


RM

Kek


RM

Bunga Rampai & Potpourri


RM

Cincin


RM

Serban+Tasbih+Sejadah


RM

Buah-buahan


RM

TOTAL


RM


6) Juruandam


ITEMS

CHECKED?

PRICE

Pelamin + Alat Merenjis + Kipas+ Payung+Bantal Nikah


RM

Baju sanding L+P


RM

Bunga pegang


RM

Jurusolek x 2


RM

Hiasan bilik tidur


RM

Pintu gerbang + Red carpet + flower stand/arch


RM

Solekan pengapit dan flower girls


RM


7) Memoir


ITEMS

CHECKED?

PRICE

Videografi


RM

Photographer


RM

Guest Book



Gambar – untuk sudut guest book




8) Makan beradap


ITEMS

CHECKED?

PRICE

Set meja pengantin


RM

Kerusi dan Meja


RM

Alas meja


RM

Skirting


RM

Scallop


RM

Kerusi banquet


RM

Bunga bouquet


RM

Lauk pengantin


RM

Penanggah


RM


9) Katering


ITEMS

CHECKED?

PRICE

Nasi,lauk pilihan,buah,air


RM

Alas Meja & Kerusi


RM

Kek Kahwin


RM


10) Hiburan


ITEMS

CHECKED?

PRICE

Kompang


RM

Zapin


RM

Karaoke


RM

Lagu-Lagu



Penari + others persembahan




11) Sistem PA


ITEMS

CHECKED?

PRICE

Satu set sistem PA


RM


12) Kad Jemputan


ITEMS

CHECKED?

PRICE

Kad Kahwin


RM

Senarai Jemputan




13) Doorgift


ITEMS

CHECKED?

PRICE

Bunga pahar


RM

Cenderahati tetamu (gift & paperbag)


RM


14) Lain-Lain


ITEMS

CHECKED?

PRICE

SPA!!


RM

Inai Henna


RM

Bungga Manggar


RM

Signboard/Bunting


RM

Family’s Outfit


RM

Pengapit’s both side outfit


RM

Contact Lens


RM


15) Bulan Madu:


ITEMS

CHECKED?

PRICE

Pakej Percutian 1


RM

Pakej Percutian 2


RM

Total RM